JAY 3

7K 279 11
                                    

"Ayah nak bawa Yana pergi mana ni?" Sejak tadi Ayana di serang pelbagai persoalan. Berkali-kali dia melihat pemandangan di luar sana. Nampak macam bandar besar. Sudah 2 jam mereka masih dalam perjalanan selepas bertolak dari kampung lewat petang tadi.

"Aku kan dah janji nak hantar kau pergi kerja" Balas Jalil selamba.

Senyum jahat sudah terukir di ulas bibir nya bila dia sudah terbayangkan duit yang berjumlah ratusan ribu ringgit yang bakal menimpa nya sekejap saja lagi. Dia sudah berjanji dengan Mr Tan, ketua sindiket pelacuran untuk menjual Ayana malam ini juga. Memang masyuk harga yang dia dapat kerana Ayana ni masih gadis sunti. Umur pula muda lagi baru menjangkau 22 tahun. Memang yang suci murni begini yang akan mendatangkan banyak hasil. 

"Tapi kerja apa malam-malam ni ayah?" Soal Ayana lurus. Langsung tidak dapat menghidu niat jahat ayah tirinya yang mahu menjual nya sekejap lagi.

"Kerja yang mendatangkan hasil yang lumayan. Tak kan selama-lama nya kau nak hidup susah kat ceruk kampung tu Yana. Lagi pun mak kau kan dah mati. Tak ada apa lagi yang perlu kau fikirkan. Fikirkan pasal diri kau saja sekarang ni" Jalil cuba memujuk.

"Kerja yang macam mana Yana kena buat ni ayah?" Teruja pula mahu tahu.

Yelah teringin juga nak ada kerja sendiri, ada duit gaji sendiri. Dapat la juga nak merasa makan sedap-sedap. Makan Mc Donald, Baskin Robin dan sebagai nya. Dia hanya sekolah setakat darjah 6 sahaja selepas arwah nya meninggal, jadi apa saja la kelulusan yang dia ada. Keadaan hidup dia dan ibu nya yang susah tidak membenarkan nya untuk meneruskan persekolahan nya sehingga habis dulu. Namun dia sudah lama redha dengan takdir hidup nya. 

Selepas 5 tahun ayah nya meninggal. ibu nya berkahwin dengan Jalil, orang kampung di situ juga. Duduk di ceruk kampung selama ini, dia hanya makan nasi berlauk kan pucuk ubi yang di tanam oleh arwah ibunya. Nak beli makanan duit pula tak ada. Dia tak dibenarkan bekerja kerana dia di tugaskan oleh ayah tirinya untuk membuat kerja-kerja di rumah saja sementelah pula ibu sudah mula jatuh sakit ketika dia berusia 18 tahun.

Adakala nya pula, dia hanya makan lauk pucuk ubi sahaja tanpa ada nasi kerana beras sudah habis. Semenjak ibunya meninggal 2 tahun lalu akibat penyakit kanser, hidup Ayana terus berubah 180 darjah. Menjadi mangsa pukul ayah tiri nya. Adakala nya sampai berhari-hari dia tidak menjamah makanan kerana Jalil langsung tidak membelikan nya makanan. Jalil pula adakala nya sampai seminggu tidak pulang ke rumah meninggalkan Ayana sendirian tanpa mahu ambil peduli samada Ayana makan atau tidak.

Kalau ada makanan pun, itu adalah sedekah dari jiran mereka. Tiada siapa yang berani hendak membantu Ayana kerana semua orang takut dengan sikap baran Jalil yang memang dikenali sebagai samseng dan kaki pukul di kampung itu. Sungguhpun orang kampung kasihan melihat nasib Ayana, tapi apa saja yang mampu mereka buat. Kadang-kadang mereka hantar makanan dengan Ayana secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Jalil.

Bila Jalil memberitahu hendak membawa nya pergi kerja tadi, sayu juga rasa hati Ayana meninggalkan rumah usang milik arwah ibu dan arwah ayah itu. Di situ lah dia membesar dan menikmati zaman remaja nya biar pun dalam keadaan serba susah dan daif. Namun dia berjanji, kalau dia dapat kumpul duit nanti, dia akan balik semula dan mahu mengubahsuai rumah itu nanti menjadi lebih cantik. Kalau betul dia akan mendapat kerja malam ni, dia pasti akan buat kerja dengan baik. Itu janji dia pada diri sendiri.

Jalil memberhentikan kereta nya di hadapan sebuah kelab malam milik Mr Tan. Ayana melihat sekeliling. Dia tidak pernah sampai ke bandar besar begini, jadi dia memang tidak tahu ini tempat apa.

"Ha keluar lah! Tunggu apa lagi tu" Jalil bersuara sebelum dia membuka pintu kereta.

Ayana sekadar menurut. Dia turut keluar dari perut kereta. Beg sandang yang berisi beberapa helai pakaian lusuh nya di peluk erat.

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now