"Ladies and gentlemen, we are delighted to inform you that flight AK2021 from Tokyo has successfully landed at our destination, Kuala Lumpur International Airport. We hope you had a pleasant journey, and we thank you for choosing to fly with us. Welcome to Kuala Lumpur, and we wish you a wonderful stay or a safe onward journey."
Sebaik sahaja pengumuman itu bergema di ruangan kabin kapal terbang, Jay ukir senyum kecil. Setelah melalui penerbangan yang memakan masa hampir 7 jam, dia melepaskan nafas lega. 3 minggu dia berada di Tokyo atas urusan kerja, sepatut nya dia pulang ke tanahair esok, namun di sebabkan perasaan rindu yang mendalam terhadap isteri kesayangan nya, dia mengambil keputusan untuk kembali hari ini. Mahu membuat kejutan pada isterinya. Bukan dia tidak berniat pun untuk membawa isterinya ikut bersama, tapi alasan isteri nya sibuk dengan urusan tender-tender hartanah. Pejabat hartanah yang telah di hadiahkan kepada isterinya 3 bulan yang lalu sempena hari lahir isterinya yang ke 27 tahun. Jadi dia tidak pula memaksa biar pun dia seksa menanggung rindu separuh nyawa pada isterinya.
Tambahan pula hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 5 tahun. Jadi dia ingin meraikan nya dengan penuh romantis dan akan memastikan isterinya lemas dalam dakapan nya hari ini. Semakin melebar senyuman nya. Walaupun usia perkahwinan yang sudah memakan masa hampir 5 tahun lamanya, mereka masih belum lagi di kurniakan anak. Jay tidak pernah kisah dan merungut akan hal itu kerana dia menganggap mungkin belum rezeki mereka lagi. Namun itu bukan lah menjadi alasan untuk dia berpaling tadah kepada perempuan lain. Isterinya tetap akan menjadi ratu hati nya sampai ke akhir hayat nya. Selama 5 tahun meniti usia perkahwinan, tidak pernah sedikit pun dia membiarkan isterinya merasa kekurangan dan kesedihan. Dia memang sejenis yang suka memanjakan isterinya. Dilimpahi dengan kemewahan dan harta yang tidak terkira. Dia tidak kisah dengan semua itu asalkan dia dapat membahagiakan isteri nya.
Kotak baldu merah kecil yang tersimpan kemas dalam poket jaket kulit nya di renung tanpa lepas. Hadiah yang di beli khas untuk isteri tersayang. Tidak sabar mahu melihat apa reaksi isteri nya nanti bila melihat kepulangan nya hari ini.
Argh! Cinta dan sayang nya pada Marleena memang tidak pernah pudar walau sedikit pun. Malah semakin bercambah dan semakin utuh saban waktu. Melihat ruangan kapal terbang sudah beransur lengang, Jay bangkit dari duduk sebelum dia melangkah keluar dari perut pesawat.
Udara Malaysia di hirup sedalam nya. Bagaikan mendapat nafas baru bila kaki dah mula memijak semula tanah air yang tercinta. Cahaya matahari yang bersinar terang benar-benar memberi kelegaan pada diri nya selepas 3 minggu tidak melihat cahaya matahari di negara sejuk itu. Kaki terus mengorak langkah penuh bergaya, tidak sabar mahu pulang ke rumah.
Setelah mengambil bagasi, Jay terus menghala ke arah pintu keluar lapangan terbang. Pemandu peribadi nya Azman sudah sedia menunggu di situ sejak tadi.
"Welcome home tuan" Azman menunduk. Dia terus mengambil bagasi dari tangan Jay sebelum di masukkan ke dalam bonet kereta.
Jay angguk. Senyuman di ukir sebelum dia meloloskan diri ke dalam kereta.
"How are you Azman?" Soal Jay senang hati.
"I'm good tuan"
Jay angguk lagi. Iphone dalam poket jaket kulit di keluarkan sebelum dia membuka skrin yang gelap sejak tadi. Ikon gallery di buka. Satu persatu gambar isterinya di renung. Sesekali dia tersenyum kecil melihat aksi manja isterinya ketika melakukan pelbagai gaya di situ. Semua gambar-gambar yang di rakamkan oleh nya sendiri sebelum dia berlepas ke Tokyo 3 minggu yang lalu.
"Puan ada dekat rumah ke?" Sesekali Jay mengerling ke arah Azman yang tenang memandu.
Azman sudah berkhidmat sebagai pemandu peribadi nya selama 8 tahun. Dan hanya itu lah satu-satu nya pemandu merangkap pembantu peribadi nya yang boleh di percayai. Jay bukan jenis yang mudah untuk mempercayai orang lebih-lebih lagi orang yang baru di kenali nya.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...