"Aku tak kenal kau" Jay tidak akan membuat kerja gila untuk membawa orang asing balik tinggal di rumah nya. Dan bukan semudah itu untuk dia mempercayai orang yang tidak di kenali begitu saja. Dia mempunyai sikap protective yang sangat tinggi bila melibatkan kepercayaan nya.
"Tuan, saya merayu sangat-sangat. Saya tak ada tempat nak pergi sekarang ni" Ayana merapatkan kedua-dua tapak tangan nya. Masih merayu simpati dari lelaki dihadapan nya ini.
"Untuk apa aku nak terus tolong kau? Kau bukan siapa-siapa untuk aku. Kau pergi lah mana-mana yang kau suka. Jangan nak tambahkan masalah dalam hidup aku. Perempuan memang pembawa masalah!Kalau tak, aku hantar kau pergi balai. " Putus Jay lagi. Malas hendak berlama-lama di situ, Jay segera meloloskan diri ke dalam perut kereta. Azman sejak tadi sudah sedia menunggu nya di situ.
Ayana yang melihat Jay sudah menghilang di dalam perut kereta, segera berlari ke situ. Dia mengintai ke dalam namun dia tidak dapat melihat keadaan di dalam sana kerana cermin kereta yang agak gelap.
"Tuan! Tolong tuan saya merayu. Bawa saya sekali ikut tuan. Saya jadi hamba tuan pun tak apa. Tuan..." Ayana masih terus merayu biar pun dia sedar suara nya memang tidak akan di dengari oleh lelaki kacak itu. Cermin tingkap yang gelap itu di ketuk-ketuk perlahan.
Azman sedari tadi memerhati gerangan gadis yang nampak comot itu mengekori Jay.
"Err siapa tu tuan?" Soal Azman ingin tahu. Kasihan pula dia melihat.
"Jalan" Arah Jay ringkas tanpa berminat mahu menjawab.
Tidak di pedulikan langsung kelibat Ayana yang turut ikut berlari di tepi kereta nya bila kereta sudah mula bergerak. Dia sekadar memandang kosong di hadapan. Mengeraskan hati tidak akan memberi pertolongan lagi kepada makhluk yang bernama perempuan.
"Tuan!! Tuan jangan tinggalkan saya!! Tuan!!" Semakin pantas Ayana berlari mengejar kereta mewah itu yang sudah semakin jauh meninggalkan nya di belakang.
Langkah nya yang tadi laju, kini semakin perlahan dan dia berhenti di situ memandang ke arah kelibat kereta yang sudah menghilang. Tanpa dapat di tahan, dia menangis semahunya di situ. Ke mana dia nak pergi sekarang ni. Ayana terduduk lemah di situ. Dia benar-benar menyesal kerana mempercayai kata-kata ayah tiri nya. Dia tidak akan maafkan lelaki itu kerana cuba hendak menghancurkan hidupnya.
Merasa ada titisan air yang menimpa pipi nya, Ayana mendongak ke langit yang gelap. Dan tak semena-mena hujan terus turun dengan lebat nya. Kalut Ayana berdiri mahu mencari tempat berteduh. Badan nya sudah habis basah kuyup sekarang ini. Melihat ada sebatang pokok tidak jauh dari situ, Ayana segera berlari ke situ.
Biar pun pokok itu besar dan rendang namun tetap tidak dapat melindungi nya dari terkena hujan. Dan dia terus basah kuyup berdiri di situ dan tenggelam dalam esakan nya yang tiada henti. Kilat pula sudah mula sabung menyabung membuatkan Ayana semakin merasa takut dengan keadaan sekarang. Ayana mula menggigil kesejukan dan berpeluk tubuh di situ. Sesekali bahu nya turut terhinggut bila mendengar bunyi guruh yang sangat menakutkan. Dia terus duduk mencangkung di situ dan menyembunyikan muka nya di sebelik lipatan lutut nya. Cuba mengusir rasa takut yang menghantui diri nya ketika ini.
Mak... ayah... Yana nak jumpa mak dengan ayah...
***
Jay melihat ke luar. Tiba-tiba saja hujan lebat. Entah kenapa hati nya mula merasa risau sekarang ini. Dia ketap bibir perlahan. Keluhan kasar di lepaskan. Perlukah dia menolong perempuan yang tidak di kenali itu? Namun melihat keadaan hujan di luar sana, tak mungkin perempuan itu dapat pergi jauh.
"Modoru (patah balik) Azman"
Azman sedikit terkejut mendengar arahan itu, namun tidak pula dia banyak soal. Dia sedikit sebanyak faham juga dengan bahasa Jepun yang asas kerana halwa telinga nya sudah selalu di tadahkan mendengar tuan nya berbahasa jepun dengan nya. Lantas stereng kereta terus di pulas berpatah balik ke tempat tadi. Dia tahu hati budi Jay macam mana. Sekeras apa pun hati nya, pasti dia tidak akan tega untuk membiarkan dan menyakiti hati seorang perempuan.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...