JAY 35

6.9K 290 10
                                    

Ayana tongkat kepala di atas meja. Sudah 1 jam dia mengulangkaji matapelajaran Sejarah. Memang tak boleh la nak belajar kalau tak ada bantuan dari cikgu ni. Susah dia nak faham kalau nak belajar sendiri ni. Dia merenung seketika bilik yang memang di sediakan untuk belajar dan membuat kerja pejabat suami nya yang terletak di tingkat bawah ini. Patut la dia tengok banyak je bilik-bilik kat bawah ni. Rupa-rupa nya ada bilik khas macam ni jugak ye. 

Ayana angkat kepala. Mahu mencari suami nya. Mahu bertanya dengan suami nya tentang sejarah penjajahan Jepun ke tanah melayu. Mana tau suaminya arif pasal ni. Dia melangkah menaiki tangga dan menghala ke bilik gym. Sampai di situ, tombol pintu di pulas perlahan dan daun pintu di tolak sedikit. Kepala di jengokkan ke dalam mencari suaminya.

"Abang.. boleh Yana masuk?" Ayana melihat ke kiri dan ke kanan. 

Jay yang sedang melakukan sit up, menoleh bila mendengar suara halus itu memanggil nya. 

"Yes Tamashii. Come in"

Ayana ukir senyum. Dia menolak lagi daun pintu sebelum dia melihat sosok tubuh suaminya sedang melakukan sit up di tepi dinding. Rajin betul tuan anime ni bersenam. Tak penat ke? Siang kerja, malam pulak kat bilik gym ni. Daun pintu di tutup rapat sebelum Ayana menghampiri suaminya.

"Abang sibuk ke?" Ayana berdiri di sisi suaminya. Rasa macam menganggu pulak kalau dia sibuk nak tanya pasal subjek Sejarah masa ni.

"Tak sayang. Kenapa?" Jay berhenti dan duduk seketika sambil memandang ke arah isterinya.

Ayana ketap bibir. "Erm tak apa lah. Abang bersenam la dulu. Yana keluar dulu ye"

Baru Ayana hendak berpusing, dia terus terjatuh ke atas pangkuan suaminya bila tangan nya di tarik tiba-tiba. Terkejut bukan kepalang dia. Kalut Ayana betulkan duduk bila pinggang nya sudah di peluk erat oleh encik suami.

"Hurmmm datang sini, lepas tu nak main keluar macam tu aje. Dah datang sini, tak boleh keluar lagi dah. Ada apa-apa sayang nak cakap ke?" Anak rambut isteri nya di elus lembut.

"Err Yana nak tanya pasal subjek Sejarah. Tapi tak pe lah. Tunggu abang selesai bersenam nanti je lah" Putus Ayana lagi.

Jay ukir senyum. Dia membaringkan semula tubuh nya sebelum dia mengatur tubuh kecil molek isterinya duduk di atas perut nya. Mahu menyambung semula aktiviti sit up nya tadi.

"Anything for you sayang. Nak tanya pasal apa tu? Kalau abang boleh jawab, abang akan jawab. Duduk sini diam-diam. Teman abang sit up" Jay terus angkat tubuh. Kemudian dia baring lagi. Angkat lagi.

Setiap kali dia angkat tubuh, wajah nya akan bersatu rapat dengan wajah isterinya. Dan setiap kali itu jugalah bibir nya akan singgah ke dahi dan pipi Ayana. Ayana sudah segan dengan kelakuan suaminya. Romantik tak bertempat.

"Tanya lah. Kita kena hargai masa yang ada. Kalau di Jepun, masa itu sangat berharga. Orang Jepun sangat menepati masa dalam kehidupan seharian mereka. Kadang-kadang ketika makan pun mereka masih sibuk membuat kerja kerana bagi mereka masa itu bukan untuk di bazirkan begitu saja"

"Yana nak tanya pasal sejarah penjajahan Jepun ke tanah melayu. Ermm abang tahu ke pasal tu?" Soal Ayana takut-takut. Maklum lah orang kat depan dia ni orang Jepun. Tak sensitif ke kalau dia tanya soalan ni.

"Hurmmm saja eh nak tanya dengan abang pasal penjajahan Jepun ni?" Hidung isterinya di cuit sekilas.

"Eh tak..tak.. bukan macam tu maksud Ya......"

Cup!

Tak habis ayat dia, tau-tau encik suami dah ambil kesempatan kucup bibir dia.

"It's okay Tamashii. Itu kan sejarah, sesuatu yang memang sudah menjadi sejarah untuk di kenang selagi kita masih hidup. Sayang nak tahu pasal yang mana satu?"

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now