JAY 44

5.9K 241 6
                                    

Hari ini Ayana gembira sangat sebab makcik Salbiah akan balik selepas habis bercuti selama 3 bulan. Tak sabar rasanya nak tunggu kedatangan makcik Salbiah yang dijangkakan sampai tengahari nanti. Hidangan nasi lemak sudah siap terhidang di atas meja. Hanya menanti suaminya turun sarapan. Tengahari nanti Azman yang akan menjemput makcik Salbiah di stesen bas sebab hari ini suaminya sedikit sibuk dan mungkin akan balik lewat malam nanti.

Tapi tak apa lah, sekurang-kurang nya makcik Salbiah dah ada ni tak la dia rasa sunyi sangat tinggal sorang-sorang kat rumah ni kalau suami dia pergi kerja.

"Sayang...." Jay terus menghampiri isterinya dan kucupan di labuhkan ke dahi isterinya. 

Ayana ukir senyum. Beg kerja suaminya di capai dan di letak di kerusi kosong. Dia terus saja menghidang sarapan untuk suaminya sebelum dia turut duduk di sebelah suaminya.

"Abang, agak-agak pukul berapa abang balik hari ni?"

Jay yang sedang menyuap nasi lemak ke dalam mulut, menoleh ke arah isterinya. Di kunyah perlahan sebelum dia menjawab soalan si isteri.

"Lewat kot sayang. Sebab petang nanti abang ada perjumpaan dengan klien dari Jepun pukul 7 petang. Klien tu pun satu, dah kenapa dia pergi ambil flight lewat sangat ke Malaysia. Lepas tu nak segera hari jugak buat perjumpaan dengan abang" Jay merungut perlahan. Dia menyudu nasi sebelum di dekatkan ke mulut isterinya.

"Buka mulut, abang suap" Rasa nak memanjakan isteri nya pagi ini sebelum dia turun kerja. Nanti memang lewat malam baru dia dapat balik agak nya. Kalau sudah berurusan dengan klien dari Jepun ni, memang semua kerja kena teliti dan lengkap. Dah memang begitu la perangai orang Jepun, tak suka membuang masa tanpa faedah, nak buat macam mana.

Ayana tersenyum dan dia buka juga mulut nya menerima suapan dari si suami. Dia kemudian mengangguk selepas mendengar jawapan dari suaminya.

"Err abang nanti boleh tak kalau Yana ikut Azman pergi ambil makcik Salbiah kat stesen bas?" Ayana mencuba nasib. Mana tahu kalau suami nya izinkan dia keluar. Setakat keluar nak ambil makcik Salbiah je.

Jay hela nafas. Bukan lah dia berniat mahu menyekat kebebasan isterinya untuk keluar berjalan tanpa dia. Tapi dia benar-benar risaukan keselamatan isterinya sekarang ini. Tambahan lagi isteri dia ni terlalu polos dan mudah sangat percaya dengan orang yang tak di kenali, lagi la buat  dia bertambah risau.

"Sayang, abang bukan berniat hendak menyekat kebebasan sayang. Tapi abang risaukan sayang, keselamatan sayang lebih penting sekarang ni. Nanti sayang tunggu je ibu kat rumah ye, harap sayang faham kenapa abang tak boleh nak izinkan sayang keluar walaupun ada Azman yang bawa. Abang memang tak boleh nak lepaskan sayang keluar dengan sesiapa kecuali dengan abang saja" Kepala isterinya di usap perlahan. Berharap isterinya akan mengerti akan niatnya.

Ayana menunduk. Ya, dia faham. Dan dia tidak akan membantah pun arahan dan kata-kata suaminya. Kerana dia tahu suami nya bimbangkan keselamatan nya.

"Okay, Yana faham. Tak apa lah kalau macam tu. Nanti Yana tunggu makcik kat rumah je" Ayana ukir senyum. Dia tidak berniat mahu membuatkan suaminya risau.

"Abang minta maaf sayang"

"Eh, kenapa pula abang nak minta maaf. Abang tak ada buat salah apa pun dekat Yana"

"Hmmm abang tahu isteri abang ni masih muda, mesti teringin juga nak jalan-jalan keluar berhibur macam orang lain"

"Tak apa abang, Yana tak kisah pun. Lagi pun selama hidup Yana ni memang tak pernah juga pun Yana nak keluar jalan-jalan macam tu. Pertama kali keluar jalan-jalan dengan abang je lah dulu" Dia memang tak ambil hati pun dan dia takkan sesekali akan susahkan hati suaminya.

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now