Jay mundar mandir di dalam bilik tidur nya. Sekarang sudah pukul 10 malam. Mata tak boleh nak lelap pulak sekarang ni. Segar semacam. Selepas mendengar cadangan dari ibu Salbiah petang tadi, dia pula yang jadi tak tentu arah sekarang ni sebab asyik memikirkan kata-kata ibu Salbiah. Rumit juga la jadi nya ni. Macam mana nak kahwin kalau langsung tak ada perasaan pada Ayana? Kalau tak kahwin, dia kena cari tempat tinggal lain untuk Ayana pula. Tu lagi la buat dia risau fikirkan keselematan si Ayana tu nanti. Budak polos bendul macam tu memang tak dapat la nak hidup sendiri kat bandar besar macam ni.
Jay labuhkan duduk di birai katil. Kedua-dua siku di tongkatkan di atas lutut. Kegagalan perkahwinan sebelum ni membuatkan dia sedikit takut untuk membina perkahwinan yang baru. Tambahan lagi belum pun sampai sebulan dia bercerai dengan Marleena. Lagi pula dia tidak kenal sebenar nya hati budi Ayana macam mana. Adakah nanti dia akan di khianati juga sebagaimana Marleena mengkhianati cinta nya yang tulus ikhlas selama ini? Bukan mudah untuk dia jatuh cinta berkali-kali pada seorang wanita.
Dia bimbang kalau dia tidak mampu untuk menyayangi dan mencintai Ayana nanti. Secara tidak langsung nya pasti akan memberi kesan pada masa depan Ayana sendiri. Jay mengeluh kecil. Rambut di raup ke belakang sebelum dia melangkah menuju ke balkoni. Pintu gelangsar di tarik sebelum dia melangkah keluar dan berdiri di situ memerhati ke arah langit yang gelap di atas sana. Bintang-bintang bertaburan memenuhi ruang angkasa.
Bunyi deringan telefon bimbit mematikan lamunan Jay. Melihat nama pemanggil, dia mendengus kasar. Apa lagi yang bekas isteri nya nak hubungi dia malam-malam macam ni. Dengan rasa malas, dia sekadar acuh tak acuh menjawab panggilan itu.
"Hmm kau nak apa lagi ni?" Tidak minat lagi hendak berbual dengan wanita yang sudah menyakiti hati nya itu.
"Sayang... I miss you.." Suara merengek Marleena menyapa di hujung talian.
"Kalau kau setakat nak cakap benda bodoh tu dengan aku, aku tak berminat nak mendengar" Bidas Jay geram.
"You tak rindukan I ke Jay? I rindu pelukan you, kucupan you.. I pergi rumah you boleh?"
Jay mendengus kasar. Kenapa perempuan ni tak faham bahasa sungguh. Tak sedar ke yang mereka sudah bercerai.
"Kau cakap apa ni Mar? Kau dah gila ke? Kau dah lupa yang aku dah ceraikan kau?"
"No! I tak boleh terima perpisahan ni Jay. I nak kita rujuk balik. Please Jay... I tak boleh hidup tanpa you" Marleena merayu lagi. Masih tidak berputus asa mahu memujuk bekas suaminya.
"Ooo tak boleh hidup tanpa aku ye? Habis tu kalau tak boleh hidup tanpa aku, macam mana kau boleh seronok serahkan tubuh kau pada jantan tak guna tu? Kau ni memang perempuan tak ada maruah ke Mar?"
Seketika, mata Jay terus terhala ke bawah sana. Ke arah kolam renang. Melihat kelibat Ayana yang muncul di situ mengenakan pijama yang di belikan nya beberapa hari lepas, dia ukir senyum simpul. Apa yang di perkatakan oleh bekas isterinya di hujung talian, sudah tidak berjaya menerobos masuk ke pendengaran nya sekarang. Dia terus leka memerhati gelagat Ayana di bawah sana.
******
Sejak siang tadi sudah Ayana berkira-kira nak bermain dekat tepi kolam renang ni. Dia tahu dia tak pandai berenang, setakat nak duduk bermain air kat tepi je. Dia selalu berangan kalau la dia pandai berenang, memang dia buat macam-macam gaya agak nya kat dalam air tu. Gaya kuak lentang, gaya ikan lumba-lumba, gaya ikan paus dan paling cantik kalau dia dapat berenang macam duyung. Hihihi... mula la dia nak berangan jadi duyung pula sekarang ni.
Ayana menjengok ke dasar air kolam yang nampak jernih di situ. Melantun-lantun imej wajah nya di permukaan air bila air itu berkocak terkena tiupan angin sepoi-sepoi malam ni. Selipar di kaki nya di buka sebelum dia labuhkan duduk di situ. Merendam kaki nya ke dalam air kolam yang terasa sejuk.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomansaJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...