5 bulan kemudian
Pantas Jay mengatur langkah menaiki anak tangga. Berkali-kali dia melihat jam di tangan nya. Kaki pantas di atur melangkah menghala ke bilik tidur. Hari ni hari pertama isterinya akan menduduki SPM. Bimbang kalau isterinya terlewat pula nanti. Tombol pintu terus di pulas sebelum dia menolak perlahan daun pintu.
"Sayang..."
Ayana menoleh seketika ke arah suaminya sebelum dia lemparkan senyuman buat si suami.
Senyuman di ukir tatkala dia melihat isterinya sedang bersiap di hadapan cermin. 5 bulan berlalu selepas kejadian itu, kini mereka sudah boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Isterinya sudah kembali sihat sepenuhnya. Dan dia tidak sabar mahu membawa isterinya honeymoon ke Jepun nanti. Tiket sudah awal dia tempah. Sebaik saja isterinya tamat SPM nanti, dia akan terus membawa isterinya terbang ke sana.
Dia menghampiri isterinya yang sedang menyisir rambut panjang nya yang sudah mencecah paras pinggang itu. Semakin nampak menawan dan jelita. Makin la dia tidak keruan bila melihat isterinya semakin cantik begini. Semakin pandai bergaya dan tentunya dia juga yang akan tergoda akhirnya.
"Let me do it sayang" Sikat di tangan isterinya di capai dan dia terus menyikat rambut isterinya dengan kemas.
"You have a very beautiful hair Tamashii" Kemudian dia mencapai pula getah rambut sebelum dia mengikat rambut isterinya. Tubuh itu kemudian di peluk erat dari belakang. Melihat biasan wajah mereka yang sudah bersatu dalam cermin.
Wangian yang terbit dari leher isterinya begitu membuai perasaan nya. Bahu isterinya di kucup berkali-kali.
"Sayang happy?" Kucupan singgah pula ke pipi isterinya.
Ayana ukir senyum. Dia mengangguk. Dia benar-benar bahagia. Tidak terungkap dengan kata-kata.
"Hari ni first day nak exam. Dah sedia ke?" Soal Jay lagi sambil memusingkan tubuh isterinya supaya menghadap nya. Anak rambut isterinya di elus perlahan.
"Dah! Penat Yana belajar kalau tak bersedia. Yana nak banggakan abang nanti kalau Yana dapat skor A semua subjek" Ayana memeluk manja tubuh tinggi lampai suaminya. Kepala di dongak memandang wajah suaminya.
"Hmmm hari-hari pun sayang dah banggakan abang. Sebab dah jadi isteri yang cukup sempurna untuk abang" Puncak hidung isterinya di kucup sekilas.
Ayana tersengih. Suka di manjakan begini oleh suaminya.
"Abang ni hari-hari handsome. Bila la masanya tak handsome"
Jay tergelak kecil. Hidung isterinya di picit lembut.
"Puji abang ni ada makna nak apa-apa ke ni?"
"Puji ikhlas lah abang. Mana ada nak apa-apa" Tangan mengusap dada bidang suaminya perlahan.
"Jangan nak goda abang sayang. Sayang nak exam kejap lagi. Abang takut nanti exam sayang sepatutnya buat atas meja, sayang buat atas katil pulak nanti. Hurmm... sekarang abang dah tak boleh nak kawal diri kalau dekat dengan sayang ni. Kenapa Tamashii abang makin cantik pulak sekarang ni. Bahaya kalau nak lepas keluar ni" Jay berbisik perlahan sambil mengucup leher isterinya.
"Eeeii abang ni kan. Dah jom lah hantar Yana. Nanti lambat pulak!" Ayana jarakkan diri namun Jay terus memeluk kemas pinggang nya.
"No.. no.. no.. dah dok usap-usap dada kita dia nak main lari macam tu aje ye! Bagi upah dulu baru abang hantar"
Ayana terus bulat mata mendengar kata-kata suaminya. Sempat lagi tuan anime ni kan nak ambil kesempatan. Makin miang pulak encik ninja ni sekarang.
"Tak nak! Nanti-nanti lah upah tu. Dah lambat ni" Ayana sudah ketawa di situ.
YOU ARE READING
HANYA KAMU SAJA [Complete]
RomanceJika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Te...