JAY 4

6.2K 274 6
                                    

Airmata yang ditahan sejak tadi, akhirnya tumpah jua. Pertama kali airmata lelaki nya menitis hanya kerana seorang insan yang bergelar isteri. Kaki terus saja melangkah mengikut rentak hati yang dingin. Sungguh dia tidak sangka begini pengakhiran kisah perkahwinan yang telah di jaga dengan rapi selama 5 tahun ini.

Saat ini, jiwa nya benar-benar rapuh. Sungguh hebat hadiah yang diterima pada hari ulangtahun perkahwinan nya tahun ini. Tersangat hebat dan luar biasa. Tergamak kau buat aku begini Mar. Apa kurang nya kasih sayang aku pada kau selama ini? Apa kurang nya belaian aku pada kau selama ini sehingga kau sanggup meminta belaian dari lelaki lain di saat kau masih isteri aku yang sah? Aku kecewa Mar. Aku terlalu kecewa.

Kaki terus melangkah lemah menghala menuju ke taman permainan yang sunyi sepi dan hanya di terangi cahaya lampu jalan di sekeliling nya. Jay labuhkan duduk di situ sambil merenung ke langit yang gelap. Terasa kosong hati nya saat ini. Wanita yang di cintai sudah di lepaskan pergi dari hati nya. Apa lagi yang tinggal untuk nya selepas ini. Apa lagi yang dia nak harapkan dalam hidup nya selepas ini? Seakan dia terasa berputus asa untuk hidup kerana selama ini Marleena lah nyawa nya. Sekarang, hidup nya sudah kosong. Tanpa ada Marleena lagi di sisi.

Dan rumah agam itu, pasti akan menjadi sunyi dan tidak meriah seperti selalu. Hanya dia dan ibu Salbiah, pembantu rumah nya yang menghuni rumah agam itu sejak dulu. Bila Marleena hadir dalam hidup nya, dia terasa seperti rumah itu telah di datangi oleh bidadari yang menjadi penyerinya.

Namun siapa sangka, wanita yang di sanjung bak bidadari itu rupa-rupa nya syaitan yang bertopengkan manusia. Jay menekur pandangan ke lantai simen. Tangan bertongkat lurus di atas kerusi. Kepala benar-benar terasa berat sekarang seakan di hempap sebongkah batu yang besar. Rasa letih selepas balik dari Tokyo tadi pun tak sempat lagi hilang, sekarang di tambah lagi dengan masalah begini. Semakin kusut fikiran nya.

Jay menunduk. Mata di pejam rapat. Mahu mengusir semua kejadian tadi pergi dari ingatan nya. Entah kenapa berkali-kali bayangan yang menjijikkan itu menerpa ke ruang ingatan nya. Serta merta rasa marah itu hadir semula dalam diri nya. Ikutkan hati memang dia nak bunuh saja kedua-dua syaitan itu tadi. Supaya puas hati nya. Namun dia bukan di takdirkan untuk menjadi seorang pembunuh walaupun hati meronta-ronta mahu membunuh.

"Arghhh!!!"

Jay tersentak bila seseorang tiba-tiba saja terjatuh ke atas pangkuan nya. Serta merta dia membuka mata dan seketika dia terkejut bila dia melihat seorang gadis muda elok tersungkur di atas pangkuan nya.

Jay hanya terkaku di situ. Keadaan di sini sunyi sepi, jadi datang dari mana perempuan ini? Pakaian nya hanya biasa-biasa saja dan sebuah beg sandang tersangkut elok di bahu nya. Serupa kutu rayau pun ada juga.

"Tuan.. tuan.. tolong saya tuan... ada orang jahat kejar saya..." Ayana merayu. Tidak tahu lagi ke mana dia harus pergi dan meminta tolong.

Jay tidak bersuara malah dia terus menolak tubuh perempuan itu sehingga Ayana jatuh tergolek ke bawah. Datang tiba-tiba nak minta tolong sedangkan dia sendiri sedang kusut memikirkan masalah diri sendiri sekarang ini.

Ayana semakin panik bila dia mendengar derapan tapak kaki 4 orang lelaki yang mengejar nya tadi sudah semakin hampir. Ayana bingkas bangun. Dia memandang ke arah lelaki asing di hadapan nya ini yang seakan tidak peduli dengan kehadiran nya.

"Tuan!! Saya merayu tolong saya tuan! Saya takut! Saya tak nak jadi pelacur! Ayah tiri saya tipu saya tuan" Ayana memeluk erat kaki Jay. Mengharap lelaki itu sudi menolong nya.

"Eh, jangan sentuh aku. Kau pergi minta tolong dengan orang lain. Jangan tambahkan masalah dalam kepala aku" Marah Jay perlahan.

"Saya merayu tuan..tolong saya tuan... saya takut" Ayana sudah menangis. Tambahan lagi kaki nya sudah melecet dan luka kerana bergesel dengan permukaan simen bila selipar nya putus tadi.

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now