JAY 53

6.3K 280 16
                                    

Sedar tak sedar, hari ni merupakan hari terakhir Ayana menduduki peperiksaan SPM. Tak sabar rasanya nak habiskan masa hari ini. Lepas habis saja paper nanti, suaminya nak bawa dia pergi beli baju sejuk sebab malam esok mereka akan terbang ke Tokyo. Ya Allah teruja rasa hati nya bila pertama kali dia akan melangkah kaki keluar negara. Tamabahan lagi ke negara tempat suaminya membesar, lagi la dia merasa teruja.

Dengan lafaz bismillah, Ayana mula menjawab kertas SPM terakhir untuk pagi ini iaitu subjek Sains. Mengharugi masa menjawab selama 1 jam 30 minit, dia dengan mudah dapat menjawab semua soalan. Tak lekang senyuman di bibirnya sekarang. Separuh dari cita-cita nya telah tercapai biar pun agak lambat untuk dia menduduki SPM.

Selepas pengawas peperiksaan selesai mengutip kertas semua calon, Ayana terus mengemas alat tulis nya dan dia segera beredar dari situ. Dia berlari-lari anak bila melihat kereta suaminya memang sudah sedia menanti nya di luar kawasan sekolah.

Jay yang sejak tadi bersandar di tepi kereta nya sambil berpeluk tubuh, ukir senyum saat melihat sosok tubuh kecil molek itu terkedek-kedek berlari ke arah nya. Comel betul. Macam budak sekolah je dengan badan kecil macam tu.

"Abang..." Ayana terus meluru ke arah suaminya dan tubuh tinggi lampai itu terus di peluk erat.

"So how was your last paper today sayang? Okay?" Soal Jay sambil membalas pelukan isterinya.

"A'a okay. Alhamdulillah dapat jugak Yana jawab walaupun subjek Sains tu yang banyak peningkan kepala Yana"

"Iye sayang.. alhamdulillah. Tak apa lah, sayang kan dah berusaha. Jadi berdoa dan bertawakal saja lagi lepas ni. Dah, jom abang bawa pergi beli baju sejuk untuk sayang" Pintu kereta terus dibuka menyuruh isterinya masuk.

Tiba di pusat membeli belah, Jay terus membawa Ayana masuk ke kedai Universal Traveller kerana di situ semua pakaian untuk musim sejuk lengkap dan tidak perlu keluar masuk banyak kedai. Dia hanya membeli keperluan pakaian untuk isterinya sahaja kerana dia sendiri sudah ada pakaian sejuk yang lengkap.

Jay memilih pakaian yang sesuai sebelum di serahkan kepada nya isterinya untuk di cuba. Winter coat, Puffer Jacket, topi, Scarf, glove, Ear Muffs, stoking, kasut dan heatpacks semua di capai dan di bawa ke kaunter. Selepas isterinya selesai mencuba jaket dan kasut, Jay terus membayar dan mereka terus keluar dari situ.

"Abang, nak beli aiskrim" Tiba-tiba pula Ayana kecur liur bila melihat aiskrim Magnum di depan sana.

"Suka betul makan aiskrim ye. Jom lah" Tangan isterinya terus di tarik menghala ke arah kedai yang menjual aiskrim.

Bungkusan aiskrim terus di buka sebelum di serahkan kepada isterinya. Jay hanya geleng kepala melihat tingkah isterinya yang khusyuk makan aiskrim. Macam budak-budak. Habis comot.

"Comot betul sayang ni makan" Ibu jarinya terus saja mengelap sisa aiskrim di hujung bibir isterinya.

"Terima kasih abang"

"Kasih di terima sayang. Jom lah kita balik. Boleh rehat, packing baju apa semua"

"Okay, jom"

****

Ayana terus mengemas pinggan mangkuk selepas dia dan suami nya selesai makan malam. Makcik Salbiah pula sejak tercedera kena tembak dulu, suami dia dah tak bagi makcik Salbiah buat kerja lagi. Sekarang makcik Salbiah dah balik kampung dan akan terus menetap di sana untuk berehat saja. Tapi setiap bulan suaminya tak pernah gagal mengirim duit belanja untuk makcik Salbiah.

Pinggan mangkuk kotor di bawa ke sinki dan di cuci bersih. Suami nya pula sudah naik ke tingkat nak buat aktiviti rutin dia dekat bilik gym tu. Selepas siap mengemas dan mencuci dapur, Ayana menutup suis lampu dapur sebelum dia juga berlalu naik ke tingkat atas kerana mahu mengemas pakaian untuk di bawa ke Tokyo malam esok.

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now