BAB 43

185 4 0
                                    

"SEPUPU?!"

Marina tersenyum tipis dan membalas pandangan semua mata yang memandangnya. "Ibu dah lama tahu dah yang Khadeeja dan Redza sepupu tapi ibu diam saja."

"So Deeja dan Ja ni... Sepupu?" Rasa nak pecah kepala Redza sekarang ni. Kenapa dia boleh tak tahu yang Khadeeja tu sepupunya? Ya Tuhan...

"Masa ibu nak kahwin dengan arwah ayah, arwah Tok Pa dan Tok Ma tak suka ayah. Redza pun mesti tahu arwah ayah tu macam mana kan? Dia dulu pendidikan sampai SPM saja tapi ibu tetap nak dia. Tok Pa halau ibu and dari situ ibu memang tak contact dengan mama."

"Kuasa Allah, ibu terserempak dengan mama baru-baru ni. Rupa-rupanya mama perhatikan ibu dalam social media. Tapi mama sendiri tak tahu Deeja tu anak ibu sebab ibu lebih post tentang family baru ibu. Mama ada bawa ibu datang sini haritu, Fiqah pun ada waktu tu. Bila ibu tengok gambar family mama, ibu nampak menantu ibu... Baru ibu tahu yang besan mama ni adalah adik mama sendiri..."

"Deeja tahu tak?" Redza sudah meneguk air liur.

Dia dah dapat agak yang Khadeeja mungkin akan mengamuk. Selama ini Maleka, ibu Redza adalah adik kepada Marina, ibu Khadeeja. Dan Redza selama ini bersepupu dengan Haidar dan Khadeeja?

Marina geleng kepala lemah. "Kenapa kakak tak bagitahu awal-awal yang Deeja tu anak akak? Haritu bila akak tahu, akak sepatutnya bagitahu Eka." Maleka pula yang bengang di situ. Sudahlah selama ini dia benci dengan ibu Khadeeja kerana kisah silam yang Redza dan Khadeeja hadap. Rupa-rupanya...

"Dahlah selama ni mama sumpah-seranah ibu Deeja." Gumam Zhafran dan Rafiqah menyiku abangnya sebelum adik-beradik itu ketawa kecil.

Entah kenapa Redza turut tersenyum, terasa kelakar bila dikenang kembali. Selama ini memang Maleka benci betul pada ibu Khadeeja. Katanya perempuan tua itu tiada hati perut tapi pada akhirnya, dia adalah kakak Maleka sendiri, Marina.

"Hei..." Kamy menegur dan adik-beradik itu terus berhenti ketawa, rasa tak sopan pula.

Maleka dan Marina yang masih membisu turut tersenyum tipis dan ketawa kecil. Dunia ini kecil. Sangat kecil. Dan Tuhan yang tetapkan takdir ini. Cukup cantik. Lebih cantik dari apa yang mereka rancangkan. Tak sangka dengan perkahwinan Redza dan Khadeeja mampu mengeratkan silaturahim yang terputus beberapa puluh tahun dulu. Silaturahim Marina dan Maleka kini kembali selepas terlerai dalam jangka masa yang lama.

✰✰✰✰✰

REDZA daki tangga dengan senyuman tipis. Betullah dia dan Khadeeja ni sepupu? Haih, kalaulah mereka membesar bersama, pasti Redza dapat melihat telatah Khadeeja semasa kecil. Aduhai, mencuit hati betul!

Selepas memastikan lampu semua dimatikan, dia pulas tombol pintu biliknya. Melihatkan hanya lampu tidur yang terbuka, dia sudah agak yang Khadeeja ni mesti sambung tidur. Penat sangatlah tu sejak berbadan dua. Nasib baik Redza ni cerdik sikit nak tangguhkan pembelajaran Khadeeja, kalau tak? Ini tak pergi universiti pun Khadeeja sudah lelah semacam, inikan pula kalau dia sambung pembelajaran dia.

Pintu dikunci kemas dan sosok tubuh wanita mengandung jelas sedang lena dibuai mimpi di atas katil. Redza tersenyum tipis, mendekati si isteri dan duduk di sisi katil. Tangan kasar Redza perlahan-lahan membelai rambut panjang Khadeeja dan tangan kirinya bergerak naik ke atas perut buncit Khadeeja. Dia usap dengan penuh kasih sayang sebelum dikucup lembut perut si isteri. Terasa bagai perut Khadeeja disepak, dia laju mengangkat tangan kembali. Dia kejutkan anak kecilnya di dalam tu ke?

Khadeeja tergerak sedikit akibat kegelian yang dia rasa di perutnya. Redza meneguk air liur, dia tak ada niat nak kejutkan anak kecilnya di dalam. Mahu berbual saja tapi sensitif pula anaknya itu. Apabila melihat dahi Khadeeja berkerut-kerut dan bibir bagai mengumam sesuatu, Redza kembali membelai rambut Khadeeja.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now