BAB 39

185 4 0
                                    

"SAMPAI bila nak biar dia macam ni, Abang Zhaf?"

Haidar peluk tubuh dengan anak matanya yang masih tidak beralih memandang Redza. Jejaka itu setia memeluk lengan Zhafran dan kepalanya disandarkan di bahu si abang.

Zhafran hanya tersenyum memandang Haidar dan Khadeeja yang sudah sejam lebih tiba di hospital. Mereka tiba saja tadi, Redza memang sudah terlelap. Penat sangat lah tu apabila kerisauan dan kesedihan mengusai diri.

"Biarkan dia. Dia risau sangat tadi. Nangis tak henti bila dia dengar doktor kata doktor tak mampu buat apa selain mengharapkan diri mama sendiri untuk bertahan."

Khadeeja labuhkan punggung di sebelah Redza dan belai rambut jejaka yang masih setia terlelap kepenatan itu. Khadeeja tarik tubuh Redza, cuba meringankan beban Zhafran pula.

"Meh bagi dia baring kat Deeja."

"Nanti dia terjaga, Deeja." Tegur Zhafran lembut.

"Abang Zhaf punya tangan kebas nanti..."

Degil. Terpaksalah Zhafran menurut saja perintah madam kesayangan Encik Redza tu. Baru saja Zhafran mahu menepis tangan Redza dari terus memeluk lengannya itu perlahan-lahan, mata Redza sudah dibuka. Dia kerdipkan matanya berulang kali. Terasa sakit apabila cahaya terang menyilau iris matanya. Wajahnya yang tidak serupa manusia itu dipandang sayu oleh ketiga-tiga pasang mata yang berada di sisinya. Dia gosok matanya kasar sebelum dipandang kiri, kanan dan hadapan.

"Mama..." Tanyanya perlahan. Tiada orang lain yang dicari selain Maleka, syurga dunia akhiratnya.

"Ja... Mama kat dalam... Doktor tak kasi masuk kan?" Tegur Zhafran dengan senyuman tipis, cuba memujuk si adik yang masih berperangai manja.

Pasti bebanan yang ditanggung Redza terlalu berat sehingga dia tak malu untuk bermanja dengan Zhafran di hadapan Haidar. Ya Tuhan, kurangkanlah bebanan adikku ini.

"Mama tak sedarkan diri lagi?"

Zhafran geleng perlahan menyebabkan Redza kembali jatuhkan pandangan. Entah kenapa sakit sangat rasa apabila jawapan yang dia harapkan tidak terkeluar dari mulut Zhafran.

"Abang..." Panggil cik isteri di sebelah sebelum dia tarik tubuh Redza menghadapnya.

"Sayang, mama..."

Mata berkacanya pandang wajah manis milik Khadeeja sebelum air matanya gugur. Laju saja Redza tundukkan pandangan, menyorokkan air mata yang gugur tadi.

"Mama tak apa-apa lah, abang. Abang percaya pada mama kan? Kalau adik boleh, mama pun mesti boleh, insya-Allah."

"Tapi doktor kata mama perlu kekuatan sendiri untuk sedar dari koma. Ka...Kalau mama tinggalkan abang? Abang tak sempat minta maaf dengan dia. Abang tak dapat jadi anak kebanggaan dia. Abang gagal jadi anak yang baik untuk dia..."

Teresak-esak jejaka itu meluah. Kini dia bagai lupa diri. Dia lupa bahawa dia masih di hospital, banyak mata memandang tapi tiada seorang pun yang menghukum dia ketika itu. Zhafran sudah mula sebak, Haidar pula hanya menatap wajah Redza bagai tak percaya bahawa ini yang ditanggung oleh kawan baiknya. Khadeeja hanya menatap wajah si suami, menunggu dia untuk bertenang.

Kelihatan remeh. Dengar macam masalah kecil saja tapi Redza kehilangan kepercayaan dari seorang ibu. Dia hanya sempat melutut tapi tak sempat dimaafkan oleh si ibu. Dia gagal menjaga amanah si ayah. Segalanya dia gagal kali ini. Sebagai seorang anak, suami dan manusia.

"Abang..." Khadeeja mula menegur apabila tangisan Redza semakin menjadi-jadi. Luahannya yang bagai menyalahkan diri lebih menyiksa hati Khadeeja yang mendengar.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now