JAY 29

6.6K 278 8
                                    

"Yanaa!!!!" Bergema jeritan Jalil bila dia melihat Ayana berlari masuk ke dalam rumah. 

Pagar itu di hentak kuat. Gigi di ketap rapat. Seketika dia memerhati ke arah rumah mewah yang tersergam indah di hadapan nya ini. Kalau dia nak ceroboh masuk ke dalam rumah ni, dia perlukan perancangan yang teliti. Dia tidak dapat hendak main terjah begitu saja sekarang ini. 

'Berani kau ye nak lari dari aku. Anak tak guna! Nanti kau. Kalau aku dapat kau, tau la macam mana aku nak ajar kau nanti. Menyusahkan!' Jalil mendengus kasar sebelum dia beredar dari situ.

"Bila kau nak bawa dia Jalil? Duit aku sudah bayar maa.. kalau kau tak dapat bawa dia balik ke sini, kau pulangkan balik duit aku" Mr Tan duduk bersandar di belakang sofa. Rokok di hisap dalam-dalam. Pandangan di buang ke luar restoran.

Jalil berdehem kecil. Macam mana nak pulangkan sedang kan duit itu sudah habis dia buat berjoli dalam masa beberapa hari.

"Nanti la aku bawa dia. Sekarang ni tak boleh lagi la Mr Tan" Jalil garu pelipis nya perlahan.

"Berapa lama lagi aku kena tunggu? Sudah 3 minggu maa.... Kalau kau tak berjaya bawa dia balik sini, kau mati. Nilai RM100,000.00 bukan sikit aku beli dia!" Mr Tan melengking.

"Eh, jangan macam tu Mr Tan. Aku janji aku pasti akan bawa dia datang sini" Jalil menabur janji. Terkejut dan kecut perutnya mendengar perkataan mati.

Nak tak nak dia kena cari jalan bagaimana untuk mengumpan supaya Ayana dapat keluar dari rumah itu. Agak terkejut juga dia tadi melihat rumah mewah tempat Ayana tinggal sekarang ini. Semalam dia ternampak Ayana keluar dengan seorang lelaki di Pavilion. Memang nampak macam lelaki kaya dan berduit. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk mengekori mereka dari jauh sampai la dia tahu tempat tinggal Ayana sekarang.

Tapi apa hubungan Ayana dengan lelaki itu? Adakah Ayana sudah jual diri pada lelaki itu? Dari semalam Jalil tertanya-tanya. Mungkin ini juga satu peluang dia untuk dapatkan duit. Jalil ukir senyum sinis. 

"Kau boleh bawa orang-orang aku kalau kau nak. Yang penting aku nak perempuan tu" Mr Tan bersuara lagi.

Jalil angguk. Selepas ini dia kena kerap lagi untuk memerhati gerak geri Ayana. Tadi Ayana nampak dia berdiri di luar pagar, tapi berani betul budak tu tak nak buka kan pagar tu. Dia menahan rasa geram sejak tadi sebenar nya.

"Hello Mr Tan" 

Mr Tan mendongak bila dia mendengar suara seorang perempuan menegur nya. Sekilas Mr Tan ukir senyum melihat tubuh seksi di hadapan nya ini.  Pengunjung setia kelab malam nya dan juga seorang model sambilan di bawah syarikat kendalian nya.

"Hello Marleena.. what a coincidence. You sorang aje ke?" Mr Tan berdiri lantas menghulurkan tangan kepada Marleena dan menarik Marleena duduk rapat di sisi nya. Tangan pula sudah melekap di atas paha Marleena yang terdedah.

"Yeah I sorang. Nak ke pejabat kejap lagi"

"Nak minum?" 

"No thanks. I baru je lepas minum tadi"

"Lama I tak tengok you sejak you dah tak terlibat lagi dengan modeling sambilan. Wahh sekarang sudah jadi CEO yaa... congratulation..." Mr Tan ukir senyum. 

Marleena ketawa halus.

"Thanks.. Ya I rindu juga dengan job tu sebenar nya. Kalau I nak join balik, ada peluang lagi tak untuk I?" Soal Marleena tersenyum.

"Suami you tak marah ka Mar? Bukan ke suami you juga yang tak bagi you jadi model sebelum ni?" Soal Mr Tan sedikit hairan. Dia cukup kenal dengan suami Marleena itu. Orang berpengaruh. CEO Syarikat Hartanah terkemuka di sekitar KL. 

HANYA KAMU SAJA [Complete]Where stories live. Discover now