JAY 36

6.5K 291 11
                                    

Tengahari itu, Jay meminta untuk berjumpa dengan cikgu Saiful kerana dia mahu meminta pertolongan dari cikgu Saiful untuk mencari seorang guru perempuan yang sukarela boleh datang ke rumah untuk mengajar isterinya tuisyen. Dia sudah lama kenal dengan cikgu Saiful semasa mereka sama-sama mengikuti kelas latihan Karate sejak 3 tahun yang lalu. 

Jay mengambil meja yang berada di sudut restoran tempat di mana dia telah membuat temujanji untuk berjumpa dengan cikgu Saiful tengahari itu. Di sebabkan masing-masing sibuk, jadi sudah agak lama juga mereka tidak berjumpa. Semasa menghantar Ayana tuisyen kali pertama hari itu pun, dia tak berjumpa juga dengan cikgu Saiful kerana giliran cikgu Sofea yang mengajar malam itu.

Jam tangan di lirik seketika. Dia dari pejabat terus datang ke sini tadi. Selepas ini dia akan kembali ke pejabat semula. Hari ini dia memang agak sibuk sebenar nya sebab banyak tender-tender hartanah yang perlu di uruskan. Petang nanti dia akan ada perjumpaan dengan klien pula di pejabat nya.

Melihat kelibat cikgu Saiful yang menolak pintu kaca restoran, Jay terus saja angkat tangan untuk menggamit cikgu Saiful. Dia terus berdiri menanti kedatangan cikgu Saiful di situ.

"Assalamualaikum Jay.. maaf lambat sikit. Jalan sesak pulak tadi"

"Waalaikumussalam. Eh tak apa cikgu. Saya okay aje. Jemput duduk cikgu" 

"Terima kasih" Lantas kedua-dua nya terus duduk di situ.

"Cikgu nak minum apa? Saya oder kan" Pelawa Jay lagi. Sekali sekala duduk minum-minum macam ni untuk rileks dan santai.

"Boleh jugak. Bagi saya Ice Cafe Latte"

Jay angguk sebelum dia menggamit pelayan restoran untuk membuat pesanan minuman.

"Cikgu apa khabar? Lama dah kita dah tak jumpa ya" Jay sandarkan tubuh. Sesekali memerhati ke arah cikgu Saiful yang lebih tua 2 tahun daripada nya.

"Alhamdulillah saya sihat Jay. Biasa lah sibuk sikit bila nak menjelang peperiksaan SPM ni. Bukan setakat pelajar je yang nak kena buat ulangkaji, cikgu pun kena buat jugak ulangkaji" cikgu Saiful tertawa kecil.

Jay angguk. Setuju dengan kata-kata cikgu Saiful. Kerjaya cikgu memang akan selalu sibuk, tapi orang je selalu anggap yang cikgu ni tak banyak kerja, sedang kan mereka tak tahu para-para cikgu ni la yang paling banyak berkorban masa dan tenaga demi nak menyampaikan ilmu kepada orang lain.

"Maaf la cikgu kalau saya menganggu masa cikgu sikit hari ni. Saya sebenarnya ada hajat ni cikgu. Nak minta tolong la dengan cikgu kalau boleh" Jay menyampaikan hasrat nya.

"Nak tolong yang macam mana tu ye?" Soal cikgu Saiful lagi. 

Seketika minuman yang di pesan sudah pun sampai. Di hirup sedikit bagi menghilangkan rasa haus. Tengahari ni memang boleh tahan panas juga cuaca di luar tu.

"Saya nak maklumkan jugak la ni yang saya tak hantar lagi dah isteri saya ke kelas tuisyen cikgu tu" 

"Eh kenapa pulak Jay? Tak sempat saya nak kenal dengan isteri Jay tu" Terkejut juga cikgu Saiful mendengar. Rasa nya baru je pertama kali isteri Jay hadir ke kelas tuisyen tu masa dikendalikan oleh cikgu Sofea tempoh hari.

"Ada masalah sikit cikgu. Sebab tu saya ambil keputusan tak nak hantar isteri saya tuisyen di luar lagi. Lagi pun isteri saya tak biasa dengan bandar besar ni. Kalau cikgu ada kenal mana-mana guru perempuan yang sudi untuk datang mengajar isteri saya di rumah, saya berbesar hati sangat cikgu" Jay berterus-terang.

"Oh macam tu ye. Kira nak suruh isteri Jay tuisyen di rumah saja lah ni? Hmm guru perempuan?" Cikgu Saiful berfikir sejenak. 

"Saya ada kenal dengan seorang cikgu ni. Dia dah biasa juga kendalikan kelas tuisyen dekat rumah pelajar. Nanti saya tanya dengan dia kalau sekarang dia kosong dan tak ada mengajar sesiapa untuk tuisyen, saya akan rekomen dia dengan Jay nanti. Boleh saya tahu siapa nama isteri Jay?" Soal cikgu Saiful lagi. 

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now