Ayana memerhati beberapa buah beg plastik yang penuh tergantung di tangan tuan anime tu. Dia tak tahu nak cakap apa. Rasa-rasa nya ribu raban dah majikan dia berbelanja untuk dia hari ini. Siap beli skincare apa segala lagi untuk dia. Puas dia tegah tadi, tapi tuan anime tu berkeras juga nak beli. Selama ni dia mana ada pakai skincare pun. Kalau cuci muka pun dia guna pencuci muka fair and lovely pemberian dari Jaja. Tu pun mahu dekat nak 6 bulan juga dia guna satu tiub tu baru habis. Tadi entah jenama apa la yang tuan anime tu beli. Tulisan pun dia tak reti nak baca. Tulisan jepun ke tulisan cina.
Dia melirik seketika ke arah kaki nya yang tersarung kasut sneakers putih yang di beli oleh Jay tadi. Selipar makcik Salbiah awal-awal dah Jay suruh cabut dan simpan dalam plastik. Comel jugak eh kasut ni. Harga pun comel jugak. Kalau dia memang tak la mampu nak beli. Kasut macam ni je pun harga dah mencecah RM400.00. Memang tak habis makan agak nya duit tuan anime ni. Sebab itu lah rilek je dia berbelanja.
"Kau lapar tak? Nak makan?" Jay berpaling. Dah 3 jam juga mereka keluar masuk kedai tadi. Sekarang memang penuh tangan dia dengan beg plastik barang-barang Ayana.
"Err ikut tuan lah" Ayana tayang sengih.
"Hmm jom lah makan dulu. Dah nak pukul 1 ni" Jay terus saja menghala ke arah restoran Sushi King. Tekak teringin nak makan sushi pulak hari ni.
Ayana sekadar membuntuti di belakang. Dia melihat ke arah tempat makan yang di masuki oleh tuan anime. Sempat dia melihat tulisan di hadapan kedai ni tadi. SUSHI KING. Eh? Macam pernah dengar je. Yang ni ke makcik Salbiah cakap makanan ruji tuan anime tu? Dia nak makan kat sini ke?
Jay terus mengambil tempat duduk di bahagian hujung meja. Melihat Ayana yang masih terkebil-kebil di luar pintu masuk, dia lantas menggamit Ayana masuk. Naik pening kepala nya hari ini dengan kerenah budak Yana ni.
"Kau buat apa lagi kat luar tu? Duduk lah" Kerusi kosong di sebelah nya di tepuk-tepuk menyuruh Ayana duduk di situ.
Ayana sekadar menurut tanpa banyak soal. Kemudian mata nya liar memerhati makanan dalam bekas kecil yang berpusing-pusing di sekeliling meja dihadapan nya. Dia mana pernah makan makanan orang jepun ni. Jangan kan kata makan, sentuh pun tak pernah. Dia ni tekak orang kampung je. Pucuk ubi tu je la makanan ruji dia.
Jay mencapai pinggan kosong sebelum dia mengambil beberapa jenis sushi yang ada di situ. Diletakkan di dalam pinggan Ayana.
"Kau pandai makan tak?" Soal Jay lagi bila dia melihat wajah Ayana yang kebingungan.
Ayana geleng kepala. Dia nampak ikan mentah, nasi di gulung-gulung dengan apa entah warna hijau kehitaman tu. Kenapa pelik benar makanan orang jepun ni. Kenyang ke makan macam ni. Dah semua saiz kecik-kecik je.
"Kalau tak pandai, belajar supaya pandai okay. Hidup kita ni kena rajin menggali ilmu supaya tidak terus berada di takuk lama"
Jay terus mengambil sushi untuk nya pula. Di cicah dengan wasabi sebelum dia menyuap ke dalam mulut menggunakan chopstik.
"Saya tak reti makan ni tuan. Tekak saya ni tekak orang kampung. Tekak melayu" Ayana jujur berterus terang.
Jay sekadar tersenyum kecil sebelum dia mencapai chopstik dan menyepit sushi di hujung chopstik. Terus saja di sua ke mulut Ayana menyebabkan Ayana terkebil-kebil memandang nya.
"Open your mouth. Learn to appreciate the deliciousness of the food around you"
Ayana berdehem kecil. Kalau cakap English yang mudah tu boleh la dia faham. Kalau dah panjang berjela sangat macam ni, haru juga dia nak faham. Yelah belajar takat darjah 6 je kan, mana la nak faham sangat bahasa omputih ni.
"Cepat la bukak mulut kau" Arah Jay lagi yang menunggu sedari tadi.
Ayana toleh kiri toleh kanan. Eeii apa ni nak main suap-suap bagai. Malu la.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...