JAY 51

6.6K 313 8
                                    

2 jam Jay setia menunggu di luar pintu bilik bedah. Menanti dengan penuh sabar para petugas kesihatan menyelamatkan isterinya sekarang. Sungguh dia sangat bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan peluang yang tersangat istimewa ini untuk nya. Peluang untuk terus menyayangi dan mencintai isteri nya. Tak henti-henti dia mengucapkan kata syukur sejak tadi.

Sungguh dia sendiri pun seakan berada dalam mimpi bila degupan jantung isterinya kembali mengalunkan irama yang indah pada mesin bacaan itu tadi. Garisan yang lurus hampir sepuluh minit terpapar di skrin mesin itu, kembali mengatur corak nya, seiring dengan degupan jantung isterinya yang kembali berdegup.

Dia benar-benar tidak sabar mahu bertemu dengan isterinya. Mahu mencurahkan kasih sayang yang tak terhingga buat isterinya. Berdebar-debar hati nya menanti. Dia mundar mandir di situ. Tidak betah untuk duduk selagi pintu bilik bedah itu belum di buka.

Azman yang melihat hanya mampu geleng kepala. Dia sendiri pun hampir tidak percaya bila Ayana yang sudah di sahkan meninggal dunia tadi, kembali hidup semula. Semua ini adalah kekuasaan Allah juga. Kalau dia berkehendakkan sesuatu itu untuk terjadi, maka pasti akan terjadi. Alhamdulillah... dia turut gembira dan bersyukur. Sekarang dapat dia lihat sinar bahagia yang mula terpancar pada wajah bos nya itu.

"Tuan, duduk lah dulu" Panggil Azman perlahan.

Jay berhenti seketika sambil memandang Azman.

"Tak boleh Azman. Nak duduk pun saya rasa tak tenang ni selagi isteri saya belum keluar dari dalam sana"

Azman lorek senyum. Geli hati melihat tingkah bos nya yang macam cacing kepanasan di situ.

"Tuan ada nak makan apa-apa tak? Saya nak ke kantin sekejap. Lapar pulak perut saya ni" Semalaman sudah dia berada di hospital menemani Jay. Makan pun tak sempat lagi.

"Eh, tak apa. Awak pergi makan Azman. Saya tak lapar lagi. Awak pergi. Jangan biarkan perut tu kosong" Kasihan pula Jay melihat Azman yang setia menemani nya sejak tadi.

"Okay lah kalau macam tu. Saya pergi dulu tuan" Azman bingkas berdiri sebelum dia terus beredar dari situ.

Seketika, pintu bilik bedah di kuak dari dalam. Terus terpaku pandangan Jay di situ. Melihat wajah doktor Liza yang tersenyum, entah kenapa hati nya merasa lapang saat ini.

"Doktor, macam mana isteri saya sekarang?" Soal nya tidak sabar. Dia meramas-ramas jemarinya. Cuba mengusir rasa gementar yang menghuni diri.

"Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan semuanya untuk Puan Ayana. Saya benar-benar kagum dengan semangat dia. Tak pernah lagi saya jumpa kes yang istimewa macam ni di mana jantung pesakit yang sudah berhenti berdegup boleh berdegup semula. Ini semua berkat dari doa encik juga"

"Ya Allah.. syukur alhamdulillah. Terima kasih doktor. Boleh saya melawat isteri saya?" Jay benar-benar lega sekarang. Tapak tangan naik meraup muka.  Tiada lagi kegusaran di hati nya saat mendengar khabar dari doktor Liza tadi.

"Selepas pesakit di pindahkan ke wad biasa nanti baru encik boleh melawat isteri encik. Buat masa sekarang puan Ayana belum sedar lagi dan akan di tempatkan di unit rawatan rapi dulu untuk pemantauan lanjut"

"Baik lah. Terima kasih banyak-banyak doktor"

"Sama-sama. Saya pergi dulu" Pamit doktor Liza dan dia terus beredar dari situ.

***

Sejambak bunga ros merah di tangan di perhatikan dengan senyuman. Sempat dia menyuruh Azman keluar membeli bunga tadi. Sekarang sudah pukul 9 pagi. Isteri dia baru saja di pindahkan ke wad rawatan biasa selepas semalaman di tempatkan di unit rawatan rapi untuk pihak doktor memantau keadaan nya.

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now