Jay sudah gelisah menunggu di luar. Dia langsung tidak berenggang dari pintu masuk ke bilik bedah sejak tadi. Bengkak sudah mata nya akibat menangis tidak berhenti. Sungguh dia benar-benar lemah sekarang ini mengenangkan keadaan isterinya.
Kenapa mereka tergamak menyakiti isteri nya yang tidak berdosa itu? Kasihan isteri dan anak ku ya Allah... tak henti-henti Jay merintih dalam hati. Mengenangkan apa yang telah berlaku, dia jadi bungkam.
'Tolong selamat sayang.. abang merayu sangat-sangat... abang tunggu sayang.. sayang dah janji nak hidup lebih lama dengan abang.. banyak cita-cita sayang yang abang nak tunaikan.. please sayang... i'm begging you...' Jay bersandar di dinding. Kepala tertunduk. Airmata menitis lagi untuk kesekian kali nya.
Dan untuk kali ini, hati nya tersangat rapuh kerana cinta yang terlalu mendalam pada isterinya. Bahagia yang mengetuk pintu hati untuk tempoh 3 bulan perkahwinan nya bersama dengan Ayana, sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata. Dia terlalu bahagia. Dan dia belum puas untuk menikmati kebahagiaan itu bersama dengan isterinya.
"Tuan, ni saya belikan air. Minumlah sedikit. Nanti tuan lemah" Azman yang muncul di situ menghulurkan satu tin minuman Coffee Latte bagi memberi sedikit tenaga kepada Jay kerana sedari tadi lelaki itu langsung tidak makan dan tidak minum walau setitis air.
"Arigatou Azman..." Jay bersuara perlahan sambil menyambut juga tin minuman itu.
Azman angguk. Dia turut meneguk sedikit minuman di tangan nya.
"Ibu macam mana? Tak sempat saya nak jengok ibu" Jay teringat dengan ibu Salbiah yang sudah di hantar ke hospital tadi.
"Makcik alhamdulillah. Dia okay. Doktor dah keluarkan peluru dari kaki nya. Dan dia perlu di tahan dulu di wad untuk 2, 3 hari ni"
"Alhamdulillah. Lega saya dengar" Jay hela nafas lega.
"Kalau tuan tak keberatan, boleh saya tahu apa yang dah berlaku sebenarnya?"
Jay mengeluh kecil. Tubuh kekal bersandar di dinding sambil kepala di dongakkan sedikit ke atas. Cuba mengumpul sedikit semangat dan kekuatan untuk nya terus berdiri biarpun hakikat nya kaki nya seakan lumpuh untuk berdiri.
"Semuanya kerana dendam dan harta. Dan saya benar-benar terkejut bila dapat tahu yang isteri saya mengandung. Kalau lah saya dapat selamatkan kandungan isteri saya, pasti anak saya takkan terkorban Azman. Marleena tu memang binatang! Saya tak sangka perangai dia sekejam itu." Bergetar suara Jay saat ini. Terkenang-kenang anak yang sudah tiada.
"Allahuakbar. Kenapa la dia kejam sangat buat puan macam tu" Sungguh Azman pun terkejut. Kasihan nya Ayana. Mesti seksa dia menahan rasa sakit.
"Dan kalau isteri saya tahu dia sedang mengandung tapi anak kami sudah tiada, pasti dia akan sedih nanti..." Suara Jay sudah bertukar sebak.
Terngiang-ngiang pertanyaan isterinya sebelum ini bertanyakan dengan dia pasal anak. Rupa-rupanya Allah hendak memberi rezeki kepada mereka dalam tempoh yang cukup singkat ini. Anak dia dan Ayana. Tanda cinta dia pada isterinya. Wajah di raup dengan kedua tapak tangan nya. Dia cuba untuk redha. Memang belum rezeki mereka lagi. Dan dia yakin pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik nanti. Allah tak akan uji Hamba Nya melebihi kemampuan. Dia pasrah dengan ketentuan yang telah tersurat untuk nya.
"Sabar lah tuan. Inshaallah nanti pasti akan ada yang lebih baik Allah gantikan untuk tuan dan puan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya" Pujuk Azman lembut.
Kasihan juga dia melihat ujian dan dugaan yang terpaksa di tempuhi oleh kedua pasangan suami isteri ini. Baru saja hendak mengecapi bahagia, sudah bermacam-macam hal yang terpaksa di hadapi.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...