Setahun kemudian..
"Jazeel.. Imouto ni sonna fuu ni mono o nagedanaide kudasai!" (Jazeel.. jangan lontar barang macam tu dekat adik)
Jay geleng kepala bila melihat Nashmia sudah menangis bila kepala nya terkena mainan yang di lontar oleh anak lelaki nya. Walaupun baru berusia setahun, tapi anak-anak nya sangat lasak dan sekarang kedua-dua nya sudah boleh berjalan walaupun baru bertatih. Jay terus mendukung Nashmia. Mahu memujuk anak nya yang masih menangis.
"Nakanaide kudasai. Mia wa tsuyoi ko desu" (Jangan menangis. Mia kan anak yang kuat)
Jazeel yang melihat Jay sudah mendukung Nashmia, dia segera berlari ke arah papa nya dan menarik seluar papa nya kuat.
"Yes son" Jay terus duduk bertinggung.
"Dadadadaddada....." Biarpun masih dengan bahasa bubbling nya, namun mulut anak lelaki nya itu sangat petah dan bagai bertih jagung saja bunyi nya. Jay tergelak kecil di situ.
"Papa no kodomo wa nani ga hoshii no?" (Anak papa nak apa?)
Jazeel terus mengangkat kedua-dua tangan nya ke atas. Tanda mahu Jay mendukung nya juga. Tidak mahu kalah dengan adik nya.
"Hmm nak dukung juga la ni? Tapi tadi dah buat adik menangis" Jay berkata serius. Saja nak menguji anak nya.
Jazeel sudah tercebik-cebik bila tiada tanda-tanda Jay mahu mendukung nya. Bergenang air mata nya menahan tangis.
"Otoko wa naite wa ikenai" (Lelaki tak boleh menangis)
"Dadada....." Perlahan saja suara Jazeel sekarang. Seakan mengerti apa yang di sampaikan oleh papa nya.
"Promise that you won't treat your younger sister like that again. As an older brother, you should love and protect your younger sister. Can you?" Rambut anak nya di elus lembut.
"Babababaaaa...."
"Come" Jay terus menarik Jazeel ke dalam pelukan nya.
"Papa sayang kedua-dua anak papa tau. Papa nak bila dah besar nanti, Jaz dan Mia akan sentiasa melindungi antara satu sama lain walau apa keadaan sekali pun. Sebab nanti papa nak Jaz dan Mia pulak yang mewarisi apa yang keluarga Kobayashi jaga selama ini" Pipi kedua-dua anak nya di kucup sebelum dia melepaskan mereka kembali bermain di situ.
Jay terus memanggil pembantu rumahnya untuk tolong melihat anak-anak nya bermain di situ. Dia terus mengatur langkah ke dapur mahu mendapatkan isterinya. Hari ini isterinya nak buat jamuan sikit sempena hari lahir anak-anak mereka. Sekadar buat kecil-kecilan saja. Mereka menjemput Jaja sekeluarga untuk datang hari ini memandangkan sekarang cuti sekolah.
Melihat isterinya yang sibuk memasak di dapur, pantas dia menghampiri. Tubuh itu di peluk erat sebelum kucupan hangat singgah ke leher isterinya.
"Masak apa sayang?" Mata turut melihat ke dalam periuk. Harum semerbak bau nya.
"Masak ayam masak merah"
"Hmm sedap betul bau nya. Jaja dan family bila nak sampai?"
" Tengah dalam perjalanan kata nya tadi. Tak lama lagi sampai la tu agak nya. Abang tak ke airport lagi ke ni?"
"Jap lagi lah sayang. Biarkan si Naruto tu tunggu kat situ. Kasi dera dia dulu"
"Abang ni tak baik tau. Dah la si Ken tu baru pertama kali datang Malaysia. Nanti terkial-kial pulak dia kat sana"
"Tak pe. Dia lelaki. Pandai la dia jaga diri sendiri. Naruto kan? Apa nak takut" Pipi isterinya di kucup berkali-kali.
"Abang! Nanti Kak Siti nampak lah" Ayana memukul tangan suaminya yang melingkar erat di perut nya.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...