BAB 16

244 11 1
                                    

PINTU kereta dibuka tetapi ditarik kembali oleh tangan kasar itu. Nasib saja kaki Khadeeja tak tersepit tadi!

Khadeeja pandang si suami laju dan Redza ukirkan senyuman tipis. Dalam hati, Redza sudah menjerit kerisauan. Laju betul isteri dia ni nak tinggalkan dia. Apa Khadeeja tak bersetuju yang Redza sudah menjadi salah seorang pendidik di universiti Khadeeja belajar ini?

"Cepatnya nak pergi..."

Khadeeja tepuk peha suaminya dan Redza mula mengadu kesakitan. Tawa Khadeeja pecah perlahan sebelum Redza hulurkan tangan dengan senyuman yang langsung tidak jemu untuk Khadeeja tatap.

"Tak salam abang pun?"

Khadeeja terima huluran dan kucup tangan kasar itu dengan penuh kasih sayang.

"Sorry, Deeja lupa."

Redza senyum tipis dan usap kepala si isteri. Kepala Khadeeja diangkat laju memandang syurga di hadapan.

"Nanti update abang apa-apa. Kalau lapar ke apa, bagitahu abang. Abang pergi belikan. Kalau sakit ke apa, call abang, abang datang laju punya dekat sayang. Lepastu kalau ada orang kacau Deeja, cari abang. Kalau..."

"Abang..."

Redza terdiam memandang Khadeeja. Orang tengah cakap, dia nyampuk pula. Eii, orang tengah ambil berat ni!

"Deeja okaylah. Abang buat kerja saja, Deeja akan okay."

"Betul...?" Tanya Redza kerisauan dan Khadeeja angguk laju.

"Habis tu selama ni macam mana Deeja jaga diri bila abang jaga cafe?" Senyum tipis isterinya bertanya dan Redza mengeluh berat.

Redza mengangguk, menerima apa saja yang Khadeeja katakan. Tangan lembut milik Khadeeja laju saja usap pipi suaminya dengan penuh kelembutan sebelum dia buka pintu kereta, mahu beredar dengan segera.

"Deeja pergi dulu, okay?"

Redza angguk lagi.

"Nanti abang datang kat Deeja ya?"

Kali ini Khadeeja pula angguk. Tatkala pintu kereta ditutup, Redza pandang hadapan dengan riak tenang. Keluhan berat dikeluarkan dan mata dipejam kemas. Kepala digeleng seketika dan nafas pula diambil bagai gementar dan risau akan sesuatu hal.

"Deeja sayang kau..."

Ya, jauh di sudut hati Redza, dia sedang takut. Semalam apabila dia bawa Khadeeja jumpa Zhafran, satu hal yang selama ini dia tak tahu terbongkar...

"Ja, abang nak tanya sikit..." Nadanya yang bagai serba salah membuatkan Redza sedikit terkedu. Diangguk kepala perlahan tetapi hati mula rasa tak senang duduk. Macam berat saja soalan yang bakal diajukan oleh Zhafran.

"Deeja dulu bercinta dengan Atiq kan?"

Redza terdiam sepi. Dah lama rasanya dia tak dengar nama yang pernah menjadi raja dalam hati isterinya. Nama yang membuatkan hati Redza gusar setiap kali mendengarnya.

"Kenapa abang tanya?" Dia kembalikan jawapan dengan soalannya sendiri.

"Tak ada lah, aku tengok Atiq tu masih tunggu Deeja untuk kembali. Aku pergi mana-mana saja, mesti nampak dorang berdua. Tu aku risau, Ja..."

Sungguh! Tiada niat jahat, cuma dia hanya mahu membantu Redza. Dia mahu korek kisah sebenar Redza dan Khadeeja. Dia yakin Atiq itu adalah bekas kekasih Khadeeja Marrysa!

"Nampak dorang berdua?" Sekali lagi Redza ajukan soalan dan tanpa sebarang bunyi, Zhafran angguk kepalanya sekali.

Redza mematikan lamunannya seketika. Jadi selama ini, Khadeeja masih bersama Atiq? Apa selama ini dia ditipu? Dia bertepuk sebelah tangankah selama ini?

"Allah..."

Kepalanya jatuh, menundukkan pandangan dan ibu jarinya gatal mengusap skrin telefon yang jelas wajah bahagianya bersama Khadeeja. Dia tak boleh berasa was-was dengan isterinya, bukan?

"Dia dah janji nak cintakan aku... Tak, dia tak ada hubungan dah dengan Atiq. Ni mainan setan saja, Redza..."

