PROLOG I

796 16 0
                                    

HUH! Sakit hati! Melihatkan Khadeeja bergelak ketawa dengan kawan baiknya tu cukup buat Redza sakit hati. Tak kisahlah dia ada hubungan atau tidak dengan Khadeeja, dia tetap cemburu.

"Aku korek biji mata kau kang, Ja..."

Jus oren diletakkan di atas meja serentak suara kawan-kawannya meludahkan gelak tawa mereka. Memang patut kena sindir pun dengan si Haidar. Mata tu tak nak lepas tengok adik perempuan Haidar yang baru habis SPM tu. Gamaknya beza umur mereka boleh cecah 6 tahun.

"Tu siapa?" Tanya Redza dengan nada tidak berpuas hati. Wajahnya masih menunjukkan riak wajah cemburu, memang dia cemburu!

"Kau jealous eh, Ja?" Zaqwan mula bersuara dan Redza hanya mampu mencampakkan tisu kotornya itu ke arah Zaqwan. Orang serious, dia main-main.

"Kau serious ke kau suka adik Haidar ni, Ja? Dah dua tahun tau kau usya dia." Laju saja Afieq jongket kening, masih tak percaya dengan kata-kata Haidar dan Redza.

Redza kerling Haidar selamba dan senyuman manisnya terukir.

"Abang Haidar..." Bodeknya manja dan kepalanya laju saja diketuk dengan sudu bersih itu. Redza adu kesakitan sebelum tawa jejaka-jejaka di meja makan itu kuat kedengaran.

"Kau buang tabiat ke apa?" Jeling si Haidar dan Redza mencebik.

Memang, dia jatuh hati betul pada Khadeeja, adik kandung Haidar. Pada awalnya dia berahsia tapi entah macam mana boleh kantoi pula. Nasib Haidar tak marah, katanya berkenan juga. Ish, malulah!

Gila tak berkenan? Redza fully complete! Dia adalah jejaka yang tak pernah merungut dengan apa saja ujian yang datang. Solat? Lima waktu dia menjaga. Pendidikan? Fuh, dia baru saja graduate dalam bidang kulinari. Keluarga? Dia tiada manusia yang bergelar ayah jadi dia sajalah yang menanggung si ibu dan adik perempuannya yang masih bersekolah. Macam mana Haidar tahu segalanya tentang Redza?

Iyalah, mereka housemate!

"Haidar, siapa tu...?" Tanyanya sekali lagi, tidak puas hati.

"Itu bukan boyfriend dia, Ja... Jangan risau sangat. Nanti aku cucuk dia sikit untuk suka kau, okay?"

"Bagilah tahu siapa tu?"

Merungut jejaka itu dan yang lain sudah geli hati. Haidar senyum tipis dan geleng perlahan, tak pernah dia lihat Redza gila bayang sebegini rupa. Jauh sekali nak dengar Redza bercerita tentang perempuan. Tapi Khadeeja... Dia berbeza pada mata Redza.

"Kawan baik dia, Ja. Kau tahu kan Khadeeja tu ada kawan baik?"

Oh, iyalah. Khadeeja memang rapat dengan seorang lelaki yang sebaya dengan umurnya, Zarul.

"Memang dorang rapat macam tu ke...?" Tanya Redza sayu dan ketawa kecil Haidar kedengaran.

"Kau jangan risaulah, Ja. Kawan baik dia tu nak sambung study dekat oversea. So?"

Redza hanya angguk acuh tak acuh. Pergi oversea atau tak, dia tetap tak mahu Khadeeja diambil orang.

"Kau betul suka adik aku ke, Ja?"

"Dah tu?"

Haidar geleng lemah. Tipu jika dia kata dia rela adiknya diambil orang. Dari dulu, Khadeeja adalah dibawah tanggungjawabnya. Mereka membesar dengan seorang ayah tapi bukan wanita bergelar ibu. Jumpa pun tak pernah. Haidar saja yang sempat bermanja dengan ibunya, sebaliknya pula pada Khadeeja. Kata Muiz, ibu mereka tinggalkan mereka apabila dia menyedari bahawa dia berkahwin dengan orang yang salah. Khadeeja cecah saja 8 tahun, si ayah pula meninggal dunia. Sedih tapi itulah takdir Tuhan.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now