Jay terus melingas ke sekeliling. Kenapa dia terasa seolah-olah mendengar suara isterinya menjerit memanggil dia tadi. Tak henti-henti dia melihat ke arah laluan tandas di sana. Agak lama juga sudah ni tapi isteri dia tak muncul-muncul lagi sejak dia ke tandas tadi. Tidak berlengah, Jay bingkas berdiri menyebabkan Cikgu Saiful dan Jaja terpinga-pinga melihat nya.
"Jay, kenapa ni?" Soal Cikgu Saiful turut ikut berdiri. Dia terkejut bila mendengar bunyi geseran kaki kerusi yang di duduki Jay tiba-tiba berbunyi kasar dan kuat tadi.
"Isteri saya cikgu!" Tidak dapat menghabiskan ayat, Jay terus saja berlari menuju ke arah laluan tandas wanita.
Cikgu Saiful juga mengekori di belakang. Tidak tahu apa yang sudah terjadi sebenarnya.
"Jaja tunggu sini dulu. Jangan pergi mana-mana!" Pesan Cikgu Saiful bila dia melihat Jaja juga mahu ikut bersama.
Pintu utama ke tandas di tolak kasar dan Jay terus berlari masuk ke situ. Debar di hatinya usah di kata saat ini. Berharap apa yang di dengari nya tadi cumalah khayalan sahaja.
"Sayang!" Jay terus meluru masuk ke dalam tandas wanita. Mencari-cari isterinya di situ namun tiada. Pintu tandas di dalam juga di tolak. Tetap juga tiada isterinya di situ. Dia sudah mula panas hati.
"Argh!!!! Siapa yang berani usik Tamashii akuu!!! Kau memang nak tempah maut!" Rahang sudah di ketap kuat sebelum dia terus saja meluru berlari keluar dari situ. Jay melilau ke sekeliling restoran sebelum dia ternampak pintu keluar yang berada di bahagian belakang restoran.
"Jay, mana Yana?" Cikgu Saiful turut menanti di situ.Dia pula yang panik bila melihat Jay yang nampak gelisah selepas keluar dari tandas.
Jay hanya mampu geleng kepala. Dia tidak tahu nak jawab apa kerana isterinya tiba-tiba hilang.
"Saya minta maaf cikgu. Ada orang cuba nak cari pasal dengan saya ni! Isteri saya hilang!" Jay terus saja berlari menghala ke arah pintu belakang restoran.
"Hah!? Hilang!?" Terjerit dan terkejut Cikgu Saiful mendengar.
Nick yang kalut bila mendengar Ayana menjerit tadi, terus menekup semula mulut Ayana dengan lebih kuat. Mereka semakin tergesa-gesa mahu mengusung tubuh Ayana menghala ke arah kereta yang sudah sedia menunggu di situ. Macam mana sekalipun mereka bertekad mahu menyerahkan Ayana kepada Mr Tan hari ini jugak.
"Cepat!! Cepat bawa dia masuk!" Arah Nick lagi. Dia melilau melihat ke sekeliling kawasan.
Ayana pula terus-terusan meronta kuat. Dia mengeraskan tubuh bila keempat-empat lelaki itu cuba menolak tubuh nya masuk ke dalam kereta. Nick mula geram dan hilang sabar bila Ayana masih lagi berdegil dan melawan. Rambut Ayana terus saja di rentap kuat dan dahi Ayana terus di hantuk ke atas pintu kereta menyebabkan dahi nya terus luka dan berdarah. Ayana mula merasa pening dan pandangan nya mula berbalam. Rontaan nya tadi juga terus berhenti dan dia sudah tidak berdaya hendak bergerak lagi.
"Masukkan dia!" Arah Nick lagi sebelum dia terus meloloskan diri ke tempat duduk di sebelah pemandu.
Seorang rakan Nick terus saja masuk dahulu ke dalam kereta tempat duduk belakang dan dia mahu menarik tubuh Ayana masuk ke dalam, manakala seorang lagi menolak masuk tubuh Ayana yang sudah lemah tidak bermaya itu dari luar.
"Doubutsu!" (Binatang!)
Tak sempat lelaki itu hendak menolak tubuh Ayana masuk sepenuhnya, tubuh nya telah di tarik dengan kuat sebelum dia merasakan tubuh nya melayang jauh di lempar oleh seseorang. Nick yang agak terkejut melihat Jay di situ, terus menjerit menyuruh rakan nya memandu kereta secepat mungkin. Jay terus berlari mengejar kereta itu sebelum dia sempat menarik tubuh Ayana yang hampir hendak terjatuh keluar dari kereta.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...