BAB 3

323 13 0
                                    

MELIHATKAN tiada kelibat isterinya di dalam bilik dari tadi membuatkan dia mengeluh berat. Pasti Khadeeja tidur di ruang tamu. Ego sangat tak mahu tidur sebelah Redza, tak apa lah.

Redza tarik bantalnya dan dibawa melangkah ke pintu bilik. Dia kerling ke luar bilik dan ruang itu kelihatan gelap. Haidar dah tidurlah gamaknya. Redza berjalan turun kebawah, menjenguk mencari si isteri. Kipas yang terbuka di ruang tamu jelas kelihatan membuatkan Redza tersenyum tipis. Mustahil Haidar! Haidar takkan sesekali duduk dalam keadaan gelap. Bukan tak tahu dia tu takut gelap.

Redza buka lampu kecil di atas meja itu sebelum wajah isterinya jelas terlena di atas sofa. Dia senyum tipis, mendekati sosok tubuh Khadeeja dan dia cangkung di hadapan gadis itu. Pipi Khadeeja diusap lembut, tangannya gatal bermain dengan rambut milik Khadeeja. Dia mengeluh berat dan terus berdiri, menundukkan badan sedikit sebelum tangannya melilar di tubuh Khadeeja. Dia dukung tubuh kecil itu, bawanya mendaki tangga. Dia tetap meneruskan langkah. Pintu bilik disepak dan dia dekati katil bersaiz queen itu dengan tubuh Khadeeja masih berada di lengannya. Dia baringkan si isteri dengan penuh hati-hati, tak mahu dia terjaga pula.

Redza duduk di sisi katil dan betulkan rambut si isteri dengan perlahan. Pipi lembut isterinya kembali diusap dan dia ukir senyuman tipis. Redza berdiri, mendekati Khadeeja dan dia hadiahkan kucupan dengan penuh kasih sayang di dahi si isteri. Ini sudah cukup untuk membuktikan yang dia benar-benar ikhlas memperisterikan Khadeeja, bukan?

Tubuhnya ditolak kasar dan Khadeeja terduduk dengan dahi yang berlapis. Redza tundukkan pandangan. Sekali lagi, dia telah merosakkan keadaan mereka.

"Deeja tidurlah. Abang..."

"Abang Ja tak faham bahasa eh?" Dan suara itu mencelah. Laju saja mata Redza memandang isterinya di hadapan, sedikit terguris hati.

"Deeja hanya isteri atas kertas abang. Itu sahaja. Jangan melampaui batas, Redza."

Dan Redza genggam tangannya. Dia cuma mahu mengucup dahi isterinya. Dah tentu halal! Salah ke? Salah ke dia memberi kasih sayang pada isterinya? Salah ke dia mahu curi hati isterinya sendiri?

Khadeeja pula? Ini kali pertama dia menyebut nama Redza dengan jelas. Selama ini dia hanya memanggil jejaka itu dengan gelaran abang. Nampak gaya, Khadeeja semakin benci padanya, bukan?

"Cakap tu, biar berpada-pada ya? Abang ni..." Tangannya diletakkan di dada.

"Suami sah Khadeeja Marrysa."

"Tapi Muhammad Redza tak pernah diterima dalam hidup Deeja sebagai seorang suami."

Redza angguk lemah. Ya, ini kelemahannya. Dengan orang lain, mungkin dia akan membahas tapi bukan Khadeeja. Lagi dia balas, lagi keruh keadaan mereka. Redza dah tentu takut kehilangan Khadeeja, tapi bukan bagi diri isterinya itu.

"Abang minta maaf ya? Abang bukan Atiq yang boleh buat Deeja jatuh cinta sesenang itu. Abang bukan Abang Haidar yang boleh buat Deeja percaya pada abang. Dan abang juga bukan Zarul yang boleh Deeja beritahu segalanya tentang diri Deeja. Tapi abang boleh janji yang... Seteruk mana pun layanan Deeja pada abang, hati abang tak pernah sedetik pun terfikir untuk berubah kasih."

