Jay berdiri berpeluk tubuh sambil memerhati kedua-dua anak kembar nya yang kini sudah berusia 5 tahun itu sedang giat bermain di bilik gym nya. Jazeel gigih melakukan tekan tubi manakala Mia pula berlari-lari anak di atas treadmill.
"Kuatkan sikit tangan tu Jaz" Jay bersuara sambil duduk bertinggung di sebelah Jazeel.
Matanya ralit memerhati postur badan Jazeel ketika melakukan tekan tubi. Kalau tersilap caranya, pasti saja boleh mencederakan otot-otot nanti. Sesekali tangan nya galak mengatur tangan Jazeel agar lurus dan tidak bengkok.
"Penat papa" Termengah-mengah Jazeel bersuara. Seakan hendak jatuh tersungkur sudah dia sekarang ini. Tangan pula sudah menggigil.
"Kalau cepat penat macam ni, macam mana nak kuat ni nanti Jaz? Nak pegang Samurai tak boleh lemah, tak boleh lembik"
Terus terhenti gerakan tubuh Jazeel ketika mendengar perkataan Samurai yang di sebutkan oleh papa nya itu. Sudah lama dia teringin mahu melihat rupa bentuk Samurai itu. Mia juga sudah fokus ke arah papa nya. Serta merta larian nya terhenti. Mesin treadmill terus di matikan sebelum dia melangkah menghampiri papa nya yang duduk di situ.
"Macam mana rupa Samurai tu papa?" Soal Jazeel berminat. Wajah tampan papa nya di pandang.
Jay ukir senyum. Suatu hari nanti, dia pasti akan serahkan juga Samurai itu kepada salah seorang dari anakanak nya. Dia sendiri akan menilai nanti siapa yang akan layak di antara Jazeel dan Mia untuk mewarisi Samurai itu.
"Samurai tu adalah pedang pusaka keluarga kita. Turun temurun di warisi dari satu generasi ke satu generasi. Dan papa adalah generasi yang ke empat"
Jazeel dan Mia angguk.
"Jadi kat mana Samurai itu sekarang pa?" Soal Mia pula. Dia sendiri pun penasaran mahu melihat rupa Samurai yang selalu di ceritakan oleh papa nya itu.
"Ada tersimpan di tempat yang selamat. Tunggu Jaz dan Mia berusia 23 tahun nanti, papa akan serahkan Samurai itu kepada salah seorang daripada kamu berdua untuk menjadi pemilik nya bagi generasi yang ke 5"
"Jaz dan Mia tak kisah pun papa sesiapa saja yang akan memiliki nya nanti. Apa yang penting keluarga kita akan tetap bersatu dan takkan terpisah sampai bila-bila" Jazeel terus memeluk erat tubuh papa nya. Begitu juga dengan Mia.
Jay membalas pelukan anak-anak nya. Kepala anak nya di kucup penuh kasih. Sejak kehadiran kedua-dua permata ini dalam kehidupan nya, dia sudah merasakan hidup nya terlalu sempurna. Sekarang tak sedar masa telah berlalu begitu pantas. Si kembar yang sudah meniti usia 5 tahun sekarang, terlalu petah dalam berkata-kata.
"Papa sayangkan anak-anak papa. Apa pun yang berlaku nanti, pastikan keluarga kita tak berpecah belah, sayang menyayangi dan saling melindungi antara satu sama lain. Bantu juga sesiapa saja yang memerlukan pertolongan kita" Pesan Jay lagi.
"Bila Jaz dah besar nanti, Jaz pun nak ada badan ketul-ketul dan tough macam ni juga. Baru la kuat kan pa?" Jari telunjuk menekan dada bidang papa nya yang tidak berbaju itu.
Terus terhambur gelak Jay mendengar kata-kata anak nya.
"Badan tough tak semestinya kuat Jaz. Kalau badan je tough, tapi stamina tak ada, lesu, lemah, tak guna juga. Semua tu kena seiring"
"Mia pun nak juga badan macam papa" Nashmia tersengih.
"Eh, Mia cukup lah kuat dan tangkas, tapi buat badan ketul-ketul papa tak izinkan. Mana cantik sayang. Nanti takut lelaki nak dekat dengan anak papa ni bila dah besar" Kepala Nashmia di gosok lembut. Semakin besar semakin iras wajah isterinya anak dara nya ini.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...