" Gill.. ? " Flavio menyebut nama lelaki tampan itu dengan suara yang bergetar.
" You fucking bitches ! " maki Gillbert. Jari telunjuknya menolak kepala Flavio dengan kasar. Perasaan marah menyelubungi jiwanya saat ini.
" Kau fikir kau sempurna sangat ke ? Hey jalang, kau fikir, lepas kau mengatakan begitu kepada media, aku akan berhenti bermain dengan kau ? "
Flavio hanya diam sahaja. Matanya memandang wajah tersebut dengan pandangan yang susah ditafsirkan.
" Tidak sama sekali. Kau seronok mengetawakan aku kan ? Lihat lah, nanti aku akan mencalitkan kotoran dekat kesempurnaan kau itu ! Kau akan menyesal bermain dengan aku !! " tengking Gillbert dan terus berlalu pergi dari situ tanpa mempedulikan keadaan sekeliling nya.
Flavio memandang Victoria yang masih berdiri di situ. Dia mengangkat kening sebelah.
Victoria hanya mengangkat kedua bahu dan dia berlari, mengejar Gillbert yang sudah jauh ke hadapan.
.....
Flavio menyanyi perlahan dan keluar dari perusahaan sambil bermain dengan kunci keretanya. Kadangkala, dia berpusing-pusing dengan girang. Tadi ada pereka fesyen dari China datang menemuinya dan memintanya untuk melariskan hanfu buatan pereka fesyen itu di majalah. Dia yang tidak banyak soal, hanya menyetujui sahaja untuk memperagakan hanfu itu di hadapan kamera. Mungkin minggu hadapan majalah nya yang memakai hanfu itu akan keluar di pasaran China.
Flavio berjalan bersama siulan di bibirnya. Matahari sudah tenggelam di ufuk barat meninggalkan jalur warna kuning, jingga dan merah jambu di dada langit. Tenang. Indah.
Walaupun dia sudah mendapat 'karma' dari Gillbert tetapi dia puas hati bila melihat Gillbert yang stres pasal isu yang dia munculkan dia media baru-baru ini. Dia tersenyum lebar bila mengingati wajah tidak keruan Gillbert tadi. Walaupun sakit ditampar tetapi dia tidak peduli. Dia tetap puas dapat membalas kembali permainan yang Gillbert caturkan ini.
Butang lock keretanya ditekan dari jauh manakala kakinya membolosi pintu masuk di tempat parkir bawah tanah.
Tiba-tiba tangannya direntap dari belakang dengan kasar membuatkan Flavio terkejut besar. Tas tangan Gucci yang tergantung di bahunya terus dihayunkan ke arah seseorang yang masih memegang tangannya. Sasarannya hampir mengena tapi orang itu sempat mengelak. Wajah manis Flavio menjadi pucat apabila memandang wajah lelaki yang menyerangnya. Jantungnya berdegup dengan laju.
Gillbert Enrique Gonzalez, orang yang menyerangnya.
Lelaki itu baru sahaja menyakitinya. Apa yang Gillbert mahu daripadanya ?
Mata Flavio meliar, memandang sekeliling. Takkan lah tidak ada kelibat manusia di sini ? Di manakah orang-orang di Perancis yang sebanyak 68 milion disaat dia dalam bahaya ?
KAMU SEDANG MEMBACA
[ BL ] LOVE FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...