Tak henti-henti senyuman terlakar di bibir Ayana sejak setengah jam sudah mereka berada di lapangan terbang malam ini. Ralit mata nya memerhati deretan kapal terbang di luar bangunan terminal. Tak henti-henti juga mata nya melihat kapal terbang yang terbang naik. Pertama kali dia nak merasa menaiki kapal terbang ni. Entah macam mana la perasaan nya nanti.
Sekarang dia dah terasa sejuk berada dalam bangunan terminal ni. Sejuk suhu penghawa dingin pun dah tak tahan rasanya, macam mana nak tahan dengan suhu sejuk dekat Jepun nanti.
"Abang, sekarang kat sana musim salji eh?" Lengan suaminya di peluk erat sebelum dia rebahkan kepala ke bahu suaminya.
"Ye sayang. Memang berkali ganda sejuk kat sana nanti" Bahu isterinya di peluk erat. Dia turut memerhati ke arah deretan kapal terbang di luar sana. Dalam masa sejam lagi mereka akan berlepas ke Tokyo.
Your attention please, this is the final call for passengers of Air Asia on flight AK2021 to Tokyo please board the aircraft immediately through gate 1. Thank you.
"Jom sayang. Mereka dah panggil tu" Tangan isterinya terus di tarik menghala ke pintu gate 1.
Selepas mengambil tempat duduk di dalam kapal terbang, Ayana hela nafas dalam-dalam. Tak gayat ke nanti? Dah la jauh tu nak sampai. Harap nya dia baik-baik saja sepanjang penerbangan ni nanti. Pandangan di buang ke luar tingkap kecil pesawat. Kejap lagi mereka akan meninggalkan bumi Malaysia untuk seminggu.
Sekarang dia benar-benar terasa seperti bermimpi. Semua benda yang tak pernah terjangkau dek akal nya, satu persatu datang kepada nya. Naik kapal terbang pun di kira satu keajaiban untuk orang miskin macam dia. Ni lagi kan nak menjejak kaki ke Jepun, makin la dia rasa macam bermimpi di siang hari.
"Menung apa tu Tamashii?" Sedari tadi Jay melihat isterinya hanya termenung memandang ke arah luar tingkap pesawat.
Ayana ukir senyum dan menoleh ke arah suaminya. Kepala di sandarkan ke bahu suaminya.
"Ni pengalaman pertama Yana yang paling berharga. Terima kasih abang kerana beri peluang pada Yana untuk merasai semua ni"
Jay lorek senyum. Kucupan di hadiah ke ubun-ubun isterinya.
"Anything for you sayang. Kalau ngantuk, tidur je. Tak dapat nak buat apa-apa pun dalam kapal terbang ni. 7 jam kena hadap duduk dalam ni" Jay berkata perlahan. Jemari isteri nya di capai dan di sulam ke jemarinya kemas. Berkali-kali jemari halus itu di kucup.
Setelah melalui 7 jam penerbangan, akhir nya mereka selamat mendarat di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo. Jay bingkas bangun dan memimpin isterinya keluar. Puas juga dia menemani isterinya tidur tadi. Dia pula yang tak dapat nak lelapkan mata. Sekarang suhu sejuk sudah mula terasa. Skrin iphone di buka. Melihat suhu di bandar Tokyo sekarang mencecah 10 darjah celcius. Kot tebal terus di sarung ke tubuhnya sebelum dia menyarung kot ke tubuh isterinya.
Ayana pula sudah mula menggigil kesejukan. Tak sangka pulak suhu terlampau sejuk macam ni. Rasa nak membeku jari jemari nya.
"Sejuk sayang?" Jay terus memeluk erat bahu isterinya.
"Sejuk abang. Tak boleh nak tahan menggigil dibuat nya"
"Tak pe, kita ke hotel dulu. Kat hotel nanti boleh dapat haba pemanas. Tahan sekejap ye" Jay terus memimpin isterinya menghala ke tempat mengambil beg.
Jay sudah menempah teksi untuk membawa mereka ke Park Hotel Tokyo yang juga di tempah melalui talian seminggu yang lepas.
"Tokyo e yokoso, goshujin-sama" (Selamat datang ke Tokyo, tuan) Pemandu teksi itu terus menunduk hormat kepada penumpang nya malam ini.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...