Ayana berdiri di hadapan cermin solek sambil menyisir rambut hitam milik nya yang lurus panjang separas dada. Dia ukir senyum. Hari ini suaminya nak bawa dia keluar. Ada orang nak jumpa dengan dia, tapi siapa? Tak ada pula suaminya beritahu siapa. Dia mana ada kenal sesiapa kat bandar besar ni. Siapa pulak yang nak jumpa dengan dia hari ini? Dia terus tertanya-tanya sendiri sejak tadi.
Mendengar bunyi pintu bilik mandi di buka, Ayana menoleh. Mata terus terarah ke arah sosok tubuh suaminya yang baru menapak keluar dari bilik air. Tubuh sasa yang hanya di baluti tuala dari pinggang hingga lutut itu, Ayana renung lama. Dia melihat pula ke arah rambut basah suaminya, aduhai, kenapa la sempurna sangat ciptaan Allah ni. Terasa berbahang pula wajah nya melihat tubuh tuan anime dia tu.
Jay yang baru hendak menolak pintu almari, terasa diri nya sedang di perhatikan. Lantas dia menoleh dan pandangan mata nya terus bertembung dengan mata isterinya yang tidak berkelip melihat nya di situ.
"Hmmm ada orang usha abang ke ni?" Jay bercekak pinggang.
Ayana yang seakan tersedar, terus pusing tubuh. Pura-pura menyikat rambut nya semula. Dalam hati sudah tak tentu arah bila terkantoi usha encik suami tu tadi. Dah kenapa pandai nak usha-usha biji mata dia ni sekarang. Hisy! Ayana cubit-cubit kelopak mata nya sendiri. Gatal sangat nak pergi usha tuan anime tu buat apa.
"Arghhh!!!"
Terjerit Ayana bila tubuh nya di peluk erat dari belakang. Sekarang biasan wajah mereka sudah bersatu dalam cermin. Ayana terus menunduk. Malu pula jadi nya sekarang nak tengok muka tampan encik suami tu.
"Tadi kemain usha abang eh?" Pipi Ayana di kucup berkali-kali.
"Mana ada....." Ayana berkata perlahan.
"Iye?" Giat Jay lagi.
"Hmmm ye..." Ayana kekal tundukkan wajah.
"Tak nak ngaku la ni?" Tangan mula bersedia hendak menggeletek pinggang isteri nya.
1..2...3!
"Abanggg!!!! Geli laaa!!! Jangan laaaa!!" Terjerit sudah Ayana dek tak tahan rasa geli bila di geletek begitu.
Jay tertawa sambil tangan masih giat menggeletek pinggang isterinya. Suka bermesra begitu dengan Ayana.
"Masih tak nak ngaku lagi?" Tangan berhenti seketika dari terus menggeletek pinggang Ayana.
"Okay...okay... abang lepas dulu...." Ayana menolak sedikit tubuh suaminya menjauh.
Jay picing mata. Tak boleh percaya ni. Saja ni nak cari helah nak lepaskan diri ni.
"Nope!" Jay geleng kepala malah dia semakin eratkan pelukan nya.
Ayana tayang muka cemberut. Suami dia ni tau-tau je dia nak mengelak ni.
Cup!
Ayana terus bulat mata. Dada suaminya di pukul perlahan. Cepat je nak ambil kesempatan. Jay ukir senyum. Dia memang tidak akan pernah jemu untuk mengucup isterinya kerana itu lah cara nya untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta nya pada Ayana. Dia akan tunjukkan dengan perbuatan, bukan dengan kata semata-mata.
"Nak usha, usha je lah sayang. Apa nak malu. Siapa lagi nak usha abang kalau bukan isteri abang ni" Tubuh Ayana di peluk.
Dia menunduk. Menentang pandangan Ayana yang mendongak memandang ke arah nya.
"Kenapa abang ni tinggi sangat? Jenuh Yana nak mendongak kalau cakap dengan abang ni" Ayana merungut perlahan.
Memang betul lah. Setiap kali nak bercakap dengan encik suami ni, penat dia nak mendongak. Dah la dia ni jenis pokok renek je. Jay terus tergelak mendengar kata-kata isterinya.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...