JAY 11

6.1K 299 21
                                    

Jay membelok memasuki kawasan basement shopping mall. Hujung minggu begini kawasan parkir memang agak penuh dan terpaksa berpusing banyak kali mencari tempat parkir kosong. Ayana sedari tadi hanya melihat pemandangan di luar. Memang tergamam dia melihat bandar besar macam ni. Macam-macam jenis rekabentuk bangunan yang tersergam indah menyapa ruang mata. Tak henti-henti dia tersengih-sengih dari tadi. Rasa seronok benar dapat melihat kecantikkan bandar besar macam ni.

Selepas menemui petak parkir kosong, Jay terus mematikan enjin. Dia hanya geleng kepala melihat gelagat Ayana yang nampak jakun sedari tadi.

"Dah jom keluar" Pintu kereta terus di buka.

Ayana terus melihat ke arah tepi pintu. Di sentuh segala butang yang ada di situ. Mencari mana tempat nak buka pintu. Tak sempat dia nak tarik handle berwarna putih itu, pintu terus di buka dari luar.

"Penat aku nak tunggu kau ni. Dah keluar" Arah Jay lagi. Masih tak jumpa lagi kat mana tempat nak buka pintu kereta la si Ayana ni.

"Terima kasih tuan" Ayana melangkah keluar. Dia bukan berniat nak minta bukakan pintu ye. Dia baru je jumpa tempat nak buka pintu kereta tu tadi. Tapi tak sempat nak buka, tuan anime dah buka dulu dari luar.

"Jangan nak jalan jauh sangat. Kang kau tertinggal kat belakang aku tak tau. Kat dalam tu besar, Ramai orang. Jangan pulak kau hilang nanti" Pesan Jay sebelum dia melangkah menuju ke pintu masuk mall.

Ayana terus mengekori rapat dibelakang Jay. Risau juga kalau pergi tempat ramai-ramai macam ni. Pertama kali masuk ke tempat membeli belah, memang semakin bertambah jakun nya melihat. Baru masuk dekat kawasan groundfloor. Mata nya sudah bersinar-sinar melihat pelbagai jenis kedai di situ. Huish! Tempat orang kaya ni. Ayana terus terkaku di situ. Terlampau teruja bercampur tidak percaya. Tidak sedar yang Jay sudah jauh berjalan ke depan.

Jay menoleh. Alangkah terkejut nya dia bila melihat Ayana tiada di belakang nya. Hai baru je tadi dia pesan. Belum apa-apa dah hilang. Dia meninjau-ninjau ke belakang dan ternampak Ayana masih terkaku di situ. Apa dia buat kat situ? Ya Allah memang boleh sakit kepala la dengan si Ayana ni. Jay kembali semula untuk mendapatkan Ayana di situ.

Jay mendengus kasar. Dia dah tercegat kat depan ni pun Ayana tak sedar. Kuat berangan. Jari naik dan terus saja menjentik dahi Ayana.

"Awwww!!" Ayana menggosok perlahan dahi nya. Sakit nya.

"Kat sini pun sempat kau berangan. Dah sampai mana kau berangan tadi Yana?" Soal Jay geram.

"Maaf tuan. Saya teruja. Cantik tempat ni tuan. Luas"

"Dah. Tak payah nak teruja sangat. Aku dah pesan dengan kau tadi kan jangan jalan jauh dari aku. Tak sampai setengah jam aku pesan kau dah buat. Bahaya betul la kau ni" Pantas hujung baju Ayana di tarik dan di pegang kemas. Bimbang kalau budak ni hilang betul-betul nanti. Jadi satu kerja pulak dia nak mencari.

Jay terus membawa Ayana menghala ke arah butik pakaian perempuan yang ada di situ. Ayana hanya memerhati pakaian yang terdapat dalam butik ini. Memang cantik-cantik semua nya. Dan mesti mahal. Membazir je la nak beli pakaian mahal-mahal. Dia tak perlu pun pakaian mahal-mahal ni. Setakat nak buat kerja kat rumah tu, pakai t shirt dengan tracksuit pun dah okay.

"Pilih lah pakaian kau. Pakaian kecik-kecik tu semua pilih sekali" Tanpa perasaan Jay bersuara. Apa nak malu cakap benda tu semua. Dia duda. Bukan nya orang bujang.

"Psstttt tuan. Mahal kan pakaian kat sini? Tak payah la tuan. Saya mana ada duit. Gaji belum dapat lagi ni"

"Kau jangan banyak songeh. Pilih cepat. Ada aku suruh kau bayar? Tak de kan? Ke kau nak aku pilih? Apa saiz kau?"

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now