EPILOG II

503 5 0
                                    

"BABAH!"

Suara garau itu akhirnya menarik perhatian lelaki tua yang baru saja mahu beredar meninggalkan dewan. Nak pergi ke tandas katanya.

Lelaki tua yang berpakaian baju melayu serta songkok dipakai kemas terus berpaling memandang kembar yang berpakaian baju pengantin, berlari anak-anak ke arahnya.

"Isya? Khalid?"

Redza tersenyum tipis memandang anak-anaknya yang sudah berjaya dibesarkan olehnya. Lihatlah mereka sekarang, sudah berpakaian baju pengantin dan pasangan mereka masih memerhatikan mereka dari jauh.

Kahwin? Ya, Khalid dan Khalisya berkahwin dengan pasangan masing-masing pada hari yang sama dan tempat yang sama. Redza bantah kerana dia mahu yang terbaik untuk majlis anak-anaknya tetapi kata si kembar itu, mereka tak mahu membazirkan lebih banyak duit.

"Kenapa babah cakap macam tu?" Marah Khalid perlahan dan Redza masih mengukir senyuman tipis. Ni mesti dia marah dengan kata-kata Redza tadi.

"Babah cakap betullah, Khalid. Putera puteri babah ni dah besar, dah kahwin. Lepas ni ada anak pula. Sampai bila babah kena hidup dengan korang? Babah kena belajar hidup sendiri kan?"

"Babah jangan merepek! Isya tak suka. Babah tu tanggungjawab Isya dan Khalid. Kahwin atau tidak, babah tetap tanggungjawab kami." Bantah anak perempuannya tegas.

"Isya kan dah ada syurga. Khalid pula ketua keluarga. Babah boleh saja duduk di rumah seorang diri lepas korang pindah keluar."

"Babah, please? Babah tahu kan kiteorang tak suka babah cakap macam ni. Babah hanya ada anak-anak babah sejak umi pergi. Untuk apa lagi babah berpura-pura bagai boleh hidup sorang sedangkan kiteorang tahu babah tak mahu kiteorang pergi."

Panjang lebar Khalid membebel. Betul-betul ikut perangai Khadeeja lah.

"Tapi, Khalid..."

"No buts! Babah pilih nak duduk dengan Isya atau Khalid. Mana-mana boleh. Kalau tak mampu pilih, kiteorang yang akan duduk rumah kita dengan babah." Tegas Khalid menjawab. Muktamad!

Redza berkaca mata memandang mereka. Inikah anak kecilnya dahulu? Inikah yang dahulunya suka membentak, manja, suka merajuk. Sebiji macam Khadeeja. Sekarang lihatlah mereka, dah besar panjang, Khalisya dah cukup cantik manakala Khalid sudah cukup kacak. Masing-masing sudah matang dan sudah mendirikan rumah tangga pada hari ini. Redza pula sudah meningkat usia dan masih setia dengan Khadeeja. Tunggu ajal menjemput saja.

"Menantu babah tu suka ke babah duduk serumah dengan korang?" Tanya Redza kerisauan.

"Khalid dan Isya dah bersua muka dengan dorang sebelum kahwin. Kiteorang dah tegaskan yang babah masih amanah dan tanggungjawab kiteorang. Kalau dorang tak setuju, dorang pilih untuk pergi masa tu. Tapi menantu babah kat atas pelamin dah tu, maksudnya dia terima saja babah."

Khalid ni memang tak reti berhenti cakap gamaknya.

"Isya break dengan tiga lelaki sebab dorang tak nak terima syarat ni. Hairy dah terima, babah masih nak tolak? Tak kasihankan puteri babah ni ke?" Mata dikerdipkan, sengaja membodek Redza.

Pada akhirnya, Redza pula yang geli hati dan buka dakapan. Khalisya menghempaskan tubuhnya di dada Redza, serentak diikuti dengan Khalid.

"Anak-anak babah ni dah besar..."

"Tapi kiteorang masih anak manja babah kan?" Tanya Khalisya manja.

"Hei, awak berdua masih putera puteri babah. Umi mesti bangga tengok anak-anak dia dah besar panjang macam ni." Dibelai kepala anak kembarnya dengan penuh kasih sayang, terkenang pula si isteri yang manja seperti anak-anaknya.

"Umi lagi bangga tengok babah yang berjaya besarkan kiteorang dengan didikan agama yang cukup sempurna."

"Allahuakbar." Redza ketawa kecil dan kembali memeluk anak-anaknya erat.

"Ya Allah, terima kasih...." Monolognya seorang diri tatkala dirinya masih dipeluk erat oleh Khalid dan Khalisya yang tak pernah berubah. Mereka masih manja, seperti anak kecil yang dulu.

Sayang, tiba masanya nanti kita bahagia dengan anak-anak di syurga pula ya?

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now