JAY 17

6.2K 303 21
                                    

"Yana? Yana? Allah.. hei Yana.. bangun" Pipi Ayana di tepuk-tepuk perlahan.

Punya la panik Jay bila melihat Ayana tiba-tiba saja pengsan. Tokei kedai emas pun turut sama panik dan terkejut. Masing-masing merenung ke arah Ayana yang terlentang di atas lantai kedai.

"Haiya apa macam ni bos? Kenapa boleh pengsan ma?" Soal tokei yang bernama Lim itu.

Jay garu kepala. Dia pun tak tahu kenapa Ayana tiba-tiba pengsan ni.

"Tokei you ada air?" Soal Jay sambil memandang ke arah tokei Lim.

"Ha ada..ada... sekejap ho.." Tokei Lim terus berlalu masuk ke belakang dan kemudian datang membawa sebotol air mineral di tangan nya. Botol minuman itu terus di serahkan kepada Jay.

Penutup botol terus di buka. Jay menuang sedikit air ke tapak tangannya sebelum merenjis sedikit ke muka Ayana.

"Arghhh!!!!" Dek terkejut akibat merasa percikan air itu, bingkas Ayana tersedar dan terus duduk. Dia terpinga-pinga. Seketika dia melihat ke arah tuan anime yang sedang memandang nya dengan dahi berkerut. Ayana mengurut dada nya perlahan. Dia melepas nafas lega.

"Err tuan... sorry... saya rasa saya mimpi la tadi"

"Mimpi?" Soal Jay hairan.

Ayana angguk. "Saya mimpi.. err.... " Alah malu la nak cakap. Terus memerah pulak pipi ni.

"Kau mimpi apa Yana?" Soal Jay sengaja menduga.

"Eh tak ada apa-apa lah tuan. Ni cincin tuan tadi" Ayana mahu mencabut cincin itu semula dari jari nya. Sebab dia memang mimpi tadi tuan anime tu lamar dia. Sampai ke situ dah dia berangan. Aduh!

"Jumaat ni kita nikah" Selamba Jay bersuara sambil mata nya melihat ke arah jari Ayana yang terhenti serta merta dari mencabut cincin di jari manis nya.

"Oh nikah hari jumaat. Oh.. okay..." Ayana terangguk-angguk. Namun tidak lama, terus terbuntang mata nya sambil melihat ke arah muka tuan anime yang selamba tu.

"Apa?????? Tuan cakap apa???" Rasa macam mahu terputus nyawa nya sekarang ini. Jadi ni memang bukan mimpi ke?

"Dah cukup jelas apa aku cakap tu Yana. Kau memang dengar. So jom pergi butik pengantin" Jay bingkas bangun.

Bukan boleh di layan sangat kepala si Yana ni. Nanti dengan otak dia sekali yang jammed. Ayana turut tergesa-gesa bangun dan berdiri. Biar betul tuan anime ni? Ajak dia kahwin? Betul ke ni? Dia terus mengejar langkah Jay yang sudah keluar dari kedai emas.

"Tuan! Tuan! Jangan buat main-main benda kahwin ni tuan. Bukan nya macam main masak-masak ni" Ayana menyaingi langkah Jay.

"Bila masa aku main-main Yana? Kau dah lupa ke yang aku ni duda?" Soal Jay lagi.

"Err tau.. tapi kenapa tiba-tiba? Tuan bukan nya suka kan saya pun.. Kenal pun tak lama... lagipun saya ni orang gaji tuan"

"Lepas kahwin boleh kenal-kenal, boleh suka kalau serasi. Apa nak risau"

"Macam mana kalau tak ada rasa suka dan serasi tu sampai bila-bila nanti tuan? Takkan saya nak jadi janda muda nanti" Sampai ke situ dah si Ayana ni melalut.

Shreeettttttt!!!!

Terus terpasak kaki Jay berhenti bila mendengar kata-kata dari mulut Ayana. Dia mengeluh kecil.

"Yana, selagi kau tak khianati kepercayaan aku, selagi itu aku akan jaga kau. Kita boleh belajar untuk pupuk rasa sayang itu nanti. Untuk permulaan ini memang la perasaan tu tak akan terus datang. Kita berserah je pada Allah untuk atur segala nya"

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now