Bunyi dentingan pintu lif sudah menandakan lif berada di aras 3. Pantas Jay mengorak langkah keluar dan terus saja menghala ke bilik pejabat isterinya. Keadaan di tingkat ini sudah sunyi dan lengang. Tiada seorang pun staff di sini. Semakin membuatkan Jay merasa hairan, apa yang isterinya buat sorang-sorang di sini. Rasa nya tiada keperluan pun untuk isterinya bekerja sehingga lewat begini.
Hati pula merasa berdebar-debar tiba-tiba entah kenapa. Tapak tangan kanan di tekap rapat ke dada. Bagi menghilangkan debaran yang entah kenapa terlalu menggila ketika ini. Mungkin gementar hendak berjumpa dengan isterinya agak nya, Jay berbisik sendiri. Dan kini dia sudah pun berdiri di hadapan pintu bilik pejabat Marleena. Berkali-kali dia pandang kotak baldu merah kecil di tangan nya. Berharap dengan pemberian ini akan mampu untuk membuatkan isterinya teruja dengan kepulangannya.
Perlahan-lahan tombol pintu di pulas tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Tidak sabar mahu membuat kejutan buat si isteri. Jay menjengok sedikit ke dalam. Nampak kosong saja. Tiada pula dia ternampak kelibat isterinya di meja kerja nya. Kaki melangkah perlahan sebelum dia menutup semula daun pintu dengan cermat. Ketika kaki nya mahu melangkah lagi untuk menghampiri meja kerja isterinya, dia seakan terdengar suara orang bergelak ketawa datang nya dari bilik rehat yang memang disediakan dalam bilik pejabat yang besar dan luas ini. Bilik rehat yang memang di lengkapi dengan katil yang memang persis bilik tidur di rumah.
Semua itu di sediakan untuk keselesaan isteri nya. Jika letih, dia mahu isterinya mendapat rehat yang secukupnya. Bilik rehat itu terus saja di tuju. Pandangan mata nya turun pula ke lantai dan entah kenapa perasaan nya terus bertukar menjadi panas bila melihat ada sepasang kasut lelaki elok tersusun di situ.
Gigi di ketap rapat. Tangan mula mencapai tombol pintu sebelum dia memulas perlahan. Menolak sedikit daun pintu sebelum dia diberikan kejutan yang maha hebat dari dalam sana. Kotak baldu di tangan nya terus terlepas dari pegangan dan terjatuh ke lantai.
Marleena yang terperasankan kelibat seseorang di situ, segera melepaskan tautan bibir nya dengan Mateen yang sedang asyik memadu kasih sejak tadi. Dan dia benar-benar terkejut dan tergamam bila melihat daun pintu yang sudah terbuka luas dan di situ berdiri nya figura seorang Jay Zaqwan dengan pandangan yang cukup tajam dan bengis.
"Y...youuu....you dah balik??" Selimut terus di tarik menutupi tubuh nya yang tanpa seurat benang itu.
Mateen juga turut menoleh. Dia juga terkejut melihat Jay yang sedang berdiri di situ. Tergesa-gesa dia bangun menyarung seluar.
"Kau memang sial!!!!"
Jay terus meluru dan melayangkan penumbuk nya beberapa kali tepat ke muka Mateen. Tidak cukup dengan itu, perut Mateen turut di tumbuk kuat sehingga lelaki itu mengerekot menahan sakit. Batang leher Mateen terus di cekik kuat menyebabkan lelaki itu terbatuk-batuk kecil dan mata nya terbeliak akibat sesak nafas.
"Kau memang manusia jahanam! Sampai kau tergamak main dengan bini aku!" Lutut di naikkan dan singgah tepat ke perut Mateen. Sekali lagi Mateen melorot jatuh terduduk dengan tendangan itu.
Perasaan marah yang sudah menguasai diri terlalu sukar untuk di kawal saat ini. Kaki kanan Mateen di capai dan terus saja tubuh Mateen di seret kasar di atas lantai sebelum Jay menghantuk kepala lelaki itu kuat ke dinding menyebabkan Mateen terus tidak sedarkan diri lagi selepas itu.
Bersama dengusan nafas kasar, dada yang berombak kencang, perlahan-lahan Jay berpaling ke belakang. Memanah tepat ke arah isterinya yang masih berada di atas katil. Mata nya turut memanah ke seluruh tubuh isteri nya yang terdedah tanpa seurat benang itu. Sangkakan kepulangan nya akan menerima kucupan dan pelukan dari si isteri, tapi rupa-rupa nya dia yang menerima kejutan yang sangat hebat ini.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...