JAY 45

5.5K 236 11
                                    

Ayana ukir senyum selepas menerima panggilan dari suaminya tadi. Dari pagi tadi sampai tengahari ni saja sudah 10 kali Jay menghubungi nya. Dia geleng kepala perlahan. Risau betul tuan anime tu dengan dia. Jam dinding di kerling. Sudah pukul 1 tengahari. Sekarang dia tidak sabar menunggu kedatangan makcik Salbiah. Tadi suaminya kata makcik Salbiah dan Azman dah dalam perjalanan nak ke rumah.

Sekejap-sekejap dia menjengok keluar. Mahu melihat samada kereta suaminya yang dipandu oleh Azman sudah sampai ke belum.

'Lama nya.. abang kata mereka dah dalam perjalanan' Ayana berkata perlahan.

Dia menuju ke ruang menonton televisyen. Sementara menunggu makcik Salbiah sampai, dia nak tengok lah dulu apa-apa drama Korea yang terkini dekat netflix. Lama dah tak tengok drama ni. Bila skrin televisyen sudah menyala, alat kawalan jauh terus di tekan. Mahu mencari drama yang hendak di tonton nya. Seketika mata nya terhenti ke arah satu drama kanak-kanak di situ. Terus saja dia menekan siaran drama itu.

Ralit mata nya memerhati. Entah kenapa dia ukir senyum tatkala terpandang wajah kanak-kanak di dalam kaca televisyen itu. Spontan Ayana menyentuh perut nya sendiri. Kalau lah Allah ada bagi rezeki ni, mesti abang gembira kan kalau kita ada anak. Sekurang-kurang nya anak tu nanti akan jadi penyeri dalam hidup abang. Ayana terus kekal menonton drama itu tanpa berniat mahu menukar siaran. Sungguh dia sangat terhibur. Sesekali dia tergelak sendiri di situ melihat keletah kanak-kanak yang comel dalam drama itu.

Ting tong! Ting tong!

Bunyi loceng dari pagar besar itu menganggu fokus Ayana yang ralit menonton tv. Pantas dia berdiri dan mengatur langkah menuju ke arah monitor kecil yang terletak di sebelah pintu. Mahu melihat siapa yang berada di luar sana.

'Makcik!' Spontan dia menjerit bila melihat sosok tubuh makcik Salbiah dan Azman berdiri di luar pagar.

Terus saja butang pagar di tekan sebelum Ayana bergegas membuka daun pintu dan terus saja berlari keluar. Mahu memeluk makcik Salbiah. Dia rindukan wanita itu. Tersangat rindu.

"Makcik!" Tak sempat Salbiah nak melangkah masuk, Ayana sudah meluru memeluk nya di luar pagar.

Salbiah pula terkedu dan sedikit terkejut bila Ayana tiba-tiba saja meluru ke arah nya tadi.

"Yana rindu makcik"

"Ya Allah Yana.... makcik pun rindukan Yana" Esak tangis mereka sudah bersatu saat ini. Sungguh hati Salbiah turut tersentuh bila di peluk oleh Ayana begini.

"Jom masuk makcik. Banyak yang Yana nak sembang dengan makcik ni" Airmata di kesat perlahan. Di peluk erat lengan Salbiah memimpin wanita itu masuk ke dalam rumah.

Azman menghantar sampai ke muka pintu.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu makcik, Yana. Jangan buka pagar lagi lepas saya keluar ni nanti. Tuan pesan" Azman mengingatkan kerana Jay sudah memesan nya tadi untuk mengingatkan Ayana tentang hal ini.

"Baik lah Azman. Elok-elok memandu tu" Pesan Salbiah pula.

Azman angguk dan dia terus saja berlalu keluar dari kawasan rumah agam Jay. Ayana terus menutup pagar besar setelah memastikan Azman keluar dari situ.

"Makcik apa khabar?" Soal Ayana sambil membantu membawa beg pakaian Salbiah menuju ke bilik nya.

"Sihat alhamdulillah Yana" Salbiah ukir senyum. Melihat lama ke arah wajah Ayana yang jauh sudah berubah sekarang ini. Semakin cantik dan berseri-seri. Baru 3 bulan dia tak ada kat sini, Jay sudah boleh ubah isteri dia jadi cantik macam ni sekali.

Ayana ukir senyum lega. Dia terus meletakkan beg Salbiah ke atas meja.

"Yana happy sangat makcik dah balik sini lagi. Yana takut kalau-kalau makcik tak nak balik sini dah"

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now