Memujuk diri dia dibuatnya. Hatinya masih risau. Dia risau dengan apa yang dia dengari. Impiannya untuk menjadi lecturer di universiti ini semakin membuak-buak apabila mendengar kata-kata Zhafran semalam.

Dia matikan enjin dan buka pintu kereta lembut. Baru mahu melangkah keluar, telefonnya berdering. Jelas nama seorang gadis yang tak pernah berjaya curi hatinya itu kelihatan. Hana.

Redza tolak panggilan itu dan langsung keluar dari perut kereta. Untuk apa dia berbual kosong dengan Hana? Dia dah ada isteri, setia sajalah. Tak mahu dia sakiti Khadeeja pula nanti.

✰✰✰✰✰

REDZA tersenyum manis melihat empat gadis itu bergelak tawa di cafeteria. Dia tundukkan pandangan dengan senyuman, menyedari isterinya paling menarik perhatiannya dikalangan empat gadis itu.

Matanya melilar memandang sekeliling sebelum mula melangkah mendekati meja yang dipandang dari tadi. Sempat beberapa pelajar memberi salam padanya dan dia jawab salam mereka kembali dengan senyuman.

Meja diketuk perlahan sebelum salam diberikan.

"Assalamualaikum."

Mereka bangun serentak memandang Redza.

"Waalaikumusalam, Encik Redza."

Redza senyum tipis dan anak mata mula teralih memandang isterinya perlahan.

"Boleh saya ambil masa nak cakap dengan Khadeeja?"

Mereka serentak pandang Khadeeja dan tersenyum tipis. Huh, laki bini ni! Tak cukup sweet dekat rumah ke apa?

"Dating lah kau dengan laki kau."

Bisik Qila sebelum tawa mereka diludahkan. Barang mereka kemas dan kaki mula melangkah beredar dengan beg digalas di sebelah bahu. Redza yang masih memandang si isteri terus labuhkan punggung di hadapannya. Kini dagu ditongkat memandang Khadeeja dengan penuh makna tetapi Khadeeja hanya jongket kening. Buang tabiat ke apa laki dia ni?

"Yes, Encik Redza? How can i help you?"

"Nothing, saja nak tenung isteri Encik Redza ni. Tak boleh?"

Bahu Redza dicubit manja dan Redza pecahkan tawanya kali ini.

"Yelah, isteri abang menawan sangat kat sini. Abang kenalah teman, biar orang tahu Deeja tu abang punya. Tak ada orang boleh pandang!"

Khadeeja senyum manis mendengar ucapan cinta dari si suami. Ya, dia bangga ada suami seperti Redza. Malu? Kenapa perlu malu? Dia kahwin dengan Redza sebelum Redza diterima jadi lecturer lagi. Apa salahnya, bukan?

"Eh, abang tu yang kena control macho. Hari ini saja dah berapa kali Deeja dengar students dok cakap pasal abang."

Balas si isteri dengan nada merungut. Hati Redza disambut riang, geli pula rasa hati ni. Kalau cemburu tu cakap saja, jangan berdalih!

"Abang hanya untuk Khadeeja Marrysa, okay? So isteri abang ni tak perlulah risau."

Dan Khadeeja bangun dari kerusi. Dia beralih tempat di sebelah Redza dan pegang lengan jejaka itu lembut. Redza pandang Khadeeja dengan senyuman manis, bahagia yang dia tak mahu hilang. Bahagia tanpa batasan. Adakah ini pilihan terbaiknya? Pada masa sekarang, ya. Dia tak mampu tolak takdir Tuhan pada masa hadapan, bukan? Dan dia harap Khadeeja adalah orang terakhir yang dia cintai.

Bekas makanan yang tertutup itu jatuh ke sisi apabila pasangan suami isteri itu mesra kelihatan. Jejaka yang memakai topi itu terus tundukkan pandangan dan angguk lemah. Untuk terima kehilangan Khadeeja dalam hidupnya, mustahil. Jika kekasih lamanya itu kembali pun, kemungkinan dia tak mampu untuk menerima kembali. Kerana dia tahu betapa sakitnya mencintai seseorang dengan penuh keikhlasan di dada.

"Buat penat saja aku beli..."

Dia melangkah dan campak bekas makanan itu ke dalam tong sampah. Tangan dimasukkan ke dalam poket, menundukkan pandangan dan terus melangkah beredar. Dia tak mahu duduk lama-lama di sini, buat sakit hati saja.

Bukankah Khadeeja janji untuk terima pinangannya nanti? Apa pun yang terjadi, janji Khadeeja dia pegang sampai bila-bila.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now