JAY 27

6.8K 288 5
                                    

Jay memarkir MV Agusta nya di kawasan parkir Pavilion. Malam minggu begini memang penuh sesak warga kota menghabiskan masa di sini. Sepanjang perjalanan tadi, Ayana hanya kaku duduk di belakang. Rasa nak tercabut jantung nya dengan kelajuan motor milik tuan anime ni. Gila! Rasa nak terbang melayang pun ada dia dekat belakang tadi. Tu pun nasib baik la sekali sekala tuan anime tu pegang kuat tangan dia.

Ayana segera turun dari atas motor itu. Terhuyung hayang di rasakan nya. Kepala pula terasa berat dengan bebanan helmet. Rasa pening, nak muntah semua ada. Apa punya seksa la naik motor besar macam ni. Lebih baik la dia naik basikal, tak la teruk sangat macam ni rasa nya.

Jay memandang seketika ke arah isterinya yang berdiri kaku di situ. Tangan terus saja membuka helmet di kepala isterinya. Melihat wajah Ayana yang kelihatan terpinga-pinga itu, dia tergelak kecil. Helmet di kepala nya juga turut di buka.

"Kau okay ke ni, hurmm?" Rambut Ayana yang sedikit berselerak, di rapi dengan jari nya.

"Err o..okay...saya gayat sikit"

"Mula-mula je gayat tu. Nak hilangkan rasa gayat tu kau kena la selalu ikut aku naik motor ni" Jay ukir senyum nakal.

Terkebil-kebil Ayana memandang riak wajah tuan anime tu. Maksud dia akan ada lagi ke nak naik motor ni lepas ni? Kecut perut dia nak bayangkan. 

"Jom! Kita pergi makan dulu, lepas tu kita tengok wayang" Jemari Ayana di raih dan di genggam kemas sebelum dia menarik Ayana pergi dari situ.

Mereka memasuki ke dalam Pavilion. Memang meriah dan penuh sesak dengan pengunjung. Semakin erat pegangan tangan Jay pada Ayana bila berada dalam keadaan sesak macam ni. Ayana pula sudah tersenyum lebar bila pertama kali menjejak kaki ke Pavilion. Sangat besar dan luas. Dia hanya mengekori langkah Jay. Kalau nak harapkan dia seorang, memang dia akan sesat agak nya. Jay memilih untuk makan di Food Repulic Pavilion kerana di situ terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh menjadi pilihan ikut selera masing-masing. Memang boleh rambang mata kalau nak memilihmakanan kat situ.  

"Kau nak makan apa?" Jay menoleh Ayana di sebelah.

Ayana masih ralit memerhati deretan stall makanan di situ. Dia pun tak tahu nak makan apa. Banyak sangat makanan kat sini sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Melihat Ayana yang nampak bingung nak pilih makanan, Jay terus menghala ke arah stall makanan sizzling. Dia memilih menu sizzling beef rice untuk dia dan Ayana. 

"Aku oder sizzling. Kau okay?" Soal Jay lagi.

"Okay tuan. Saya ikut aje. Lagi pun saya tak tahu nak pilih apa"

Jay angguk dan terus membayar harga makanan. Dia kemudian terus membawa Ayana duduk di meja di sudut yang agak jauh sikit dari orang ramai. Nak kan sedikit privacy. Keadaan di sini memang boleh tahan juga hingar bingar dengan suara manusia. Sementara menunggu pesanan sampai, Jay sudah memesan sekali aiskrim untuk Ayana. Mangkuk aiskrim yang baru saja di hantar oleh pelayan itu terus di tolak ke arah Ayana.

"Eh? Untuk saya ke tuan?" Soal Ayana agak terkejut bila melihat semangkuk aiskrim yang berwarna warni di hadapan nya. Nampak sedap dan menarik. Telan liur sudah dia melihat.

"Aku tahu kau suka makan aiskrim. Makan lah"

"Tuan tak ada?" Soal Ayana segan.

"Aku tak minat makan benda-benda macam ni. Kau makan lah, bagi tambah lagi kemanisan kau malam ni" Ujar Jay perlahan. 

Tangan di tongkat kan di belakang kerusi tempat Ayana duduk. Tubuh nya pula memang sedia terpusing menghadap ke arah Ayana meyebabkan Ayana naik segan dengan tingkah nya.  Lambat -lambat Ayana capai sudu dan aiskrim itu di suap ke dalam mulut. Terasa sejuk nya sampai ke kerongkong.

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now