BAB 11

264 10 1
                                    

BAU hangus yang memenuhi ruang tamu dan ruang dapur itu membuatkan Redza berlapis dahi. Dia pandang sekeliling, penuh asap! Ada benda terbakar ke?

Laju saja dia lari ke ruang dapur dan sosok tubuh isterinya kelihatan baru mematikan api.

"Hangus lagi!" Rungut Khadeeja tanpa menyedari si suami sudah berada di belakang. Redza datang mendekati, menjenguk kuali yang berasap itu.

"Deeja buat apa?"

Dan Khadeeja berundur beberapa langkah. Terkejut pula dengan kehadiran suaminya. Air liur ditelan dan dia bagai gugup mahu bersuara.

"Deeja nak masak..."

Redza geleng perlahan.

"Deeja tak pandai masak, tak payahlah membazir macam ni." Nadanya tinggi membuatkan Khadeeja tundukkan pandangan.

"Deeja nak masak untuk abang."

"Tak payah berangan nak masaklah, Deeja. Deeja tak pandai masak, duduk elok-elok. Abang bukan banyak duit nak beli barang dapur."

Hari ini, baru Khadeeja melihat kemarahan Redza sekali lagi. Gugup gadis itu sebelum Redza bawa kuali panas itu ke dalam singki.

"Deeja minta maaf... Deeja cuma nak masak untuk abang..."

"Untuk apa, Deeja? Esok lusa kita bercerai juga kan?!" Tengkingnya kuat dan mata Khadeeja berkaca memandang si suami. Bercerai? Kenapa petang ini, Redza nampak benar-benar marah?

"Boleh tak hidup tu jangan susahkan orang? Abang penat ni, Deeja. Tak pun, apa kata Deeja pergi rumah Atiq. Dia akan ada dengan Deeja susah senang kan?"

Kali ini memang nada menyindir. Khadeeja dekati suaminya, cuba memeluk tubuh tegap itu tetapi ditepis kasar. Dia basuh tangannya yang berminyak sebelum dia berpaling mahu beredar meninggalkan dapur. Panas hati saja duduk sini! Ya, hari ini dia memang tak nak jaga hati Khadeeja. Gadis itu cabarnya, bukan? Seorang manusia ada kesabaran tapi untuk Redza, kali ini kesabarannya memang dah hilang!

"Bunga tu untuk abang..."

Redza berhenti melangkah dan berpaling pada si isteri kembali.

"Bunga tu untuk abang... Bukan Deeja..."

Khadeeja melangkah ke meja makan dan sejambak bunga cantik itu diambil sebelum dia hulurkan pada Redza. Kad kecil itu dibuka sebelum mata Redza membaca satu per satu perkataan yang tertulis.

"Abang pegang saja bunga ni, maksudnya abang terima jika Deeja kata Deeja nak belajar cintakan abang ya?"

Dan dibawah ada huruf K. M.

"KM... Khadeeja Marrysa."

Redza pandang isterinya lama. Wajah sayu itu masih menatap bunga yang dihulurkan. Lama dia menghulur tetapi Redza tidak langsung mengangkat tangan untuk menerima. Sedih sekali, ya?

"Kenapa waktu Deeja cintakan abang, abang tolak Deeja mentah-mentah...? Abang dah tawar hati lepas tengok Deeja lebih memilih lelaki lain dari suami sendiri?"

Redza mengeluh berat dan geleng perlahan. Dia jalan mendekati si isteri dan terima huluran gadis itu sebelum diletakkan bunga di atas meja. Dipeluk tubuh kecil isterinya dan dia usap rambut Khadeeja perlahan.

"Abang minta maaf ya? Abang tak sengaja marah Deeja..."

"Abang benci Deeja...?"

Laju Redza nafikan. Mana mungkin dia benci isterinya. Kasih sayang seorang Redza pada isterinya tiada batasan!

"Abang masih sakit hati dengan apa yang jadi... Isteri abang duakan abang, Deeja ingat abang boleh terima ke benda tu selama ni...?"

Dan Khadeeja geleng lemah. Dia peluk tubuh suaminya erat sebelum ubun-ubun rambutnya dikucup lembut.

"Boleh bagi Deeja peluang jadi isteri abang semula?"

Redza tolak kepala isterinya dan tatap mata cantik itu lama. Berlapis dahinya mendengar.

"What do you mean by 'semula'? You are my wife. Forever my wife..."

Khadeeja tersenyum manis dan tekup kembali kepalanya di dada Redza. Redza tersenyum dan tak henti kucup dahi si isteri. Apa inikah kebahagiaan yang dia inginkan selama ini? Diterima Khadeeja sebagai seorang suami. Impiannya sudah tercapai, bukan?

"Abang minta maaf ya? Abang tak sengaja marah sayang tadi... Lepas ni tak payah masak kalau tak boleh. Abang saja yang akan masak."

Senyum manis gadis itu mendengar gelaran baru yang lembut didengari. Sayang... Fuh, gugur jantung dengar suara garau itu menyebut.

"Tapi itu tanggungjawab Deeja..."

"Sejak bila memasak ni tanggungjawab isteri, sayang? Kemas rumah semua tanggungjawab abang. Kalau Deeja nak buat, Deeja dapat pahala tapi ingat... Abang tak ada hak nak paksa sayang buat benda tu semua."

Khadeeja dongak kepala memandang suaminya. Oh, baru dia tahu memasak itu bukan tanggungjawabnya. Tapi... Mana adil! Dia perlulah memasak juga sekali sekala untuk suaminya, bukan?

"Tapi Deeja nak juga belajar masak."

"Okay, bagi abang mandi kejap. Nanti kita masak sekali ya?"

Khadeeja angguk laju sebelum pelukan dileraikan. Redza perlahan usap rambut si isteri dan langkahnya dibuka, beredar ke tangga. Lebih baik dia mandi dulu. Bermacam-macam bau dah dia sekarang ni. Gamaknya haruman semua masakannya di cafe tadi melekat dekat baju.

Redza berhenti setelah menyedari si isteri mengikutnya mendaki tangga. Dia berpaling dan jongket dahinya.

"Why, sayang?"

"Deeja tak boleh ikut abang?"

Redza keluarkan tawa kecilnya sebelum dia hulurkan tangan kanan. Khadeeja capai tangan si suami dengan senyuman manis membuatkan hati Redza semakin naik gila. Fuh, boleh tahan gila bayang dia hari ini.

Malam ini dia berterima kasih pada Tuhan. Jika benarlah takdir dia pada kali ini, ini adalah takdir yang terindah buatnya.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now