JAY 42

6.1K 278 19
                                    

"N..Ninja???" Hampir nak terkencing dah kawan Nick akibat menggigil bila melihat figura ninja berdiri di hadapan mereka sekarang ini. Masing-masing berpandangan sesama sendiri di situ.

"K...kau sapa?" Soal Nick sedikit menggigil.

Tak pernah seumur hidup nya melihat Ninja wujud di depan mata. Selalu nya hanya wujud dalam filem sahaja. Dan malam ini, dari mana muncul ninja ni? Dia telan liur berkali-kali. Cuba mengusir rasa takut yang menyelubungi diri.

Jay tidak menjawab. Hanya mata nya saja berbicara saat ini. Melihat satu persatu wajah bangsat-bangsat di hadapan nya sekarang ini. Wajah-wajah yang telah menyakiti isteri nya. 4 keping Spinner besi berbucu 4 yang tajam di keluarkan sebelum dia terus saja melontar nya tepat mengena ke arah tangan keempat-empat lelaki itu menyebabkan mereka semua terus menjerit terkejut di situ.

Masing-masing sudah menyeringai menahan sakit dan tergamam bila melihat tangan mereka yang sudah mengalirkan darah yang banyak.

"Kau nak apa hah?" Soal Nick berani.

"Aku nak apa?" Soal Jay kembali. Dia mara menapak menghampiri keempat-empat lelaki itu.

Dan sekelip mata dia telah mencabut semula Spinner yang tertanam di dalam tangan mereka menyebabkan mereka berempat sekali lagi menjerit kesakitan. Serasa bagaikan terkoyak sudah isi tangan mereka akibat terkena benda tajam yang berpusing dengan laju itu tadi.

"Kimi wa naze watashi no Tamashii o kizutsukeru nodesu ka?" (Berani kau sakitkan Tamashii aku?)

Tangan Nick terus di pulas kasar. Nick mahu melawan dengan menendang Jay namun Jay pantas saja menepis kaki nya sehingga dia terpusing di situ. 3 lagi rakan Nick terus meluru ke arah Jay mahu menyerang nya, satu persatu terus terpelanting bila tendangan Jay tepat mengena ke perut mereka.

Mereka tidak berhenti di situ. Salah seorang menghampiri bonet kereta sebelum dia mengeluarkan 2 bilah pisau dan 2 batang kayu hoki sebelum di lemparkan ke arah Nick dan 2 lagi rakan-rakan nya. Bersedia untuk menyerang dan melawan Jay yang sekadar tayang riak sinis di situ melihat ke arah mereka.

"Apa kau nak dari kami? Tiba-tiba muncul sini ganggu kami!" Soal Nick lagi.

"Aku nak tangan kau!"

"Hah? Hahahahahahaha!!!!! Woiii ini ninja gila maaaa.... hahahahaha!!!" Berdekah-dekah Nick ketawa di situ. Terasa geli hati.

Jay jungkit hujung bibir. Sekadar membiarkan budak-budak mentah ni ketawa untuk puaskan hati mereka.

"Mijuku-sha" (Dasar budak mentah)

"Lu belum kenal sapa wa ooo.. weiii ini Malaysia maa.. bukan Jepun.. sini bukan tempat untuk ninja maa... sini tempat untuk samseng.... haiya... baik lu balik la ninja" Usir Nick sambil ketawa.

"Oh ya?" Soal Jay sinis.

"Kalau lu sayang nyawa lu, baik lu blah dari sini ninja!" Nick ketawa lagi.

"Aku takkan balik selagi aku tak potong tangan kau tu" Balas Jay pula.

"Lu memang nak kena sama wa ooo.. haiyaa... geng! Kasi belasah sampai mati lah! Nanti boleh tikam dalam gaung sana!" Arah Nick kepada tiga orang rakan-rakan nya.

Satu persatu mara menghampiri Jay yang kekal berdiri berpeluk tubuh di situ. 2 orang bersedia dengan kayu hoki di tangan dan seorang lagi bersedia menghunus pisau ke arah Jay. Jay sekadar melihat, tidak pula dia cemas atau panik. Sekadar menanti ketiga-tiga budak mentah ni bertindak.

Jay menarik keluar 2 bilah senjata Kunai yang tersisip kemas di betisnya. Di genggam kemas dengan mata Kunai itu di hala ke bawah. Jika mereka bertindak kasar, dia juga akan bertindak kasar. Dia datang malam ini kerana mahu memberi pengajaran kepada mereka. Sakit nya isteri dia, bermakna dia juga merasa sakit nya.

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now