JAY 30

7K 297 14
                                    

Hampir setengah jam Ayana berkurung dalam bilik, dia menapak menghampiri pintu. Menggigil tangan nya ketika memulas tombol pintu. Berkali-kali dia telan liur. Habis basah seluruh tubuh nya di basahi peluh. Dia benar-benar takut bila melihat kelibat ayah tiri nya tadi. Macam mana ayah tiri nya boleh tahu dia tinggal di sini.

Dia berhasrat mahu mengintai di sebalik tirai di ruang tamu. Dan dia berharap sangat ayah tiri nya sudah berlalu pergi dari situ. Ayana meninjau-ninjau keluar. Dia tarik nafas lega bila tidak melihat lagi kelibat ayah tiri nya di situ.

'Ya Allah, semoga ayah tiri ku tak datang ke sini lagi lepas ini'. Ayana usap dada perlahan. Dia melangkah menghampiri anak tangga. Niat hendak mengemas bilik tidur tuan Jay pun tergendala tadi gara-gara rasa takut nya.

Sampai di tingkat atas, tombol pintu terus di pulas perlahan. Tadi dia tak sempat nak tengok sangat dalam bilik ni gara-gara terkena serangan darah gemuruh dengan perangai tuan anime yang tak bertempat tu. Baru sekarang mata nya benar-benar dapat memerhati sekitar ruang dalam bilik tidur yang sangat luas ini.

Susun atur perabot tersusun elok dan sangat kemas. Sebab itu dia kata tuan anime ni memang mempunyai citarasa yang tinggi. Ayana ukir senyum. Dia terus menghampiri katil dan mengemas cadar dan bantal. Tak la berselerak mana pun bilik tuan Jay ni. Memang nampak sangat dia seorang yang pentingkan kekemasan. Bilik pun bau wangi je.

Ayana kemudian terpandang beberapa keping bingkai gambar yang tersusun elok di atas kabinet tidak jauh dari katil. Dia menghampiri dan merenung satu persatu gambar di situ. Melihat ada sekeping gambar seakan gambar keluarga, Ayana angkat gambar itu separas mata nya.

Dia tersenyum bila melihat gambar itu. Mesti la ini ibu dengan ayah tuan. Dan 2 orang ni tuan dengan abang dia kan. Muka pun dah hampir nak seiras. Memang boleh di anggap macam kembar je. Tapi sebenar nya bukan. Ayana mengelap bingkai-bingkai itu supaya nampak bersih dan tidak berdebu. Dan ketika dia hendak mengelap di bahagian belakang bingkai gambar, terjatuh sekeping gambar yang terselit di belakang bingkai itu.

Melihat ada sesuatu yang terjatuh di atas lantai, lantas Ayana tunduk mengutip. Dan bila dia membalikkan gambar itu, entah kenapa hati nya di rundung sayu. Gambar mesra tuan Jay dan puan Marleena. Nampak sedang berada di luar negara. Nampak sangat bahagia mereka dalam gambar itu.

'Tuan masih cintakan puan Mar ye?' Ayana berbisik sendiri. Gambar itu terus di simpan kembali di belakang bingkai gambar tadi.

Dia terasa hendak menangis, tapi tak tahu untuk apa. Memang benar lah dia sekadar di jadikan tempat untuk melepaskan kesunyian tuan Jay sahaja. Ternyata tuan Jay masih sayangkan bekas isteri dia. Kalau tidak masakan dia masih menyimpan gambar dia bersama dengan puan Marleena di sini.

Kolam mata yang terasa hangat, di kerdip berkali-kali. Dia tidak mahu menangis. Dia sedar dia tak layak untuk berangan lebih jauh. Jangan sesekali berangan untuk menggapai bintang di langit kerana dia tidak akan mampu untuk menggapai nya sampai bila-bila. Biarlah dia kekal begini saja sampai bila-bila. Suatu hari nanti dia pasti akan keluar juga dari rumah ini, kerana ini bukan tempat untuk nya.

*****

Jam 5 petang, Jay bergerak ke JW Marriot Hotel untuk perjumpaan tertutup dengan beberapa orang wakil dari Syarikat Hartanah bagi membincangkan tentang projek-projek mereka yang akan datang. Nampak nya malam la baru dia balik hari ini. Tadi sempat dia menghubungi Ayana dan dia merasa lega bila Ayana baik-baik saja di rumah.

"Azman, awak tunggu la di lobi je nanti. Kalau dah selesai nanti, saya akan inform"

"Okay tuan"

Tiba di lobi hotel, Jay terus keluar dan terus menghala ke pintu lif untuk menaiki tingkat 1. Dalam masa setengah jam lagi perjumpaan itu akan bermula. Jadi dia harus sampai awal untuk bersedia dengan kertas pembentangan nya.

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now