BAB 6

268 10 1
                                    

KHADEEJA turun dari motosikal milik Atiq dengan penuh hati-hati. Jejaka itu tersenyum manis memandang Khadeeja yang masih cantik dan manis dipandang walaupun sudah beberapa minggu berkahwin.

"Thank you tau hantar Deeja balik."

Atiq terima huluran helmet dari Khadeeja dan dia senyum manis.

"Deeja tahu kan Atiq sentiasa ada dengan Deeja. Lagi pun class Atiq cancel hari ini."

Khadeeja angguk laju dengan senyuman. Suka dia apabila Atiq sudi tolong dia tadi. Kalau tak, tak tahulah nak minta tolong siapa. Biasanya Haidar yang akan tolong ambil Khadeeja tapi Haidar kena pergi luar negeri pula. Redza? Tak, dia masih ego! Benci yang teramat pada lelaki yang sudah sah jadi suaminya itu.

"Deeja..."

Khadeeja yang sudah melangkah itu terus terhenti, berpaling memandang Atiq.

"Ya?"

"Deeja dah jatuh hati pada Redza ya?"

Khadeeja geleng laju. Jauh sekali untuk dia jatuh hati pada jejaka itu walaupun hidup bersama dalam satu rumah. Banyak saja trick dia nak elak dari Redza, mana mungkin dia jatuh cinta pada jejaka seperti itu.

"Atiq nak masuk minang Deeja..."

"Huh?" Terbeliak mata gadis itu memandang Atiq dan Atiq angguk perlahan.

"Tapi macam mana Atiq nak kahwin dengan Deeja kalau Deeja masih status isteri orang?"

Khadeeja melangkah mendekati Atiq dan tubuh jejaka itu dipeluk perlahan. Atiq tersentak dan dia senyum tipis. Benar, dia gunakan Khadeeja tanpa sebab tapi selepas kehilangan Fasya, hatinya tertarik pada kesetiaan Khadeeja. Malang sekali, Khadeeja sudah berstatuskan isteri orang.

Mahu dia katakan bahawa dia sudah lupakan Fasya? Mana mungkin. Mustahil. Dia rindu mendengar suara manja dan melihat senyuman manis wanita itu. Tapi sejak kejadian minggu lepas, dia masih sakit mengenangkan Fasya yang mengkhianat cinta Atiq terhadapnya. Dia ego! Dia masih ego tapi tipulah jika dia kata dia tidak menunggu Fasya untuk kembali.

"Lambat laun, Redza akan lepaskan Deeja. Atiq tunggu ya?"

Dan Atiq angguk laju. Dia balas pelukan Khadeeja dan kali ini, dia memeluk dengan penuh kasih sayang, bukan nafsu.

"Deeja masuk dulu..." Dia leraikan pelukan, memandang wajah merah milik Atiq. Atiq angguk laju, membenarkan gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah Redza.

Pintu dibuka dan dia melangkah masuk. Orang pertama dia lihat seperti biasalah, Redza.

Khadeeja melangkah ke tangga, mahu mengelakkan diri dari Redza. Malang sekali, jejaka itu sudah bersuara dengan nada yang tinggi.

"Seronok jumpa buah hati?" Nada sindir itu kedengaran lantang dari meja makan.

Khadeeja terhenti, memandang Redza yang jelas baru menghirup teh panas yang dibuat sendiri itu.

"Dia hantar Deeja balik."

Redza peluk tubuh dan angguk perlahan.

"Hantar balik. Sampai berpeluk depan rumah suami sendiri. Tak malu ke?"

"Dia nak masuk minang Deeja."

Hati Redza remuk serta-merta. Bukan dia tak nampak pelukan Khadeeja bersama Atiq tadi. Bukan Redza jika dia tak cemburu dan sakit hati melihat kelakuan isterinya. Suami sendiri tak nak disentuh tapi kekasih yang haram itu pula diberi peluang.

"Eh, Deeja isteri abang!"

"Isteri atas kertas, Redza!"

Redza angguk perlahan. Ya, dia lupa. Khadeeja tak pernah menganggapnya sebagai seorang suami. Dia yang terlalu berharap...

