JAY 19

6.3K 271 6
                                    

Tidak putus-putus Jay menerima ucapan tahniah dari rakan-rakan kenalan syarikat nya yang turut hadir ke majlis pernikahan nya hari ini. Rata-rata menunjukkan reaksi yang sangat terkejut bila Jay tiba-tiba saja melangsungkan perkahwinan sedang kan semua sedia maklum tak sampai sebulan pun Jay bercerai dengan bekas isterinya sebelum ini.

Ayana hanya berdiri kaku di situ. Tidak tahu hendak bualkan apa. Semua tetamu tuan anime tu bukan calang-calang orang.  Semua tokoh-tokoh korporat. Terasa diri nya bagaikan tidak perlu untuk terus berdiri di situ, perlahan-lahan dia berundur dan menghilang di sebalik rakan-rakan tetamu Jay yang mengerumuni di situ.

Semua nya cakap orang putih. Tak kurang juga bercakap bahasa Jepun. Mana la dia nak faham. Dia ni setakat I love you,  you love me tu tau lah.  Kalau dah panjang berjela macam tu, haram jadah dia nak faham. Mesti mereka tu tak lari nak bercakap soal bisness. Dia pula tak kenal sesiapa kat sini. Terasa diri bagaikan orang asing saja ketika ini. Lantas kaki di atur menghala ke arah meja buffet. Tekak terasa haus pula. Dia mencari kelibat makcik Salbiah, tak ada pula dia nampak di mana wanita itu selepas dia dan Jay selesai akad nikah tadi.

Gelas kosong di capai sebelum dia menghampiri bekas minuman yang pelbagai jenis tersedia di situ. Semua orang kaya memang buat majlis nikah kat hotel ye? Dia melihat ke sekeliling. Entah berapa la kos majlis hari ini yang tuan anime tu bayar agak nya. Kalau kat kampung, cukup lah buat majlis akad serba sederhana kat rumah. Orang kampung boleh gotong-royong memasak. Lagi meriah kalau macam tu. Tapi kalau untuk dia, mustahil la semua tu. Keluarga pun dia tak ada.

Setelah mengisi air sirap oren ke dalam gelas, Ayana terus meneguk perlahan. Baru lah terasa lega tekak nya sekarang. Dia rimas sebenar nya dengan pakaian nya sekarang, dengan make up yang tebal lagi dekat muka. Rasa nak lap-lap je dengan tisu. Haih! Bila la nak habis ni. Mati kutu kalau lama-lama macam ni.

"Hai...."

Suara teguran itu membuatkan Ayana terus berhenti minum. Dia kerut dahi sebelum dia menoleh ke sebelah. 

"Tahniah atas perkahwinan you dengan Jay" Kelihatan lelaki itu sungging senyum ke arah nya.

"Err terima kasih" Ayana sekadar menjawab untuk menghormati tetamu. Tapi dia tak kenal siapa lelaki yang tiba-tiba saja menegur nya di sini. Ayana menoleh lagi ke arah suaminya di sana. Masih lagi rancak berbual. 

"Macam mana you boleh kenal dengan Jay?" Soal lelaki itu lagi sambil mata nya tak lepas dari merenung wajah Ayana yang nampak cantik semulajadi itu. Nampak comel dan berseri-seri.

Ayana menunduk dan sedikit gugup. Perlu ke dia jawab soalan dari lelaki yang dia tak kenali ni. Kenapa tak pergi berborak dengan tuan anime tu kalau lelaki ni salah seorang dari kawan majikan dia tu.Terdengar lelaki itu ketawa sinis. Ayana kerut dahi. Ada apa-apa yang lucu ke?

"Tak sangka betul ye Jay boleh mengahwini orang gaji dia sendiri. Hmmm dan I rasa you ni memang hebat young lady. Tip top plan you dengan mengahwini hartawan macam Jay tu"

"A..awak cakap apa ni encik? Saya tak faham" Soal Ayana lagi. Dia benar-benar tidak faham apa yang di maksudkan oleh lelaki yang tak kurang juga segak nya ini. Wajah pun ada iras-iras tuan anime tu jugak. Spesis muka orang jepun.

"Tak faham ye.. it's okay kalau you tak faham.. tapi I rasa I berminat nak kenal you dengan lebih mendalam ni. Sebab I rasa you ni special sangat sampai Jay tu boleh buat keputusan untuk berkahwin lagi. Tak sampai sebulan pun dia bercerai dengan bekas isteri dia. You sendiri tahu kan?"

Ayana angguk perlahan. Tapi apa kena mengena dengan dia? Dia bukan nya penyebab penceraian rumahtangga orang. Lagi pun dia tak pernah pun bermimpi nak berkahwin dengan majikan dia tu. Kenapa tiba-tiba isu ini di ungkitkan.

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now