BAB 21

196 8 0
                                    

ZHAFRAN labuhkan punggung di sebelah adik lelakinya yang sibuk menatap telefon itu. Adik tirinya terus beralih sedikit, malas nak dekat dengan si abang.

"Ja tak nak bual dengan abang ke...?" Tanya Zhafran lembut dan Redza masih riak selamba menatap telefon.

"Ja main apa tu?" Zhafran panjangkan leher, melihat skrin telefon milik Redza.

"Fuyooo, Ja main ML ke? Abang nak join boleh?" Pura-pura dia riang sebelum keluarkan telefon dari poket seluar.

Dia juga mahu rapat dengan adik tirinya tetapi mereka sering kali mengelak dari Zhafran. Apa salahkah Zhafran jika dia juga mahu menumpang kasih?

"Tak payah sibuklah." Keras suara Redza sebelum dia bangun, melangkah ke bilik. Orang duduk ruang tamu, dia datang. Duduk bilik, dia datang. Buat serabut saja!

Zhafran pandang si adik itu dengan keluhan berat. Dia anak tunggal sejujurnya. Dia pun nak rasa ada adik-beradik. Bila si ibu dah berkahwin dengan ayah Redza, Redza dan Rafiqah pula tak mahu bergaul dengan dia. Ya, dia tahu ibunya salah. Merampas kebahagiaan ibu mereka. Tapi tak bolehkah mereka berbaik sedikit pun dengan dia?

Air tin coca cola itu diletakkan di atas meja membuatkan Zhafran matikan lamunan. Dia dongak memandang kehadiran jejaka itu dan mula mengukir satu tersenyum tipis.

"Termenung jauh nampak?" Bebel si Redza dan labuhkan punggung di sebelah Zhafran.

Zhafran geleng dengan senyuman tipisnya sebelum diambil tin coca cola yang diletakkan di atas meja tadi. Kalau dulu Redza tak nak pandang dia, hari ini dia gembira kerana Redza terima dia sebagai seorang abang.

"Lupa pula abang nak tanya. Rafiqah dengan mama sihat?"

Redza angguk laju.

"Sihat tapi itulah. Mama kata sekolah call tadi."

Laju saja Zhafran berkerut.

"Rafiqah?"

Redza angguk sekali pula kali ini.

"Biasalah. Gaduh."

Dia angkat bahu, bagai tidak peduli dengan karenah si adik yang masih bersekolah itu. Nasib baik saja Rafiqah dalam tahun terakhir persekolahan. Kalau tak, gamaknya dah kena buang sekolah dah.

"Huh? Biasa? Lepas itu?"

Redza mengeluh berat.

"Abang tahu kan benda ni bukan kali pertama. Rafiqah tu memang buas. Ja dah malas dah nak ambil kisah. Nasihat pun tak nak dengar. Degil! Ikut kepala dia saja..."

Bebel jejaka itu membuatkan Zhafran selamba keluarkan tawa kecil. Iyalah, bukan kali pertama Rafiqah gaduh dekat sekolah. Wajahnya ayu tapi perangai buas!

"Ja, abang..."

Dan mata Redza teralih memandang sosok tubuh badan seorang gadis di hadapan. Memandang jejaka di hadapannya itu dengan penuh perasaan. Jejaka itu ketawa, disambut dengan si gadis. Redza tatap mereka lama dan tundukkan pandangan laju. Perlahan-lahan Zhafran pula mengeluh kecil memandang pasangan yang berdiri tidak jauh dari mereka sebelum tepuk bahu Redza perlahan.

"Ja?"

Redza pandang Zhafran sayu dan senyum tipis.

"Hm?"

"Itu adik ipar aku kan?" Sengaja dia menunding dan Redza angguk tanpa memandang.

"Itu Atiq kan? Dulu aku selalu nampak dorang bersama. Tak tahu pula tup, tup kau yang kahwin dengan dia."

Zhafran gelak kecil. Dia bukan menyindir tetapi bagai cuba korek rahsia. Setiap kali dia nampak Atiq dan Khadeeja, pasti hatinya berasa was-was. Nak tanya dekat Redza, takut Redza pula kecil hati.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now