"Macam tu saja kan Deeja layan abang...? Deeja pijak kepala abang, biarkan abang jadi dayus sebab tak tegur kesalahan isteri abang..."

Dadanya ditepuk kasar dan matanya yang berkaca menarik perhatian Khadeeja serta-merta. Kelemahan tentang Muhammad Redza adalah perasaannya sendiri. Ia adalah soal isterinya, soal Khadeeja. Dah tentu hatinya selembut tisu.

"Abang tunggu Deeja dua tahun..."

"Kenapa Deeja tak pernah nampak cinta abang? Apa yang kurang pada abang? Tolonglah bagitahu abang, Deeja. Abang nak jadi Atiq, Deeja. Abang nak berada di tempat Atiq. Abang nak rasa kasih sayang Khadeeja."

"Abang cuba kawal cemburu abang, sakit hati abang, amarah abang. Tapi Deeja cabar abang melampaui batas. Suami sendiri tak nak dipeluk, kenapa peluk Atiq? Suami sendiri ada di rumah, kenapa tak call minta tolong abang ambil Deeja?"

Khadeeja pandang suaminya yang sudah menahan air mata dari gugur. Hatinya berlembut tapi dia juga tak mampu nafikan bahawa dia masih membenci Redza. Tanpa sebab!

"You know what, Deeja? Deeja buatlah apa Deeja nak buat lepas ni. Abang takkan ambil tahu lagi. Abang penat... Abang pun perlu jaga hati sendiri kan?"

Dan air mata jejaka itu gugur sebelum di lap sekilas, berharap Khadeeja tidak sedar akan air mata itu. Hati gadis itu pula serentak berubah sebak. Dia menyakiti Redza ke selama ini?

Khadeeja pandang bayangan Redza yang mula menghilang. Dia tahu... Dia tahu dia salah. Selama ini dia pijak Redza kerana perkahwinan ini dianggap perkahwinan atas kertas sahaja. Dia berharap agar dengan cacian yang dia beri selama ini mampu membuatkan Redza membencinya tapi kenapa apabila perkara itu terjadi, dia jadi takut? Kenapa hatinya gelisah?

Pintu rumah dipandang lama, mengharapkan kehadiran Redza kembali tetapi tiada tanda-tanda jejaka itu pulang membuatkan tangan lembut gadis itu terus singgah ke dadanya. Dia usap perlahan, cuba menenangkan diri.

Mungkin perasaan ini hadir kerana dia sudah mula takut kehilangan Redza.

✰✰✰✰✰

TELEFON berdering sebelum orang di sebelah sana menjawab. Redza letakkan kepalanya di stereng kereta, memejamkan mata. Melihatkan Khadeeja rela hati memeluk Atiq tadi, hati dia sakit. Dia cemburu... Tapi siapa dia? Dia tiada apa-apa makna pun pada diri Khadeeja.

"Redza?"

"Dar..." Perlahan dia memanggil selepas panggilan dijawab oleh Haidar.

"Kenapa kau call aku ni? Aku on the way balik KL."

"Dar... Kau marah tak kalau aku cakap aku nak lepaskan adik kau...?" Air matanya gugur tanpa disedari. Ya Tuhan, sakitnya mengungkapkan kata-kata yang dia sendiri tak mahu ungkapkan.

"Ja... Kau gila ke...? Kenapa ni? Kau gaduh dengan dia ke?" Tanya Haidar bertubi-tubi dan Redza mengeluarkan tangisannya perlahan.

"Aku nak lupakan dia, Dar."

"Ja, kau cakap elok-elok. Kenapa? Kau ada masalah dengan adik aku ya...?"

Kerisauan seorang abang memang tak mampu disembunyikan. Haidar berkawan baik dengan Redza. Banyak kali Redza cuba sembunyikan masalah ini dari Haidar tapi kali ini, dia tak sanggup. Dia mahu Khadeeja hidup bahagia. Atiq mahu masuk minang, bukan? Biarkan... Dia tak mahu Khadeeja menderita dengannya. Anggapan dia salah apabila dia menganggap bahawa Khadeeja akan jatuh cinta padanya selepas kahwin tapi... Jauh sekali perkara itu mahu terjadi.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now