Awal pagi lagi Ayana sudah bangun. Dia duduk terkebil-kebil di atas katil. Entah pukul berapa baru dia dapat melelapkan mata malam tadi. Susah benar hendak tidur. Dia memerhati sekeliling bilik tidur yang sederhana luas ini. Nama je bilik pembantu rumah, tapi selesa nya ya ampun, memang kalah bilik tidur dia dekat kampung tu yang hanya beralaskan tilam buruk dan nipis. Dan ini lah pertama kali dia benar-benar dapat baring di atas tilam yang sangat selesa macam ni. Kalau melompat ni mesti akan melantun-lantun badan dia agak nya. Ya Allah nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan. Aku cukup bersyukur dah sekarang ini ada tempat untuk berteduh dari hujan dan panas.
Getah rambut di capai sebelum dia mengikat gaya ekor kuda rambut lurus nya yang separas siku itu. Dalam bilik ni bukan setakat ada katil, tilam, kipas dan aircond, dalam bilik mandi tu dah siap cukup lengkap dengan syampu dan mandian yang wangi-wangi. Argh memang keseronokan la dia mandi malam tadi main buih-buih syampu kat dalam tu. Ayana berdiri di hadapan meja solek. Cuma di situ je kosong. Yelah nak letak apa, dia satu apa pun tak ada. Jangan kan kata barang make up, bedak badan pun dia tak ada. Yang dia ada cuma berus gigi, colgate, deodorant dan sikat rambut. Itu aje lah yang di bawa nya dari kampung semalam.
Pakaian makcik Salbiah yang tersarung di tubuh nya di perhati sekilas. Sedikit besar dan labuh baju t shirt makcik Salbiah ni kerana makcik Salbiah berbadan sedikit gempal. Badan dia pulak kecik kurus cekeding je. Sekali kena jentik memang terus terpelanting ke dinding dan terus melekat jadi cicak agak nya dia kat dinding tu. Hai la Yana, dah nasib nak buat macam mana. Redha okay... redha...
Daun pintu di buka sebelum dia menjengok kepala nya keluar. Sekarang dah pukul 6 pagi. Agak-agak makcik Salbiah dah bangun tak? Pukul berapa nak mula kerja ni? Ayana garu kepala yang tak gatal. Dia terus melangkah keluar sebelum menutup daun pintu perlahan. Menoleh seketika ke kiri dan ke kanan. Sebelah kanan tu ke ruang tamu, yang sebelah kiri ni pulak nak pergi mana? Kat depan pun ada laluan. Ni rumah ke bangunan? Kenapa banyak benar laluan dalam rumah ni. Dia nak cari dapur. Kot-kot ada kerja yang boleh dia buat kat dapur ke. Tapi mana jalan nak ke dapur nya?
Salbiah yang baru muncul dari ruang tamu berhenti seketika bila dia melihat Ayana yang seakan kebingunan berdiri di hadapan bilik nya. Kemudian dia terus menghampiri Ayana.
"Yana"
Yana sedikit terkejut mendengar suara itu. Tangan naik mengusap dada perlahan.
"Makcik"
"Buat apa tercegat kat sini?" Soal Salbiah hairan.
"Errr saya nak ke dapur. Tapi saya tak tahu mana jalan nya nak pergi ke dapur" Sumpah okay rumah ni memang luas sampaikan boleh sesat agak nya nak cari jalan pergi ke dapur.
"Oh, ikut sini la kalau nak ke dapur. Yang laluan sebelah ni semua nya bilik-bilik stor dan ada juga bilik kosong"
Salbiah terus berlalu sambil membawa baldi mop di tangan nya. Baru selesai mengemop ruang tempat makan tadi. Ayana terus saja mengekori Salbiah di belakang.
"Makcik baru lepas habis mengemop ke?" Pandangan melihat ke arah baldi mop di tangan Salbiah.
"Ye, baru je makcik mop kat depan tu tadi"
Ayana angguk.
"Lain kali biar saya je yang buat kerja-kerja berat tu makcik" Ayana menawarkan diri. Yelah makcik Salbiah kan dah tua, biar lah dia yang muda ni buat kerja yang lasak macam tu.
"Ha yelah. Kamu nak minum ke? Makcik ada bancuhkan kopi tadi. Tapi tak siap masak lagi ni. Jay selalu nya sarapan pukul 7.30 pagi sebelum dia ke pejabat" Baldi mop terus di simpan di ruang yang telah di sediakan khas untuk menyimpan peralatan pembersihan.
"Erm takpe nanti lah makcik. Apa kerja yang perlu saya buat ni makcik?" Soal Ayana tidak sabar mahu memulakan tugas nya pagi ini.
Salbiah lirik senyum sebelum dia menarik kerusi dan labuhkan duduk di situ. Dia turut mempelawa Ayana duduk. Mahu berbual seketika dengan gadis comel itu.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...