Punishment 🔞

1.5K 43 19
                                    

Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.

Bunyi muzik My Boo by Usher ft

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Bunyi muzik My Boo by Usher ft. Alicia Keys bergema di satu kereta Flavio. Flavio bersiul perlahan sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta. Kadangkala, dia akan menyanyi lagu tersebut.

Dia berasa gembira bila dapat melepaskan diri dari permainan Gillbert. Dia ketawa sendirian, puas bila dapat membuat Gillbert marah. Tetapi sejujurnya, dia berasa Gillbert semakin tampan bila tidak berjumpa selama dua bulan ini.

Dia dapat merasakan kedua pipinya menghangat hingga menjalar di telinganya yang memakai anting-anting emas. Perasaan malu menyelubungi jiwanya saat ini bila mendengar panggilan my boo yang terselit di lagu Usher itu. Tiba-tiba, suara halus nan berat milik Gillbert yang memanggilnya my baby boo terngiang-ngiang di pelupuk telinganya. Tangannya pantas memegang dadanya yang berdegup kencang.

Gillbert, kenapa kau sungguh meracuni fikiranku ?

Kenapa setiap saat, dia akan memikirkan Gillbert ?

Flavio dalam dilema saat ini. Dia mengetap bibirnya dengan tangan yang mengenggam stereng kereta dengan kuat. Fikirannya penuh akan Gillbert. Perasaan cemburu terselit di sekeping hatinya bila mengingati Gillbert memeluk perempuan lain di hadapannya. Dia berdecit perlahan.

Pin ! Pin !

Flavio mengerutkan dahinya bila mendengar bunyi hon kereta yang maha kuat dari belakang. Dia mengabaikan sahaja, malas mahu melayan pemandu gila tersebut.

Pin ! Pin ! Pin !

Pemandu kereta sport berwarna kuning pekat itu semakin agresif membunyikan hon kereta seperti di dalam dunia ini hanya dia seorang sahaja yang ada hon.

" Sialan ! Apa yang pemandu keparat itu mahu ? Kalau nak potong, potong sahaja. Tidak perlu membuat bising " rungut Flavio lalu dia menekan hon beberapa kali dengan kasar.

Kereta sport itu mulai memotong nya dengan laju.

Flavio menghela nafas, kasar. Dia menggeleng kepalanya.

Tiba-tiba kereta sport kuning itu melakukan drift dan berhenti secara melentang di hadapan kereta Flavio membuatkan Flavio terkejut besar.

" Shit ! Oh god !! " jerit Flavio dan menekan pedal minyak dengan kuat. Keretanya berhenti secara mengejut.

Srekkk....

Bunyi seretan tayar kereta terdengar nyaring di jalanan yang agak sepi itu. Debuan pasir dan asap kereta bercampur dan berterbangan di udara dingin di waktu dinihari yang hening.

Mata coklat gelap milik Flavio terbuntang besar bersama degupan jantung yang liar. Nafasnya memburu laju. Dia memandang tajam ke arah kereta sport itu.

[ BL ] LOVE FETISHTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang