Jay mengatur langkah menuruni anak tangga mahu mencari isterinya. Selepas makan malam tadi tidak nampak pula kelibat isterinya naik ke atas. Bilik kerja yang merangkap bilik bacaan di tuju. Pasti isterinya berada di situ mengulangkaji pelajaran. Malam esok baru cikgu Najihah akan mula datang mengajar isterinya di rumah. Syukur lah semuanya di permudahkan bila cikgu Saiful dapat membantu nya mencari seorang guru tuisyen untuk isterinya.
Tombol pintu di pulas perlahan sebelum dia menolak sedikit daun pintu. Bibir ukir senyum bila dia melihat sosok tubuh isterinya sedang duduk di atas kerusi sambil memegang ipad di tangan nya. Pantas dia melangkahkan kaki masuk ke dalam dan daun pintu di tutup rapat.
Tubuh kecil molek itu terus di peluk dari belakang sebelum dia labuhkan kucupan hangat ke ubun-ubun isterinya. Ayana terus mendongak bila dia merasakan pelukan itu. Senyuman di ukir buat si suami.
"Abang"
"Belajar subjek apa sayang?" Soal Jay sambil beralih dan duduk di sisi isterinya.
"Sains. Tapi Yana memang tak faham satu apa pun. Susah nya" Ayana masih scroll ipad di tangan nya seiring juga dengan wajah nya yang ikut berkerut-kerut.
"Subjek sains ni kena banyak buat amali, baru kita akan dapat faham" Tangan tak henti-henti mengelus rambut hitam milik isterinya. Mata pula tidak kalih dari memerhati seraut wajah yang menjadi igauan nya siang dan malam itu.
"Cam tu ke? Ermmm kalau tak skor untuk subjek ni tak apa ke abang?"
Jay ukir senyum. Tubuh isterinya di tarik dan di dudukkan di atas pangkuan nya. Pelukan di eratkan. Mahu menyalurkan kasih sayang nya yang tidak berbelah bagi buat Ayana.
"Sayang, kalau kita dah berusaha, lepas tu kita bertawakal dan tak pernah lupa berdoa, inshaallah yang datang nanti semuanya yang baik-baik saja. Percaya pada ketentuan Allah. Kalau tak skor, tapi sayang dah pun berusaha, tak apa lah. Jangan merasa kecewa. Anggap tu semua ujian dari Allah"
Ayana angguk kepala perlahan. Faham dengan apa yang di sampaikan oleh suaminya. Dia pusing kan tubuh sebelum tangan nya naik melingkar memeluk erat leher suaminya. Sekarang dia memang semakin manja dengan suaminya. Pertama kali dalam hidup nya merasa di manjakan begini.
"Terima kasih sebab abang selalu ada bila Yana tak tahu apa-apa dan merasa kekurangan"
"Itu adalah tugas abang sebagai suami. Melengkapi kalau sayang merasa kekurangan. Selagi abang bernyawa, abang akan sentiasa melengkapi semua keperluan sayang"
"Hurmmm... agak-agak arwah ibu abang dulu makan apa eh masa mengandungkan abang?" Ayana tayang sengih.
Jay pula kerut dahi mendengar soalan itu.
"Soalan berbentuk apa tu sayang?" Jay ukir senyum. Bibir pula sudah mula bergerak nakal mengucup leher isterinya.
"Tak adalah. Sebab abang ni bijak sangat, tak cukup dengan tu, handsome pulak tu. Macam cerita kartun anime jepun tu yang selalu Yana tengok dekat youtube kawan Yana dekat kampung dulu. Hehe"
"Uish!!! Kata abang ni sama dengan kartun anime tu ye. Pandai betul ye sayang ni" Hidung isterinya di picit lembut.
"Hehe. Waktu abang patah balik masa tolong Yana dulu, abang memang sebiji la macam tu. Sebiji macam boyfriend si Sailormoon tuxedo bertopeng tu"
"Kuat sangat tengok cerita kartun sayang ni" Terus pinggang isterinya di geletek menyebabkan Ayana terjerit di situ.
"Abang jangan lah, geli"
"Geli ye? Lagi la abang suka nak buat ni" Semakin kuat Jay mahu mengusik isterinya sehingga terlentang sudah Ayana ketawa menahan rasa geli.
"Abang, dah la... Yana tak leh tahan geli" Bergema ruang bilik itu dengan ketawa mereka.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...