Khadeeja pandangnya lama. Entah kenapa setiap kali jejaka ini buka mulut, Khadeeja pasti tersentak. Bukan terasa tapi sedar diri.

"Abang tidur sebelah Deeja boleh? Tak ada sebab untuk abang sebagai suami tidur berasingan dengan isteri abang kan?"

Dan Khadeeja mengeluh berat. Dia letak bantal peluk yang panjang itu di tengah-tengah, menetapkan jurang diantara mereka.

Redza senyum tipis dan geleng perlahan.

"Deeja tidurlah dulu. Abang nak solat istikharah kejap. Abang buntu dengan apa yang jadi diantara kita. Mana tahu Deeja boleh jatuh cinta dengan abang esok hari?"

Luahnya lembut. Sedikit pun tiada nada sindiran tetapi lebih kepada mengharap.

Redza beredar tanpa berkata sepatah pun perkataan lagi. Dia cukup terasa dengan kelakuan Khadeeja tapi dia tak mampu buat apa-apa. Lupakan Khadeeja? Bukan hanya kerana mereka sudah berkahwin, tapi kerana hatinya juga tak benarkan dia lupakan Khadeeja. Mana mungkin Redza berubah hati sebegitu rupa. Dia tak pernah jatuh cinta dan Khadeeja adalah cinta pertamanya.

Cepat masa berlalu. Jam sudah tepat pukul 12.15 pagi. Sejadah dilipat dan dia jenguk isterinya yang sudah terlelap di atas katil. Tenang hati selepas menunaikan solat istikharah, dapat juga dia meluah pada Tuhan, bukan?

Dia labuhkan punggung di atas katil, mengambil bantal peluk yang sudah jauh menyimpang, diletakkan kembali di tengah-tengah. Dia takkan ingkar permintaan isterinya. Jika itu isterinya mahukan, dia perlu terima. Biarlah. Biar isterinya membenci, suatu hari nanti dia pasti bahawa isterinya akan sedar akan cinta dan kewujudan Redza sebagai seorang suami.

Dia baring di sebelah Khadeeja dan dikerling isterinya sekilas. Dia pusing memandang isterinya, menatap wajah manis itu lena dibuai mimpi. Tangannya mahu memeluk tubuh itu tapi hati dan otak tidak benarkan.

"Abang betul-betul maksudkan, Deeja. Abang tak mampu jadi Atiq... Tapi abang akan cuba jadi suami terbaik buat Deeja ya?"

Dia senyum tipis dan tangannya gatal mengusap pipi gadis itu sekali lagi. Dia suka sentuh kulit Khadeeja. Lembut, macam kulit budak-budak.

Gadis itu bergerak dan Redza sudah mula gelabah. Dia jauhkan diri, pejam mata sekuat yang mungkin. Tak pasal-pasal dia kena marah lagi sekali pula nanti.

Tubuhnya terasa dipeluk dan Redza berlapis dahi. Matanya dibuka, memandang Khadeeja yang sudah memeluk tubuh tegapnya itu erat. Bantal yang menjadi jurang diantara mereka tadi sudah tersimpang jauh. Fuh, kasar betul dia tidur...

Dia pusing menghadap Khadeeja kembali dan tangannya perlahan memeluk tubuh kecil gadis itu. Khadeeja bergerak, memeluk suaminya erat dengan senyuman. Apalah gamaknya dia mimpi sampai tersenyum macam tu? Sedarkah dia bahawa dia memeluk seseorang yang dia sudah benci separuh mati dari siang tadi? Mesti mamai ni!

Redza senyum manis. Dia suka pelukan hangat ini. Pelukan yang dia mahukan setiap malam. Pelukan yang halal dari seorang isteri. Isteri yang membenci dan mencacinya tetapi mencari seseorang untuk dipeluk pada waktu malam.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now