Awal pagi Ayana sudah menyiapkan sarapan di dapur kerana hari ni Jay akan bekerja seperti biasa. Selepas balik dari menonton wayang malam tadi, hampir pukul 2 pagi juga baru dia dapat lelapkan mata akibat mata nya menjadi segar selepas dia mandi.
Nasi lemak sambal udang di hidang di atas meja. Ayana mengerling jam di dinding. Bila makcik Salbiah dah tak ada ni, jadi kerja-kerja nak mengemas kat tingkat atas tu termasuk la mengemas bilik tuan anime tu dah jadi tanggungjawab dia sepenuh nya. Haih! Nak ulang alik turun naik tangga tu je la yang buat dia malas sebenarnya.
Melihat jarum jam yang sudah menunjuk ke angka 7.15 pagi, Ayana mengatur langkah menaiki ke tingkat atas. Mahu memanggil tuan anime tu makan. Entah lah walaupun sudah bergelar suami, Ayana tetap tak biasa dan masih menganggap tuan Jay tu majikan dia. Tak apa lah, dah memang itu lah yang selayak nya untuk dia yang tetap akan kekal menjadi orang gaji dalam rumah ni.
Kalau hari itu dia tersalah laluan sehingga menceroboh masuk ke bilik gym milik tuan anime tu, kali ini dia pasti tak akan tersalah lagi. Sebab ada dua laluan je kat atas ni. Jadi sah-sah la bilik tuan anime tu kat laluan sebelah kanan. Ayana terus menghala ke situ. Dia berdiri di hadapan pintu kayu yang berukir keemasan itu.
Selama dia bekerja di sini, dia memang tak pernah pun menghampiri bilik tuan Jay ni. Apatah lagi nak masuk ke dalam. Dan ini merupakan kali pertama dia sampai ke sini. Pintu di ketuk perlahan. Tiga kali dia ketuk, tiada sahutan. Ayana cuba lagi mengetuk kali ke empat, dan dia mendengar suara garau milik tuan Jay itu menyuruhnya masuk.
Sedikit gugup Ayana pulas tombol pintu itu dan menolak daun pintu dengan perlahan. Dia menjengok sedikit kepala nya dan dia melihat tuan Jay tu tengah berdiri di hadapan cermin. Dah siap tersarung pakaian kerja di tubuh nya.
"Tuan, sarapan dah siap" Ayana berkata perlahan.
Jay menoleh sekilas. Melihat Ayana yang berdiri di ambang pintu, lantas kaki di atur ke situ sebelum dia menarik tangan Ayana masuk ke dalam. Daun pintu terus di tutup rapat.
"Tuan, errr... saya nak..."
"Tolong pakaikan tali leher ni untuk aku" Tali leher berwarna krim itu terus di hulur kepada Ayana. Rasa nak bermanja pula dengan cik isteri pagi ni.
Terkebil-kebil Ayana melihat. Seumur hidup dia mana dia pernah buat kerja ikat tali leher ni. Kang tak pasal-pasal mati terjerut, siapa nak bertanggungjawab? Kalau setakat nak ikat rantai kat leher kucing tu dia tahu lah sebab kat kampung dia suka bagi rantai dekat leher kucing yang selalu duduk melepak dekat rumah dia.
"Saya tak reti nak ikatkan ni tuan..."
"Learn sayang" Jay ukir senyum.
"Tapi...."
Tali leher itu terus di letak di atas tapak tangan Ayana. Pinggang Ayana di raih dan di tarik rapat ke arahnya. Terus kaku tubuh Ayana bila berdiri rapat dengan tuan Jay.
"Tengok macam mana aku buat. Sebab lepas ni, pakaikan aku tali leher ni akan jadi tugas utama untuk kau sebagai isteri aku"
Tali leher dan tangan Ayana terus di bawa naik ke leher nya. Di ikat perlahan-lahan sambil mata nya ralit memerhati wajah isterinya yang sedang khusyuk melihat ke arah tangan nya yang menyimpul tali leher.
"Done! Dah boleh tangkap macam mana?" Soal Jay perlahan.
Ayana angguk. Harap dia tak lupa la cara nak simpul tu tadi. Dia nak turun semula ke bawah tapi kenapa tangan tuan Jay masih melingkar elok di pinggang nya.
"Tu...tuan saya nak turun bawah. Tu..tuan turun lah sarapan" Tangan Jay yang memeluk pinggang nya cuba di leraikan.
"Kenapa kalut sangat nak turun ni, hurmm?" Wajah di dekatkan, Ayana pula terus jarakkan kepala nya. Terkejut dengan perangai tuan anime pagi-pagi ni.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...