"Banyak barang Jay beli untuk kamu tadi Yana. Bertuah sungguh la kamu ni ye" Salbiah tersenyum-senyum. Mengusik Ayana.
Sebab dulu memang begitu lah Jay kalau berbelanja barang untuk bekas isterinya. Memang sampai penuh plastik dekat tangan. Tak pernah merasa kekurangan bekas isterinya dulu. Dan kali ni Jay seolah-olah bermurah hati berbelanja untuk Ayana pula sama macam dia berbelanja untuk Puan Marleena dulu.
Ayana lirik senyum. Dia mencuci buah oren sebelum di potong kecil.
"Saya pun tak tahu la makcik kenapa tuan berbelanja banyak sangat macam tu. Saya kalau boleh nak bayar balik la nanti kalau dah dapat gaji. Tak nak la kalau saya ni di katakan ambil kesempatan pula dengan majikan" Buah oren yang sudah di potong di susun di dalam mangkuk dan di bawa ke meja pulau.
Selepas menghantar dia balik tadi, tuan anime tu terus keluar semula tak tahu nak pergi mana. Tak de la dia nak sibuk bertanya ke mana majikan dia nak pergi. Ayana labuhkan duduk sebelum dia mula mengigit buah oren satu persatu. Manis dan banyak betul jus buah oren ni.
"Anggap la tu rezeki kamu Yana. Dapat majikan yang baik ni, kira dah bersyukur tau. Hmm Yana, makcik ada hal nak cakap sikit ni" Salbiah menghampiri Ayana dan duduk di sebelah.
"Nak cakap apa tu makcik?" Ayana memandang makcik Salbiah. Menunggu wanita itu meneruskan bicaranya.
"Makcik ingat nak minta cuti la nanti. Nak balik kampung jengok rumah kat sana. Kebetulan Yana dah ada ni, jadi boleh la makcik nak minta cuti. Lama dah tak balik kampung ni Yana"
Ayana kerut dahi. Makcik Salbiah nak balik kampung ke? Habis tu nanti dia macam mana? Nak borak dengan sapa? Mesti bosan la dia nanti.
"Err makcik nak balik berapa lama?" Soal Ayana seakan hilang mood saja sekarang.
"Makcik ingat nak balik lama sikit la dalam 3 bulan macam tu"
"Apa? 3 bulan? Alaaa lama nya makcik. Nanti siapa la nak teman saya kat rumah ni kalau makcik tak ada? Saya tinggal sorang-sorang la nanti makcik"
Salbiah terdiam. Bila memikirkan perihal ini, dia bimbang juga kalau nak biarkan Jay berdua-duaan dengan Ayana dalam rumah ni. Bukan apa, orang muda ni mudah sangat nak ikut kata hati. Kalau dia ada tak pe la. Sekurang-kurang nya mereka tak tinggal berdua macam tu aje.
"Makcik belum cakap dengan Jay lagi ni. Tunggu dia balik nanti makcik cakap dengan dia"
"Jangan la balik lama sangat makcik. Nanti saya rindu laaa...." Ayana mencebik.
"Tak boleh la macam tu Yana. Makcik dah rindu sangat dengan kampung tu. Kamu ni kena biasakan la tinggal sorang kat sini. Tak pun kena biasa tinggal berdua dengan Jay nanti" Salbiah ukir senyum. Nanti lah dia cakap dengan Jay tentang apa yang sedang bermain difikiran nya sekarang ini.
*****
Petang itu, Jay duduk santai-santai di gazebo laman rumah sambil bermain telefon bimbit nya. Kalau dulu, ada isteri yang menemani dia duduk di sini, tapi sekarang, tinggal dia sendiri duduk di sini sambil memandang ke arah kolam ikan koi di hadapan sana.
Seketika mata nya memerhati ke arah kelibat Ayana yang kebetulan menghampiri kolam ikan koi di situ. Dia lirik senyum kecil. Mata terus memerhati ke situ. Memerhati kelakuan Ayana yang terlentok-lentok sambil memberi ikan koi makan.
Salbiah kemudian datang membawa segelas air jus oren untuk Jay.
"Jay, nah" Gelas berisi jus oren di hulurkan kepada Jay.
"Terima kasih ibu" Jay sambut gelas jus oren sebelum dia meneguk sedikit minuman itu. Terasa lega pula sekarang ini.
"Tak ke mana-mana ke petang ni?" Wajah tampan Jay di pandang. Jay dah dia anggap macam anak sendiri.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...