BAB 49

290 3 0
                                    

BENARLAH kata Zhafran. Hidup Redza semakin baik apabila dia duduk berdua dengan abang tirinya. Zhafran benar-benar beri Redza masa jika Redza mengatakan bahawa dia mahu bersendirian. Apabila ada masa, pasti mereka akan menonton TV dan bermain PS5 tanpa henti bersama. Ada kalanya, mereka masak bersama-sama. Ada kalanya, Zhafran terpaksa temani Redza untuk lelapkan mata selepas Redza nangis tanpa henti.

Jambang sudah dicukur tetapi masih ada sisa baki yang sengaja ditinggalkan. Rambut pula dia biarkan panjang sehingga tengkuk. Dia sudah bernazar, dia akan kekalkan dirinya sebegini sehinggalah dia sudah benar-benar jumpa kebahagiaannya.

Sekarang memang dia bahagia. Tapi bahagia yang dia maksudkan adalah apabila dia sudah mula belajar menerima segalanya dengan hati yang redha. Zhafran sering kali mengungkapkan bahawa Redza akan bahagia dengan Khadeeja di syurga bersama anak-anak mereka suatu hari nanti. Dia tak ada pasang niat untuk mencari isteri baharu kerana dia setia menunggu detik kebahagiaannya untuk bersama Deeja kembali suatu hari nanti.

Zhafran kerling sosok tubuh Redza yang baru saja turun anak tangga itu dengan pakaian kemasnya. Kemeja berwarna putih bersama blazer merah. Nak pergi kerja lah tu.

"Ja, meh makan. Abang ada buat mi ni." Jemput Zhafran sambil menyusun pinggan di atas meja makan.

Redza senyum manis dan lari anak-anak mendekati Zhafran. Anak matanya memandang hidangan yang disediakan sebelum perutnya berbunyi kuat. Zhafran tersentak dan pandang Redza, serta-merta Redza jatuhkan pandangan memandang perut berotinya yang ditutupi kemeja yang dipakai. Perut beroti? Iyalah, dia dah mula pergi gym sejak dia tinggal dengan Zhafran.

"Perut dah menjerit dah tu." Zhafran membalas dan mereka ketawa kecil bersama.

Zhafran dan Redza labuhkan punggung, mahu mula menjamu selera. Apabila mi dan kuih sudah terhidang di atas pinggan, bacaan doa diketuai oleh Zhafran dan dengan laju mereka mula menikmati masakan Zhafran. Fuh, lapar betul perut si Redza harini.

"Sedapnya." Redza pejam mata, menikmati makanan yang dikunyah di dalam mulut.

"Eh, muka tu tak payah jakun sangat. Macam tak pernah makan mi air tangan abang pula." Bebel Zhafran serta-merta mencuit hati Redza. Ala, gurau sikit pun tak boleh!

"Ni, Ja habis kelas pukul berapa?"

"Macam biasalah, petang. Abang?" Jawab si adik laju.

"Hm, samalah. Pergi balik dengan abang eh harini?" Jemput Zhafran tanpa segan silu.

Redza dah lama tak pergi ke kerja dengan dia kerana pertukaran kelas tapi disebabkan hari ini kelas mereka habis pada waktu yang sama, apa salahnya pergi dan balik sekali saja?

"Tapi Ja nak pergi rumah Ja kejap."

"Huh? Buat apa?" Tanya Zhafran dengan sisa makanan yang masih dikunyah.

"Lama dah Ja tak pergi rumah Ja... Nak kemas-kemas sikit, bolehlah Ja lepas rindu kejap pada Deeja juga." Oh, lupa pula. Kubur Khadeeja memang berdekatan dengan rumah Redza. Mungkin itu maksud Redza dengan melepaskan rindu. Dia mahu melawat kubur Khadeeja. Lama rasanya tak pergi jenguk buah hatinya.

Zhafran tersenyum tipis. Dia tak ada hak nak halang apa adiknya mahu buat. Jika itu Redza mahukan, buat sajalah.

"Kan haritu baru pergi rumah Ja." Jawab Zhafran selamba.

"Haritu datang kemas-kemas saja. Harini Ja ingat nak rehat kejap ke apa. Malam sikit, Ja balik. Yelah, last Ja tidur rumah Ja kan a few years ago."

Sekali lagi Zhafran lupa. Sudah lama Redza tak tinggal di rumahnya sejak kejadian Redza meneguk air kencing syaitan itu di rumahnya sendiri. Betul juga kan? Takkan nak tinggal rumah itu tak berpenghuni lama-lama.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now