JAY 40

6.1K 269 9
                                    

"Saya gembira sangat bila tengok hidup Yana bahagia sekarang ni abang Jay. Memang tak salah la pilihan Yana kahwin dengan abang Jay. Bertuah dia dapat suami yang sangat penyayang macam ni. Dia memang berhak untuk bahagia"

Jay ukir senyum. Senang hati nya mendengar pujian itu.

"Saya yang bertuah sebenarnya dapat Ayana tu, Jaja. Saya ni masa kahwin dengan dia, saya dah pegang status duda"

"Oh ya, kenapa Jay tiba-tiba boleh bercerai dengan Marleena. Err maaf la kalau saya tanya" Cikgu Saiful menyampuk. Memang agak terkejut juga sebab bila dia dengar Jay kata yang Ayana tu isteri dia, jadi macam mana pula dengan Marleena?

"Tak apa cikgu. Saya okay je. Pasal penceraian saya tu, saya tak tahu sudah berapa lama Marleena tu curang di belakang saya. Dan paling terbaru masa saya balik dari Tokyo tu lah, dia terkantoi dengan Mateen dekat pejabat dia"

"What? Mateen? Abang Jay sendiri tu ke?" Soal Cikgu Saiful tidak percaya.

Jay angguk. Sebenar nya malas nak berbicara pasal manusia tak guna tu. Tak ada faedah.

"Dah takdir hidup saya cikgu. Tapi saya bersyukur sangat-sangat atas penceraian tu. Mungkin sebab Allah nak temukan saya dengan Ayana masa tu jugak. Sebab baru beberapa jam lepas saya bercerai, saya terus berjumpa dengan Ayana masa dia lari dari geng-geng sindiket pelacuran tu"

"Menarik sangat la kisah pertemuan abang Jay dengan Yana ni. Kalau buat buku cerita ni, mesti menarik"

"Eh, sampai nak buat buku cerita pulak budak ni" Cikgu Saiful bersuara bila mendengar kata-kata adik nya.

"Ala okay apa. Unik tau along. Dah la si Yana tu memang suka tengok kartun jepun anime tu. Paling tak boleh blah la dia boleh minat gila dengan kartun Sailormoon semata-mata nak tengok si tuxedo bertopeng tu. Ni... realiti ni... dia dapat jodoh encik anime ni. Hahaha" Terus ketawa geli hati Jaja di situ bila mengenangkan zaman kanak-kanak mereka.

"Memang sekepala ye korang berdua ni Jaja, banyak sangat tengok cerita kartun" Jay membalas seraya tergelak sama.

"Betul la abang Jay. Kan Jepun lebih terkenal dengan kartun-kartun superhero macam tu. Handsome-handsome pulak tu hero nya walaupun sekadar kartun. Saya pun tak nafikan"

"Orang perempuan memang macam tu la Jay. Layan je laa" Cikgu Saiful geleng kepala.

"Jaja mengajar subjek apa dekat sekolah?" Soal Jay berminat mahu tahu.

"Saya ajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris"

Jay angguk perlahan.

"Kalau la Yana berpeluang sekolah dulu, mesti dia pun dah berjaya jugak sekarang ni abang Jay. Dia bukan nya tak pandai pun. Masa sekolah rendah dulu, selalu je dia skor A dalam ujian. Cuma tu lah, nasib dia kurang baik lepas ibu dia meninggal, dapat bapak tiri dari neraka macam tu. Terus tak di beri pendidikan. Hidup Yana hanya terperuk je la di rumah tu buat kerja-kerja rumah. Kalau nak makan dia terpaksa usaha sendiri tanam sayur-sayur di belakang rumah" Jaja lepaskan keluhan. Nanti kalau dia nak cerita takut dia pula yang emosi.

Jay angguk. Dia pun turut sebak kalau nak dengar kisah pasal isteri dia dulu. Sebab tu dia takkan sesekali bagi isteri dia sedih lagi sekarang, kerana isterinya berhak untuk merasa bahagia.

***

Ayana menapak keluar dari tandas, dia kemudian menghala ke arah sinki mahu mencuci tangan. Gembira nya rasa hati dia hari ini sebab dapat jumpa dengan Jaja. Tak sangka pulak suami dia boleh buat kejutan macam ni untuk dia.

Ayana merenung wajah nya di cermin. Di renung juga ke arah penampilan diri nya sekarang. Semua nya adalah kerana suaminya yang terlalu banyak membantu dia untuk menjadi seorang yang lebih yakin pada diri sendiri sekarang. Dia tak pernah pun minta dan pandang harta suaminya, cukup lah kalau dia dapat kasih sayang dari suaminya. Dia sudah biasa hidup susah, jadi dia sudah lali kalau hidup nya serba kekurangan.

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now