Selepas Maghrib, Ayana membantu Salbiah menghidangkan makan malam untuk Jay dan juga Azman. Kebetulan pula esok hari minggu, jadi Jay memang akan duduk saja di rumah sepanjang hari esok. Tambahan lagi sekarang dia dah secara rasminya menyandang gelaran duda, tanggungjawab pada isteri pun dah tiada lagi. Jadi tiada apa lagi yang nak dia fikirkan.
Meriah lauk pauk yang di hidangkan Ayana dan Salbiah malam ini. Semuanya lauk kampung.
"Makcik, bekas isteri tuan dulu mesti pandai masak kan?" Soal Ayana ingin tahu.
Takkan la makcik Salbiah yang masak setiap masa. Apa pula tanggungjawab jadi isteri kalau tak masak untuk suami kan? Dah la bekas isteri tuan anime tu super lawa, mesti masak pun superb lah.
Salbiah sekadar tersenyum kecil mendengar pertanyaan Ayana.
"Kerja-kerja memasak ni memang kerja makcik je Yana. Mana nya pernah puan Mar tu memasak selama 5 tahun berkahwin dengan Jay tu"
Berkerut dahi Ayana mendengar. Langsung tak pernah masak ke? Habis tu tuan anime tu tak kisah ke? Eh pelik betul laa...
"Takkan la tak pernah masak langsung untuk suami dia makcik? Tuan anime tak kata apa ke?"
"Jay tu sayangkan isteri dia Yana. Memang dia takkan bagi juga pun isteri dia buat kerja kat rumah ni. Memang di manjakan habis-habisan. Sebab tu makcik cakap Mar tu sangat beruntung kerana dapat suami macam Jay tu. Tapi dah jodoh mereka setakat tu saja, kena terima je lah"
Ayana angguk faham. Bertuah badan la puan Mar tu kan. Dia sekadar angkat bahu sebelum menatang dulang yang berisi gelas ke ruang meja makan.
Tuan Jay dan Azman dah siap sedia duduk di situ. Makcik Salbiah pula masih leka di dapur. Nak tak nak Ayana la yang terpaksa melayan kedua-dua lelaki tu makan. Nasi di cedok sedikit dan di letakkan ke dalam pinggan tuan anime terlebih dahulu sebelum dia mencedok nasi ke dalam pinggan Azman pula.
"Terima kasih Yana. Untung nya makan kena layan cam ni. Rasa macam suami kena layan dengan isteri pulak" Azman tersengih. Dia bujang terlajak. Kalau dia nak try si Ayana ni boleh tak? Elok comel je orang nya.
Jay hanya diam. Tidak pula menyampuk. Dia terus saja mencedok lauk udang masak lemak ke dalam pinggan. Perut pun dah lapar sekarang ni.
Ayana sekadar tundukkan kepala. Ingat dia selesa ke nak buat semua ni. Tapi mengenangkan ini kerja dan dia di bayar gaji, dia redha okay. Selepas selesai tugas nya di situ, dia mahu berlalu ke dapur.
"Kau nak ke mana tu?" Suara tuan anime tu tiba-tiba menjengah pendengaran. Terus terhenti langkah nya di situ.
"Err sa..saya nak ke dapur tuan"
"Duduk sini" Mulut bercakap tapi mata tetap fokus tengok nasi dalam pinggan.
Ayana garu kepala. Dia cakap dengan aku ke tu? Dia suruh aku duduk? Duduk kat mana?
"Duduk mana tuan?" Soal Ayana lurus.
"Kau nak duduk kat mana?" Soal Jay pula. Dah kenapa bendul sangat si kutu rayau ni la. Adoi.
"Errr....."
"Kau dah makan ke belum?" Soal Jay lagi. Dia bukan nya kejam sangat pun tak fikirkan pasal pembantu rumah dia. Sedangkan ibu Salbiah itu pun dia layan elok persis ibu kandung sendiri. Sekarang dia tengah nak menilai si kutu rayau ni pulak. Kalau kerja elok, tak buat perangai, okay la boleh kerja sampai bila dia nak.
Ayana geleng kepala perlahan. Nanti la dia makan. Dia nak makan dengan makcik Salbiah kat dapur tu.
"Sini, duduk" Arah Jay lagi. Kalau nak bercakap dengan budak ni, memang kena cakap garang-garang agak nya. Kalau tak , asyik nak terngaga nak terlopong je kerja nya.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
عاطفيةJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...