Jay menggerak-gerakkan sedikit mata nya. Semalam selepas mereka masuk ke dalam bilik, terus saja mereka terlena kerana jetlag. Dengan mata masih terpejam, tangan nya meraba ke sebelah. Kosong! Lantas Jay celikkan mata dan menoleh. Tiada kelibat isterinya di sebelah. Dia bangun dari baring. Mengatur rambut yang sedikit berselerak. Selimut yang menutupi tubuhnya yang tidak berbaju itu di selak kasar. Dia turun dari katil. Mahu mencari isterinya.
Dia menghampiri pintu tandas dan menekap telinga nya di situ. Sunyi je? Jay terus saja mengatur langkah menuju ke balkoni. Melihat sosok tubuh kecil molek yang sedang berdiri di situ, dia ukir senyum. Dia bersandar di pintu balkoni balkoni sambil berpeluk tubuh. Mata meliar menjamah setiap lekuk tubuh isterinya dari belakang.
Awal-awal pagi dah nak runtuh iman dia bila tengok cik isteri sekadar memakai kemeja nya yang terlebih besar itu. Sekadar menutupi sampai bahagian paras paha nya saja. Nampak seksi. Jay terus saja menapak keluar ke balkoni dan tubuh kecil molek itu terus di peluk erat dari belakang.
"Morning Tamashii" Kucupan hangat di labuhkan ke leher isterinya.
Ayana sedikit terkejut. Dia menoleh sekilas ke belakang sambil tersenyum. Awal pagi dia sudah bangun kerana rasa teruja nya dari malam tadi nak keluar melihat bandaraya Tokyo hari ini. Melihat pemandangan dari balkoni ini saja pun dah nampak cantik. Terlampau maju dan moden orang Jepun ni.
"Morning abang"
"Awal bangun. Menung apa sayang?" Dagu di tongkatkan ke bahu isterinya. Dia turut memandang ke bandaraya Tokyo di hadapan sana.
"Yana tak sabar la nak jalan-jalan hari ini. Tak boleh nak tidur lena sangat malam tadi"
"Hmmm iye. Kejap lagi kita turun sarapan, then kita pergi jalan-jalan. Macam mana tenaga dan mood sayang hari ini, okay tak?" Pipi isteri nya pula menjadi sasaran bibir nya.
"Okay, alhamdulillah. 100%" Ayana tersengih.
"Sounds good. Tapi tenaga abang yang masih kurang ni. Tak charge lagi ni" Rentak suara Jay sudah bertukar perlahan dan sedikit serak. Kucupan nya semakin meliar. Awal-awal pagi ni lain pula perasaan nya bila berada dalam keadaan sejuk macam ni.
Leher kemeja isterinya yang agak besar itu sedikit melorot ke bawah bahu. Makin la membuatkan dia terbuai. Dan jari nya terus saja bergerak nakal melorotkan baju kemeja itu sehingga jatuh ke bawah. Bahu isterinya yang sudah terdedah itu di kucup lama.
"Abang!" Ayana memukul tangan suaminya yang melingkar elok di perutnya.
"Hurmmmm"
"Pergi la mandi. Bila nak keluar kalau macam ni" Ayana ketap bibir. Tahu sangat dah dengan tingkah suami nya ni. Dia pun sudah semakin menggeliat kegelian dengan kelakuan suaminya sekarang.
"Bagi abang charge tenaga abang dulu Tamashii... please..." Tubuh isterinya terus di pusing menghadap nya. Mata terus-terusan bergerak nakal bila melihat sebahagian dari tubuh isterinya yang sudah terdedah itu akibat dari perbuatan nakal nya tadi.
Jay ukir senyum. Dia menunduk sebelum dia mengucup hangat leher isterinya. Ayana pula apa lagi alasan nya hendak menolak kemahuan suaminya. Suaminya terlalu bijak dalam mengemudi hubungan sebegini. Dia yang selalu tak cukup nafas nak menerima.
"Just give me one hour sayang" Bisikan menggoda di berikan sebelum dia memagut bibir isterinya.
Agak lama mereka berkucupan di situ sebelum dia terus saja mencempung tubuh isterinya masuk ke dalam bilik. Mahu menunaikan keinginan yang sukar di bendung itu.
****
Jay membawa isterinya turun sarapan ke kafe hotel. Mujur lah hotel ini antara hotel yang menyediakan makanan halal untuk tetamu yang menginap di sini. Ayana sekadar mengekori di belakang suaminya sambil melihat makanan yang tersedia di meja buffet. Alahai, segala datuk nenek sushi ke ni? Tak ada nasi ke? Tekak orang melayu mana boleh buang. Tetap juga nak cari nasi dan lauk-lauk kampung.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomantizmJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...