'Urrffffff!!! Apesal sakit sangat kepala aku ni'
Kepala yang terasa berat di sentuh perlahan. Jari naik memicit dahi berkali-kali. Sedikit berkerut wajah Jay pagi ini. Tangan menolak tubuh untuk bangun. Merasakan kulit nya seakan tidak beralas, pandangan mata nya terarah ke tubuh nya yang tanpa seurat benang itu yang hanya di tutupi oleh comforter tebal. Drastik Jay duduk dan tegakkan tubuh. Dia cuba memproses semula apa yang telah berlaku semalam. Dia melihat sekeliling. Tiada pula kelibat Ayana di sini.
Apa yang dah jadi ni? Comforter di selak sebelum pandangan nya terkaku ke arah cadar berwarna putih itu. Ada tompokan darah yang melekat di situ. Oh shit! Serta merta mata Jay terbuntang luas. Bingkas dia turun dari katil mencapai jogerpants dan dia terburu-buru berlari keluar dari bilik.
Kaki pantas menuruni anak tangga. Mahu mencari isterinya. Berdebar-debar hati Jay saat ini. Adakah dia sudah menyentuh Ayana semalam? Kalau benar, adakah dia sedar atau tidak ketika melakukan nya? Terasa berdenyut kepala nya bila cuba memikirkan. Dia terus menghala ke dapur.
Langkah nya terhenti bila melihat sosok tubuh itu sedang berdiri membelakangi nya di hadapan sinki. Jay hela nafas dalam sebelum dia menghampiri Ayana. Lengan Ayana di sentuh sebelum dia pusing lembut tubuh Ayana supaya menghadap ke arah nya.
Ayana yang merasakan sentuhan itu sedikit terkejut. Melihat wajah Jay yang berdiri di hadapan nya, dia menunduk. Rasa malu dan segan usah di kata saat ini bila kejadian semalam tak henti-henti menganggu fikiran nya.
Jay perhati wajah isterinya sebelum tangan nya naik memaut dagu Ayana supaya memandang ke arah nya. Kelihatan mata bundar itu berkaca-kaca sebelum mata nya teralih ke sekitar leher Ayana yang banyak kesan merah. Oh god! It's already happen.
"Bagitau aku, aku sentuh kau ke semalam?" Soal Jay lembut. Tidak mahu memberi sebarang tekanan emosi pada Ayana.
Ayana hanya diam. Dia malu hendak menjawab soalan itu. Kenapa tuan Jay tanya dia soalan itu? Adakah tuan Jay pura-pura tak ingat apa yang dah berlaku semalam?
"Tell me Tamashii, have I touched you?" Soal Jay lagi. Mata tetap tidak kalih dari merenung seraut wajah milik Ayana.
Ayana menunduk. Tidak berani hendak menentang pandangan Jay sekarang. Melihat kebisuan Ayana, Jay sudah faham. Kesan tompokan darah itu juga sudah membuktikan segala-gala nya. Tiada apa lagi yang perlu dia persoalkan sekarang ini.
"I'm sorry kalau aku sentuh kau tanpa kerelaan kau. Aku benar-benar tak sedar dengan kelakuan aku. Semalam aku cuma tahu yang aku rasa tak sedap badan" Jari mengelus lembut pipi Ayana. Dan ketika ada setitis airmata jatuh membasahi jari nya, Jay tergamam.
"Kau menangis?" Lantas airmata Ayana terus di kesat perlahan.
Kedua tapak tangan nya terus di lekapkan lembut ke pipi Ayana. Menghantar renungan yang penuh rasa cinta kepada isterinya.
"Tamashii, dengar sini.. once i've touched you, i'll take a responsiblity.. kalau aku ada berkasar dengan kau semalam, aku minta maaf.. aku akan bertanggungjawab.. aku tak akan abaikan kau... don't cry please...." Tubuh Ayana terus di tarik dan di bawa ke dalam dakapan nya.
"Walaupun aku tak sedar dengan apa yang berlaku, entah kenapa aku rasa terlalu bahagia saat ini sayang.. sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata... dan terima kasih sebab kau tak melenting dan marahkan aku..." Rambut hitam milik Ayana di elus lembut. Bertalu-talu kucupan singgah di kepala isterinya.
Sungguh dia sangat berlapang dada saat ini bila dia telah memiliki Ayana secara mutlak. Dan dia berjanji akan melimpahi Ayana dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Esakan halus Ayana masih kedengaran. Jay jarakkan tubuh.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...