JAY 58

6.1K 275 20
                                    

Ayana semakin ketakutan. Menggigil seluruh tubuhnya saat ini. Melihat gerak langkah lelaki yang menyeramkan itu semakin mendekati, Ayana bingkas berdiri.

"Mana kau nak lari hah? Aku akan tamatkan riwayat kau hari ini jugak! Hahahaha!"

"Apa kau nak? Apa salah aku pada kau?" Soal Ayana dalam esak tangis nya.

"Bukan aku yang nak, aku cuma menjalankan apa yang tuan aku arahkan saja. Dia nak aku bawa jantung kau depan dia nanti" Rahang Ayana terus di cengkam kuat.

"Lepaskan aku!! Lepass!!!!" Ayana tidak akan membiarkan lelaki ini menyakiti nya. Dia harus melindungi anak nya walau apa pun yang akan terjadi.

Dia cuba untuk memijak kaki lelaki itu, namun lelaki itu terus merentap rambut nya dengan kuat. Melihat Ayana yang melawan, lelaki itu terus menampar kuat muka Ayana menyebabkan hujung bibir nya sudah luka.

"Kalau kau melawan, lagi teruk aku buat nanti! Hmmm apa kata sebelum aku bunuh kau, bagi aku rasa dulu tubuh kau ni. Menarik sangat ni"

"Lepaskan akuu!!! Lepaskan akuu!!!!" Ayana terus-terusan menjerit kuat bila dia terasa tubuhnya terus di seret ke katil dan sekelip mata tubuhnya sudah di tolak jatuh ke atas tilam.

Saat ini, perasaan Ayana sukar untuk di gambarkan. Tak henti-henti dia mengalirkan airmata bila lelaki itu sudah mula menindih tubuhnya. Terasa senak di perut nya. Kaki nya meronta kuat mahu menendang lelaki itu yang cuba untuk membuka pakaian nya.

"Jangan sentuh aku!!! Abangggg!!!! Tolongggg!!!!!!"

Jay yang kebetulan baru membuka daun pintu, terus terkejut mendengar jeritan nyaring isterinya. Pantas kaki nya berlari laju masuk ke dalam rumah.

"Tolonggggg!!!!!"

Mendengar jeritan yang datang dari arah bilik tidur tingkat bawah, Jay terus berlari ke situ. Serta merta mata nya terbeliak luas bila melihat ada seseorang sedang menindih tubuh isterinya. Terus meluap kemarahan nya saat ini.

"Binatang!!!!!" Jay terus meluru sebelum dia menarik tubuh lelaki itu dengan kuat dan terus melempar lelaki itu ke dinding.

Jay terus meluru mendapatkan isterinya. Melihat baju isterinya yang terkoyak, semakin berombak dada nya menahan rasa marah. Lelaki itu yang melihat Jay di situ, segera bangun dan dia terus berlari menyusup keluar dengan laju menghala ke arah pintu belakang.

"Jahanam! Kau tak akan terlepas dengan aku!" Jay terus saja keluar mengejar lelaki itu yang sudah menghilang di kawasan belakang rumah.

Mendengar derap tapak kaki yang seakan berlari di luar kawasan pagar rumahnya, Jay terus mengekori sehingga lah dia melihat lelaki itu sudah menaiki motosikal nya dan memecut laju dari situ.

'Kau jangan cabar aku!'

Jay sudah ketap rahang dengan kuat saat ini sebelum dia berpaling semula dan masuk ke dalam rumah. Meluru dia mendapatkan isterinya. Semua perasaan bercampur baur saat ini.

"Sayang! Sayang tak apa-apa ke?" Tubuh isterinya terus di peluk erat. Ya Allah kalau lah dia tidak berpatah balik tadi, sudah tentu nya dia akan menyesal seumur hidup.

"Abang! Abang.. Yana takut.. Kenapa orang tak habis-habis nak bunuh anak kita?" Teresak-esak Ayana menangis dalam pelukan suaminya.

"Abang tak akan biarkan sesiapa usik sayang dan anak kita. Abang tak akan biarkan" Bertalu-talu kucupan singgah ke kepala isterinya.

Saat ini, dia benar-benar merasa menggigil, bukan kerana menggigil sebab takut, menggigil sebab menahan amarah yang kian meluap dalam diri nya.

****

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now