Sejak tadi muka Ayana monyok dan sedih kerana sekarang dia ralit melihat makcik Salbiah menyimpan beg-beg pakaian nya ke dalam bonet kereta. Gaya macam tak nak balik sini lagi je makcik tu. Sampai 3 buah beg besar di bawa nya balik. Rasa nak mengangis pun ada jugak dah ni. Jap lagi sunyi la dia tak da teman nak ajak sembang. Kena hadap la nak tinggal berdua dengan tuan anime je lepas ni.
"Yana... makcik nak bertolak dah ni. Yana jaga diri baik-baik, dengar cakap suami tu tau" Pesan Salbiah perlahan.
Sedih juga hatinya hendak meninggalkan rumah ni. Nak tinggalkan Ayana walaupun dia hanya bercuti 3 bulan saja. Itu pun kalau dia tiada perancangan untuk lanjutkan lagi cuti dia nanti. Lagi pun dia dah tua, sekarang rasa nak duduk berehat je kat kampung.
"Tak payah balik la makcik. Siapa nak teman Yana lagi lepas ni" Ayana sudah memeluk erat tubuh Salbiah. Esakan halus nya sudah mula kedengaran.
"Hisy kenapa pula cakap macam tu. Siapa kata tak ada teman? Tu cik abang tu apa? Bukan teman ke?" Usik Salbiah.
"Eeiii makcik ni sempat lagi kan! Tu mana sama dengan makcik"
"Eh budak ni ada ke nak di samakan dengan kita laki dia. Dah jangan sedih-sedih. Nanti ada masa pergi la kampung makcik. Tunggu Jay tu sibuk nanti ye. Kalau kebetulan musim buah, mesti lagi seronok tu nanti. Makcik ada kebun. Macam-macam pokok buah ada"
Ayana angguk. Teruja juga bila dengar makcik ada kebun buah. Mesti seronok kalau dapat duduk kat bawah pokok makan buah segar yang baru di petik. Dia tunduk menyalami Salbiah sebelum dia memeluk lagi tubuh itu erat. Wanita yang sudah di anggap seperti ibu sendiri. Tempat dia menumpang kasih untuk beberapa minggu ini.
"Makcik jaga diri ye. Nanti jangan lupa dengan Yana kat sini"
"Makcik tak akan lupa. Yana pun jaga diri elok-elok. Jangan la ralit sangat buat kerja. Yana kena ingat, Yana tu dah jadi isteri Jay tau, bukan orang gaji lagi"
"Ibu, dah lewat ni. Jom lah kita gerak sekarang" Suara Jay mencelah. Dia hanya geleng kepala melihat drama airmata isteri dia tu sedari tadi. Macam la tak akan jumpa lagi dengan ibu Salbiah nanti. Hei geram je dia tengok muka comel tu tau tak.
Salbiah angguk sebelum dia terus saja menghampiri ke arah kereta. Jay turut ikut bersama Azman untuk menghantar Salbiah ke stesen bas kerana kebetulan Jay ada urusan di luar pagi ini.
"Makcik pergi dulu Yana. Inshaallah panjang umur nanti kita jumpa lagi" Pipi Ayana di kucup penuh kasih sebelum dia meloloskan diri ke dalam perut kereta.
"Kau tunggu kat rumah. Tunggu sampai aku balik. Jangan benarkan sesiapa masuk" Pesan Jay lagi sambil memandang ke arah Ayana. Ayana ni bukan nya dapat di jangka perangai dia. Jap lagi ada la tu dibuat nya apa yang di larang.
"Ye tuan"
"Handphone jangan jauh-jauh. Simpan sentiasa dalam poket seluar. Senang nanti kalau apa-apa aku nak call kau"
"Hmmm okay tuan" Acuh tak acuh je Ayana menjawab. Dia tak ade mood dah bila makcik Salbiah tu dah masuk ke dalam perut kereta.
"Kenapa monyok sangat ni sayang? Ibu tu nak balik kampung je lah" Rasa geli hati pun ada melihat wajah cemberut cik isteri pagi-pagi ni. Macam budak-budak nak kena tinggal je gaya nya.
Ayana kerut dahi. Dia tengah sedih sekarang ni, tuan anime ni boleh pulak nak main-main macam tu. Lagi-lagi suka je nak panggil dia sayang. Buat nya malam nanti dia tak dapat nak tidur lagi, macam mana? Suka sangat nak dera perasaan dia. Eeiiii.
"Aku keluar dulu. Nanti kunci pintu tu" Jay terus meloloskan diri ke tempat duduk sebelah pemandu.
Airmata di kesat perlahan. Mata Ayana kekal memerhati kereta yang sudah beransur pergi dari perkarangan rumah Jay. Sayu nya rasa hati Ayana sekarang ni. Baru dia mahu berpaling masuk ke dalam rumah, sebuah kereta tiba-tiba saja meluru masuk ke dalam kawasan pagar dan berhenti mendadak di belakang nya.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...