SIPNOSIS

13.6K 306 18
                                    

Pesanan Penaja 🙌

Untuk bacaan 18 tahun ke atas 

✍🏻Nama, watak, tempat dan jalan cerita hanyalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Jangan peningkan kepala untuk mencari di mana logik nya dalam setiap karakter atau babak dalam cerita. Semuanya juga tiada berkaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia

✍🏻 Gambar hanyalah untuk tujuan hiasan sahaja.

✍🏻Selamat Membaca 🥰

✍🏻 Yang baik datang nya dari Allah, yang tak baik nya datang dari diri saya sendiri. Jika ada kekurangan dalam penulisan saya, harap di maafkan 🙏

Lurve,

Mi_Amethyst

*******

Jay Zaqwan Kobayashi, berusia 29 tahun, jejaka berdarah kacukan jepun melayu. Lelaki hartawan yang punyai segala nya. Dia lelaki yang setia pada cinta. Melayari bahtera rumahtangga bersama dengan wanita yang sangat di cintai nya menjadikan dia seorang suami yang sangat penyayang dan sangat bertanggungjawab.

Tempoh perkahwinan selama 5 tahun bersama dengan isterinya Marleena benar-benar membuatkan Jay merasa bahagia biarpun mereka belum lagi di kurniakan anak. Bagi Jay, itu bukan lah satu masalah untuk dia berhenti mencintai isterinya. Tanpa zuriat, mereka tetap boleh bahagia. Dia berserah pada takdir untuk menentukan segala-gala nya. Tidak pernah sekali pun dia membangkitkan soal zuriat pada sang isteri. Cukup lah kalau isterinya sentiasa ada di sisi bersama dengan nya. Dan semakin hari cinta dan sayang terhadap isterinya semakin utuh dan mendalam. Isterinya di layan bak ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Apa saja kemahuan isterinya, pasti dia akan turuti. 

Panas yang di sangkakan hingga ke petang, siapa saja dapat menduga bila hujan di tengahari. Isteri yang terlalu di cintai itu, akhirnya berlaku curang dengan abang kandung nya sendiri ketika dia baru pulang dari Tokyo atas urusan kerja. Bagaimana dia mampu hendak menerima hakikat ini. Sedangkan dia sepenuh hati mencintai isterinya. Sakit, pedih, perih rasa nya luka itu bagaikan dihiris oleh belati yang tajam. 

Selepas beberapa jam melafazkan talak, takdir pula telah mempertemukan Jay dengan gadis malang, Nur Ayana yang berusia 22 tahun yang telah di jual oleh bapa tiri nya kepada sindiket pelacuran. Jay yang sedang melayan rasa kecewa, telah di kejutkan dengan kehadiran Ayana yang tiba-tiba jatuh tersungkur di pangkuan nya ketika dia sedang duduk bersendirian di kawasan taman permainan yang sunyi sepi. 

Rayuan demi rayuan dari Ayana yang tak henti-henti memohon pertolongan dari nya bila gadis itu sedang di kejar oleh geng sindiket pelacuran kerana melarikan diri. Jay pula merasa rimas. Dia tidak mahu ambil tahu perihal masalah orang lain sedangkan dia sendiri sedang menghadapi masalah yang maha hebat. Tidak di pedulikan rayuan gadis itu, dia terus melangkah pergi sehingga lah dia mendengar jeritan nyaring gadis itu yang begitu menusuk ke dasar hati nya.

Dan selepas kes pertolongan itu, Ayana mula tinggal di rumah Jay tanpa sebarang ikatan. Jay menghulurkan bantuan hanya atas sebab rasa simpati yang masih bersisa dalam hati nya sebagai seorang manusia. Dia tidak pernah mahu ambil peduli apatah lagi mahu ambil tahu dari mana datang nya gadis yang telah di bantu nya itu. Hidup nya hanya di sibuk kan dengan kerja bagi melupakan rasa kecewa nya. Dan dia telah memberi kerja kepada Ayana sebagai orang gaji di rumah agam nya untuk membantu Ibu Salbiah, pembantu rumah yang sudah 20 tahun berkhidmat di rumah agam itu semenjak kedua ibu dan ayah nya masih hidup lagi sebelum mereka berhijrah ke Jepun selepas itu. Ibu Salbiah terus di amanahkan untuk menjaga rumah agam itu sehingga lah Jay kembali semula ke Malaysia 10 tahun yang lalu.

Dan ketika ibu Salbiah mahu balik ke kampung selama 3 bulan, Jay telah di nasihati supaya menikahi Ayana untuk mengelakkan timbulnya fitnah dan perkara yang tidak elok kerana hanya mereka berdua yang akan tinggal di rumah agam itu nanti.

Adakah Jay akan bersetuju menerima cadangan dari ibu Salbiah yang sudah di anggap seperti ibu nya sendiri itu? Sedangkan hati nya terlalu kecewa dengan kegagalan perkahwinan nya yang lalu dan rasa terluka itu masih lagi berdarah seakan sukar untuk diubati.

Bagi Ayana pula, dia hanya menuruti tanpa banyak bicara asalkan dia ada tempat untuk terus berteduh dan berlindung walaupun dia sedar kesan nya kalau berkahwin dengan lelaki asing yang tidak di kenali yang belum tentu akan menjamin kebahagiaan nya kemudian hari walaupun jauh di sudut hati nya dia sudah menaruh minat pada Jay sewaktu pertama kali dia melihat Jay menolong nya ketika dia di kejar geng sindiket pelacuran pada malam itu. Sementelah lagi dia pula sebatang kara di dunia ini.


HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now